SHAH ALAM - Gaji tidak setimpal dengan kerja dan kesukaran mendapatkan pekerjaan, itu antara keluhan golongan belia dalam menempuhi realiti kehidupan di Malaysia pada masa sekarang.
Turut mendapat tempias bagi belia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma terpaksa berhenti kerja kerana menerima gaji yang tidak setimpal dan tidak mampu meneruskan hidup di bandar-bandar besar.
Di sebalik lambakan pekerja asing di pelbagai sektor terutama bagi kerja separuh mahir menyebabkan pekerja tempatan terpaksa berputih mata melihat warga asing memonopoli pekerjaan namun terdapat segelintir belia yang sanggup berusaha dengan berniaga mencari rezeki masing-masing.
Susulan situasi berkenaan ia menyebabkan golongan belia ini terpaksa mengambil inisiatif menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar Lembah Klang mendapati ada kebenaran bahawa golongan belia terpaksa bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya.
Bagi Muhammad Afzan Ismail, 27, walaupun mempunyai ijazah daripada universiti tempatan, dia terpaksa bekerja sebagai operator kilang kerana tidak mendapat kerja dalam bidang yang dipohonnya.
“Saya berhenti kerja sebagai operator kilang kerana gaji yang tidak setimpal untuk menampung kos sara hidup. Sekarang saya telah buka perniagaan nasi kukus secara kecil-kecilan dan pendapatan purata bulanan tinggi sedikit berbanding di kilang,” katanya.
Kata Muhammad Afzah, seharusnya kerajaan lebih prihatin dengan masalah belia terutama dalam memulakan hidup selepas tamat belajar.
Bagi peniaga kelapa muda, Jamaluddin Mohd Zain, 30, menyatakan komitmen pekerja tempatan berbanding pekerja warga asing adalah sangat berbeza.
“Macam mana nak kerja kilang kalau gaji tak cukup untuk menampung kehidupan sebulan dengan rumah sewa, pengangkutan dan makan minum.
“Warga asing datang ke Malaysia, niat mereka memang untuk kerja semata-mata dan makan mereka catu sebab nak hantar wang pulang ke negara asal. Takkan kita di negara sendiri terpaksa catu makan,” katanya.
Katanya, lambakan pekerja asing turut mengundang peningkatan masalah sosial di negara ini.
“Cuba pergi buat pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan. Saya sendiri rasa seram sebab warga asing ini buat macam perkampungan mereka sendiri,” katanya.
Menurut penjaja air, Mohd Hafiz Mohd Jaafar, 31 meminta kerajaan membantu golongan belia yang mahu memulakan perniagaan.
“Mungkin dengan cara memudahkan pemberian lesen berniaga dan tapak untuk memulakan perniagaan.
“Jangan hanya cabar golongan belia untuk ambil alih tugas pekerja asing, tetapi inisiatif dan pendekatan tidak ada,” katanya.
Sementara itu, peniaga ayam goreng, Rashid Abdullah Sani, 30 mendakwa, lambakan pekerja asing yang menjadi pesaing kepada pekerja tempatan berpunca daripada permintaan tinggi majikan.
“Majikan tidak mahu gajikan pekerja tempatan kerana terpaksa membayar gaji lebih tinggi berbanding pekerja asing.
“Tidak hairan jika sejumlah 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh akan datang bekerja di negara kita,” katanya.
Jelasnya, majikan perlu memberi peluang kepada pekerja tempatan dan bersedia memberi gaji lebih tinggi.
“Sekarang ini nak kerja di pusat beli belah, kedai serbaneka dan stesen minyak pun pekerja tempatan susah nak dapat,” katanya.
Manakala bagi peniaga air, Mohd Shahrizal Kidam,38 pula berpendapat, dalam suasana hari ini, gaji bekerja di kilang dan sektor pembersihan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Kalau bujang mungkin masih boleh teruskan kehidupan, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga?
“Kalau gaji setakat RM800 hingga RM900 apa boleh dibeli masa sekarang dengan harga semakin meningkat. Kenaikan sikit, tetapi impak dia kepada warga kota cukup tinggi,” katanya.

0 Komentar untuk " Belia tetap mampu berdikari "