*SETELAH saling tuduh-menuduh dan sindir-menyindir di alam maya, dua tokoh agamawan akhirnya setuju untuk bersemuka, dan berdebat di alam nyata.
Seperti yang diuar-uarkan, 17 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh wacana ilmiah antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.
Tempat berdebat di Dewan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), jam 9 malam.
Inilah debat yang ditunggu-tunggu oleh semua, khasnya umat Islam yang selama ini menjadi keliru dengan hujah-hujan kedua tokoh yang diluahkan menerusi media sosial. Jom, pakat ramai-ramai kita dengar.
*TETAPI, maaf bukan semua orang boleh dengar debat tertutup yang diberi tajuk Ideologi Ekstremisme Agama itu.
Seperti yang diberitahu oleh Zamihan: “Yang (dibenarkan) akan hadir ialah VVIP, VIP dalam kalangan perjawatan awam, dan peruntukan sebanyak 100 orang bagi penyokong Asri dan Zamihan 50 orang.”
Saya difahamkan pihak media @ wartawan pun tidak dibenarkan hadir. Maka timbul persoalan, sekiranya wartawan tidak boleh masuk, bagaimana liputan debat hendak diumumkan kepada orang ramai yang selama ini telah dikelirukan?
*PADA hemat saya debat ilmiah dua tokoh ini perlu didedahkan kepada umum. Tuduh-menuduh di media sosial – mengenai isu-isu agama seperti ‘syiah’, ‘wahabi’ dan ‘ahli bidaah’ – bukan sahaja mengelirukan malah telah memecahbelahkan umah.
Tidak kira pihak mana yang menang atau sebaliknya, debat ini sepatutnya dapat menjernihkan kekeliruan umah. Hebahkan apa yang dibicarakan, biarlah umum membuat penilaian masing-masing.
Apa guna berdebat sekiranya hanya untuk memuaskan kedua tokoh? Kalau semua tertutup lebih baik jangan debat. Biarlah ummah terus keliru, biarlah terus pecah-belah...
*SELAIN isu-isu agama, satu lagi debat yang menjadi tumpuan umum – tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik – ialah mengenai bola sepak.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak puas hati dengan senario bola sepak negara, telah mencabar siapa sahaja untuk berdebat secara terbuka.
Selaku Penaung Diraja Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku merasakan sudah tiba masanya isu bola sepak didebatkan demi kebaikan dan kemajuan sukan No.1 itu. Tunku hendak mendedahkan semuanya dalam debat tersebut.
Setakat semalam (Jumaat) sudah ada cakap-cakap Tunku tidak bertepuk sebelah tangan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sedia menyahut cabaran itu.
“Sekiranya itu cara terbaik dan menepati cita rasa peminat bola, saya bersedia untuk berdebat dengan Tunku,” kata Hamidin kepada media.
Harap-harap debat bola ini betul-betul terbuka, jangan tertutup hanya untuk VVIP. Saya cadangkan buat di Stadium Bukit Jalil.
*PERIHAL kemalangan jalan raya pun kini mencetuskan perdebatan dalam kalangan penguat kuasa undang-undang dan pengguna jalan raya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata denda RM300 ke atas pesalah trafik patut dinaikkan. Dia orang boleh bayar denda sekarang “macam kacang putih”.
Beliau mengakui Ops Selamat yang dilakukan setiap kali musim perayaan, tidak berkesan dalam mencegah kemalangan maut. Naikkan saman melebihi kadar sekarang, baru dia orang takut.
Tetapi pengguna jalan raya kata, naikkan saman bukan cara terbaik. Sebab bagi yang berduit, kalau saman RM1,000 pun mereka sanggup bayar. Bagi yang kaya RM300, RM1,000 semua macam ‘kacang putih’.
Pada hemat saya, kemalangan jalan raya tidak ada kaitan dengan saman RM300 atau RM1,000. Kemalangan sebenarnya berkait rapat dengan sikap dan keprihatinan pemandu.
*AKHIR kalam, sesetengah orang tak perlu bersuara emas, tetapi sekali menyanyi boleh meraih jutaan RM. Contohnya Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr Adnan Satem. Seperti yang dilaporkan, tiga lagu yang beliau dendangkan dibayar RM1.4 juta.
Sambil diiringi band D’Cipta dari Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, beliau mengalunkan lagu malar segar Can’t Help Falling in Love nyanyian asal Elvis Presley, The Young Ones and Travelling Light (Cliff Richard) dan Putus Sudah Kasih Sayang (P Ramlee).
Nyanyian beliau berjaya meraih sumbangan lebih daripada 20 penderma pada majlis perhimpunan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA), di Sibu baru-baru ini. Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu pesakit buah pinggang dan diabetes. Terima kasih penderma.

0 Komentar untuk " Debat ulama, debat bola, debat rakyat "