KEROPOK lekor merupakan makanan yang cukup popular di negara ini, terutama di Pantai Timur. Seiring kemodenan, rupa dan rasanya diinovasikan dengan lebih menarik agar dapat memenuhi cita rasa orang ramai.
Bagi pengasas Lekor King, Mohd Hakim Abu Bakar, idea untuk membuka perniagaan berasaskan keropok lekor ini tercetus daripada keinginannya untuk bergelar usahawan.
Hasil perbincangan bersama seorang sahabat, dia yakin perniagaan keropok lekor masih relevan sehingga kini, apatah lagi ia merupakan makanan kegemaran orang ramai sejak sekian lama.
Cukup terkenal di Pantai Klebang, Melaka, Lekor King turut melakar kejayaan tersendiri apabila semakin mendapat sambutan untuk difrancaiskan.
Berkongsi di sebalik kejayaan perniagaannya itu, Mohd Hakim berkata, ia bermula dengan sebuah gerai di tepi jalan yang terletak di kawasan Kandang, Melaka, pada tahun 2013.
"Bermodal RM400 ketika itu, jualan sehari hanya RM20. Tapi saya tidak berputus asa kerana percaya mana-mana perniagaan pun bukan boleh mencapai keuntungan dalam masa singkat.
"Saya sempat berniaga di situ selama dua minggu dan bertukar lokasi di Pantai Klebang (Melaka).
"Siapa sangka, rezeki saya bermula di situ dan saban hari jualan Lekor King semakin bertambah dan keuntungan sehari boleh mencecah empat angka," katanya yang tidak menafikan kejayaan Lekor King adalah disebabkan lokasi strategik yang menjadi tumpuan ramai.
Menurut Mohd Hakim, dia menitikberatkan kualiti produk makanannya dengan memilih keropok lekor dari Terengganu yang terkenal dengan keasliannya.
"Begitu juga dengan pemilihan sos dan sebagainya. Semua itu saya pilih dengan teliti agar sesuai dengan cita rasa pelanggan.
"Alhamdulillah, ramai menggemari kombinasi rasa yang kami pilih termasuk pelancong dari luar negara," katanya.
Lekor King hadir dengan tiga perisa, Lekor Original (RM5), Lekor Cheezzy Mayo (RM6) dan Lekor Black Pepper Mayo (RM6) yang dipaket khas.
Menurut Mohd Hakim, dalam masa tiga bulan beroperasi di Pantai Klebang, Lekor King muncul sebagai jenama yang semakin dikenali di Melaka. Selain memiliki beberapa francais yang terletak di Muar, Puchong dan Shah Alam, Lekor King juga berkembang sebagai Rakan
Niaga Stall dan turut menawarkan pakej add on di restoran.
"Dalam tempoh tiga tahun, jenama Lekor King itu sudah cukup kuat sehingga membolehkan saya mengembangkan lagi perniagaan.
"Tahun ini saya menyasarkan lebih banyak francais dengan lebih 500 restoran membawa jenama ini. Selain itu, saya juga mahu hasilkan produk sejuk beku sendiri.
"Insya-ALLAH dengan adanya ejen terlantik, Lekor King akan menjadi antara jenama terkenal di seluruh Malaysia," katanya yang mendapat sokongan penuh dari isteri tercinta, Nur Afni Burhanuddin.Seiring kejayaannya, Mohd Hakim berkata, jenamanya itu pernah digunakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencari keuntungan mudah.
"Saya terkejut apabila ada pihak menjalankan perniagaan sama dengan jenama Lekor King. Namun belum sempat saya mengambil tindakan, kedai itu ditutup.
"Apa pun ia cukup kuat untuk beri peringatan kepada kami. Maka kerana itulah saya memantapkan lagi SOP (standard operating procedure) bagi memelihara mutu dan rasa, sekali gus membezakan Lekor King dengan jenama lain," katanya.

0 Komentar untuk " Lekor King jenama kian popular "