THOYYIB Pharma Industries (M) Sdn Bhd bukanlah nama asing di negara ini dalam aktiviti pengilangan kontrak bagi produk makanan tambahan, kesihatan, herba dan ubat-ubatan tradisional.
Selaku yang terawal berkecimpung dalam industri ini sejak 2001, maka tidak hairanlah Thoyyib Pharma cukup diyakini dan menjadi pilihan utama usahawan tempatan mahu pun antarabangsa.
Berbekalkan pengalaman luas dimiliki, Thoyyib Pharma amat komited membantu usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mempunyai kekangan untuk menghasilkan produk jenama sendiri berkualiti tinggi.
Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Thoyyib Pharma, Sofiah A’ttiqah Ahmad Roaini, perkhidmatan lengkap, komprehensif dan menyeluruh sentiasa menjadi keutamaan mereka.
“Kita berkepakaran menghasilkan produk makanan dan minuman kesihatan, serta ubat-ubatan tradisional dalam bentuk tablet, kapsul dan serbuk.
“Antara servis ditawarkan pula seperti khidmat rundingan dalam pembangunan produk, pembuatan produk siap dan kontrak pembungkusan,” katanya.
Pada masa sama, katanya, rundingan dalam pelabelan serta pendaftaran produk terutama melibatkan pendaftaran Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan juga disediakan.
Titik berat keberkesanan, unik
Sofiah A’ttiqah memberitahu, Thoyyib Pharma turut menawarkan pelbagai konsep produk yang boleh dipilih oleh pelanggan, bersesuaian dengan kos dan citarasa masing-masing.
“Sering mendapat permintaan membabitkan kesihatan umum, kecantikan, pengurusan berat badan, kesihatan dalaman lelaki dan wanita, produk minda, termasuk yang berasaskan makanan sunnah dan pelbagai lagi.
“Thoyyib Pharma sangat menitikberatkan keberkesanan dan keunikan setiap formulasi produk yang dibangunkan khusus untuk pelanggan,” katanya.
Katanya, kawalan kualiti merupakan aspek terpenting dalam sesuatu penghasilan produk Thoyyib Pharma.
“Demi memastikan kualiti produk terjamin mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan pihak berkuasa, kita sentiasa melaksanakan audit secara berkala dan menambah baik teguran diterima dari semasa ke semasa,” katanya.
Selain peringkat tempatan, katanya, produk dibangunkan Thoyyib Pharma yang berpusat di Nilai 3 Industrial Park, Negeri Sembilan ini turut menembusi pasaran luar negara seperti Brunei Darussalam, Thailand, Jepun, Emiriah Arab Bersatu dan banyak lagi.
“Kepada sesiapa yang inginkan khidmat konsultasi dalam pengilangan kontrak produk makanan tambahan, kesihatan atau herba, boleh hubungi 019-6601163 atau 019-7901507.
‘Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.thoyyibpharma.com,” katanya.

0 Komentar untuk " Thoyyib Pharma pilihan utama "