DISELUBUNGI suasana indah ketika membesar di lereng-lereng curam hutan pergunungan, saya sudah menduga bahawa zaman dewasa saya akan diterjah dengan cabaran yang berbeza. Saya perlu meneroka dunia asing dan mengejar peluang demi kerjaya dan jati diri. Bukan mudah perjalanan menanti. Saya terpisah daripada keluarga dan kesederhanaan hidup di desa pergunungan Kelabit demi meneruskan pengajian ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan ke University of Warwick di United Kingdom untuk memperoleh ijazah Sarjana. Perjuangan ini menuntut saya meninggalkan segala yang mudah dan lazim bagi saya. Saya gagahkan diri agar serasi dengan persekitaran baharu, bersaing untuk muncul cemerlang dan memperoleh pekerjaan.
Pegangan yang saya genggam erat ketika melewati tahun-tahun itu ialah keyakinan bahawa kita perlu gigih bersaing untuk cemerlang. Ramai rakyat Malaysia pastinya memahami perjuangan ini. Hanya kecekalan dan ketabahan yang mampu merungkai situasi yang getir. Digandingkan pula dengan disiplin dan inovasi, pastinya kita mampu mengatasi segala kesulitan yang timbul demi meraih kejayaan. Jika takut berganjak dari zon selesa, hasilnya pastilah sekadar cuma. Kita semua tahu bahawa kecemerlangan tidak mungkin lahir daripada usaha ala kadar semata-mata. Maka atas sebab itulah Malaysia sepatutnya meraikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan bersaing. Perjanjian ini adalah peluang untuk Malaysia turut serta dalam lingkungan pesaing terbaik dunia. Jumlah perdagangan Malaysia kini mencecah kira-kira 150 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Bergerak seiring zaman
Justeru, kita harus bergerak seiring dengan zaman dan menerapkan mekanisme agar momentum yang tercapai ini mampu berkembang dan dikekalkan. Lebih penting, TPPA berupaya membantu syarikat tempatan untuk merebut peluang di peringkat antarabangsa dan bangkit daripada kebergantungan keterlaluan pasaran serta dasar perlindungan tempatan. Selama enam tahun sejak Malaysia mula terbabit dalam rundingan TPPA, bermula pada Oktober 2010, sesi perbincangan dan perdebatan kerap berkisar pada manfaat penyertaan negara dalam perjanjian ini. Jika dilihat dari aspek lebih luas, persoalan pokok mengenai penyertaan Malaysia dalam TPPA ialah faedah bersih yang ditawarkan kepada negara. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menyertai TPPA. Perjanjian ini membabitkan 11 negara lain termasuk Singapura, Brunei dan Vietnam dari rantau ini. Thailand, Filipina dan Indonesia dikatakan sesetengah pihak berhasrat untuk turut serta dalam rundingan akan datang.
Negara ini adalah saingan dagangan kita di rantau ini. Mengapa pula mereka berminat menyertai TPPA? Apa yang mereka lihat namun kita terlepas pandang? Pokok pangkalnya ialah persoalan berikut dan jawapan kepadanya; Apakah manfaat yang diraih Malaysia daripada pasaran bebas yang disertai negara ahli TPPA? Apakah kita akan rugi jika tidak memeterainya? Apakah kita akan ketinggalan jauh jika negara pesaing yang lain turut serta dan kita terpaksa tunggu sehingga rundingan seterusnya?
Berdasarkan penilaian faedah makroekonomi yang ditawarkan oleh TPPA kepada negara anggota, Bank Dunia telah menerbitkan model simulasinya dalam Prospek Ekonomi Global 2016. Mereka meramalkan bahawa menjelang 2030, TPPA akan meningkatkan KDNK negara anggota sebanyak 0.4 hingga 10 peratus. Sementara itu, KDNK bagi negara yang mempunyai had perdagangan seperti Malaysia dan Vietnam pula masing-masing berupaya meraih pertumbuhan setinggi lapan hingga 10 peratus menjelang 2030 susulan liberalisasi.
