Hakikatnya manusia dijadikan Allah SWT dengan dua potensi iaitu manusia yang mempunyai nilai positif dan negatif. Manusia yang positif adalah mereka yang mempunyai nilai murni yang tinggi dalam dirinya seperti taat kepada perintah Tuhan, berbuat baik kepada manusia lain dan baik terhadap diri sendiri, manakala manusia yang negatif adalah manusia yang merosakkan diri dengan perkara yang bercanggah dengan nilai baik. Menerusi rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan setiap Rabu, jam 10.15 pagi di radio IKIMfm, Ustaz Pahrol Mohd Juoi menjelaskan, dalam mencari kebaikan diri, seseorang Mukmin haruslah sentiasa bermuhasabah untuk memperbaiki diri dengan akhlak mulia seperti yang dipamerkan oleh Nabi junjungan Muhammad SAW. Beliau berkata, dalam kehidupan ini kita mempunyai peranan tersendiri termasuk sebagai ayah, adik, pemimpin, guru, suami dan isteri atau apa saja. Sekiranya kita seorang guru, adakah kita seorang guru yang benar-benar memberi manfaat kepada pendidikan ummah atau sekadar seorang guru yang mengajar dalam kelas dan setiap bulan mendapat gaji.
Manusia sukakan kebaikan
Manusia di alam ini secara fitrahnya sukakan kebaikan. Bahkan seseorang yang pengotor sekalipun akan sukakan kepada orang yang pembersih, orang yang suka bercakap bohong akan sukakan kepada manusia yang jujur. Namun, sikap manusia sendiri ada kalanya lebih gemar kepada perkara yang buruk dan merosakkan. Seorang Mukmin yang ingin menjadi baik iaitu menjadi manusia yang bermanfaat kepada manusia lain dan menjadi hamba yang taat kepada Allah SWT hendaklah tahu akan perkara yang boleh membina kebaikan dalam diri seseorang manusia. Ramai manusia yang ingin menjadi baik, tetapi tidak dapat membina kebaikan diri kerana tidak tahu akan formula untuk menjadi insan yang benar-benar baik pada pandangan Allah SWT dan baik dalam kalangan manusia.
Pahrol menyebut tiga kriteria yang perlu ditanam untuk membina kebaikan dalam diri seseorang manusia iaitu mengetahui apakah ciri-ciri seseorang manusia yang baik. Kedua, mencari kaedah menjadi manusia yang baik dan ketiga ialah untuk menjadi manusia yang baik, seseorang itu harus bersedia untuk 'membayar' nilai kebaikan tersebut. Sudah pasti ada harga yang perlu 'dibayar' kepada sesuatu nilai kebaikan. Dalam hidup ini, semakin tinggi harga sesuatu perkara, semakin tinggi pula nilainya.
Dalam memperkatakan siapa manusia yang baik, Pahrol menjelaskan bahawa seseorang Mukmin yang baik harus mempunyai dua kriteria iaitu seseorang yang taat kepada perintah Allah dengan menuruti perintah-Nya seperti yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Kedua adalah sedar akan dirinya sebagai khalifah Allah dan menjalankan peranan dengan sebaik mungkin di muka bumi Allah SWT ini. Sungguhpun ada sesetengah pandangan yang berpendapat definisi baik itu bersifat subjektif dan relatif, namun sebagai Mukmin, manusia yang baik adalah mereka yang menjalankan peranannya sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah SWT dan patuh kepada seruan Rasulullah SAW.
Tingkat amal ibadah
Seorang yang taat kepada Allah SWT akan sentiasa meningkatkan amal ibadahnya di sisi Allah dan selalu membina hubungan dengan Allah melalui solat, zikir, membaca al-Quran sehingga mencapai ketakwaan di sisi Allah SWT. Begitu juga peranan manusia yang baik akan menjalani peranannya sebagai khalifah dengan sentiasa memperbaiki diri untuk berbuat kebaikan kepada diri dan seluruh makhluk di alam ini. Seorang khalifah juga memahami inti pati yang diajar oleh al-Quran dan menuruti ajaran Nabi Muhammad SAW. Rasulullah disebut sebagai seorang yang bercakap berdasarkan wahyu Allah SWT dan bukan nafsunya.
Tugas menjadi khalifah tidak diserahkan kepada malaikat kerana manusia yang mempunyai nilai yang dinamik untuk memakmurkan alam ini dengan sempurna. Jika menjadi manusia yang taat sentiasa membina diri dengan amal ibadah seperti solat dan zikir, menjadi khalifah hendaklah melaksanakan tugas dengan banyak berfikir. Seorang khalifah yang memberi kebaikan dan memperbaiki keadaan hendaklah sentiasa membaiki diri dan sentiasa berfikir untuk menyumbang kepada masyarakat agar bumi ini menjadi lebih bermakna kepada setiap manusia.
Berfikir untuk majukan ummah
Seorang Mukmin yang menjalani peranan sebagai khalifah hendaklah sentiasa meningkatkan daya fikir untuk memajukan ummah dan membantu kemaslahatan ummah supaya umat Islam akan terus berdiri kukuh dengan nilai kualiti diri yang tinggi di muka bumi ini. Justeru, seseorang yang sentiasa berdoa yang berusaha menjadi baik secara ikhlas kerana Allah SWT sudah pastinya Allah SWT akan meletakkannya dalam kalangan orang yang baik dan menjauhi dirinya daripada perkara yang membawa kepada kemaksiatan.
Begitu juga Mukmin yang Allah SWT berikan kebaikan kepada dirinya, Allah SWT juga akan memberikan kefahaman ilmu kepadanya untuk memahami inti pati al-Quran dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan. Manusia yang sentiasa berusaha mencari kebaikan tidak akan rugi kerana walaupun berdepan dengan ujian dan musibah yang barangkali mencederakan perasaan manusia, tetapi hatinya akan sentiasa terbimbing dengan ilmu Allah SWT dan kasih sayangnya akan sentiasa menyelimuti manusia yang berusaha untuk mentaati Allah dan menjadi khalifah yang baik di bumi Allah ini. Oleh itu, rajinkan diri mencari ilmu untuk menjadi manusia baik di sisi Allah dan dalam kalangan manusia.
Manusia yang baik akan sentiasa mendapat kebaikan dan disayang manusia lain. Seseorang yang membahagiakan akan mendapat bahagia, begitu juga manusia yang sering memberi akan menjadi manusia yang akan banyak menerima. Justeru, Mukmin hendaklah sentiasa berusaha membina kebaikan dalam diri agar menjadi insan yang diredai di dunia dan akhirat. Penulis ialah Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123199

0 Komentar untuk " Berusaha jadi insan baik "