Dalam pada itu, analisis kos-faedah yang dilaksanakan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) terhadap impak hasil penyertaan Malaysia dalam TPPA pula menunjukkan bahawa firma yang berorientasikan import seperti pembuat tekstil, peralatan automotif dan barangan elektrik dan elektronik dijangka mencatat pertumbuhan susulan akses pasaran yang lebih luas bersama dengan negara anggota. Kajian PwC juga meramalkan peningkatan pelaburan sebanyak AS$136 bilion hingga AS$239 bilion dalam tempoh antara 2018 sehingga 2027.
Sektor tekstil dijangka mencatat kenaikan terbesar dalam pertumbuhan pelaburan pada 2027, diikuti sektor pembinaan dan perdagangan pengedaran. Sudah tentu akan terdapat kos pelarasan ke atas syarikat kesan daripada persaingan yang meningkat dan syarat-syarat TPPA merentasi sektor yang perlu dipatuhi. Namun, ini merupakan trade-off supaya peniaga tempatan berupaya menembusi pasaran yang lebih besar.
FMM sokong
Baru-baru ini, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berserta dengan beberapa pertubuhan perniagaan dan perdagangan, juga dewan-dewan perniagaan telah menyuarakan sokongan mereka terhadap TPPA. "Sektor perniagaan yakin bahawa peluang meraih manfaat awal dalam TPPA akan membawa hasil positif memandangkan suasana tidak menentu yang sedang dihadapi dalam perdagangan global", kata Presiden FMM, Datuk Saw Choo Boon. Kerajaan bertanggungjawab mengambil kira kebimbangan disuarakan mengenai impak ekonomi yang lebih terbuka ke atas peniaga tempatan.
Justeru, dasar kepentingan Bumiputera, perolehan kerajaan dan syarikat milik kerajaan negeri berjaya dirunding dan dipertahankan. Hal ini selaras dengan arahan Perdana Menteri bahawa kita akan turut serta dalam TPPA hanya jika penyertaan itu menguntungkan Malaysia dan kepentingan negara tidak tergadai. Sejak 2010, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pasukannya telah membuat lebih 50 pembentangan kepada Kaukus Parlimen mengenai TPPA dan juga sidang Kabinet. Setiap isu yang dibangkitkan dibawa semula ke meja rundingan.
Tidak hairanlah Malaysia nyaris-nyaris tersingkir akibat senarai syarat yang dikemukakan begitu padat. Kebanyakan syarat itu diterima dan tentunya segala penat lelah setelah sekian lama berjaya melahirkan hasil positif. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meratifikasi TPPA, untuk menyahut dengan keputusan 'ya' atau 'tidak' dari Malaysia. Bermula hari Selasa ini, Ahli Parlimen kita akan bersidang selama tiga hari dalam mesyuarat khas untuk membahaskan usul ini dan mengundi sebelum keputusan akhir diluluskan oleh Dewan Negara pada hari Khamis. Yakinlah, keputusan ini akan membawa impak yang ketara terhadap kemapanan daya saing negara dalam arena perdagangan global dalam jangka panjang. Maka saya kembali kepada rakyat Malaysia yang yakin bahawa persaingan menzahirkan pertumbuhan. Kita mampu berganjak ke tahap standard yang lebih tinggi dan semakin cemerlang. Peluang dan cabaran menanti apabila kita memeterai TPPA.
Perkukuh hala tuju negara
Perjanjian ini bukan setakat bertujuan mempertingkatkan akses pasaran dan membuka peluang baharu, malah turut memperkukuh hala tuju negara dalam usaha merealisasikan aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dan seterusnya - TPPA ialah pemangkin untuk mempergiat produktiviti, inovasi dan daya saing, juga memperbaiki tadbir urus negara. Usahlah kita menganggap TPPA sebagai penyelesai segala masalah yang membelenggu Malaysia pula.
Penyertaan ini hanyalah permulaan dalam usaha kita mencorakkan landskap yang lebih tekal dan mantap untuk perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Sudah terlalu lama negara kita ketinggalan dan bermain kejar-mengejar. Ayuh! Kita bangun kali ini dan beroleh kemenangan! Maka, saya dengan bulat hati mengatakan 'ya' kepada TPPA! Ayuh Malaysia, kita boleh!
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117730

0 Komentar untuk " Ayuh Malaysia, katakan 'ya' kepada TPPA "