*TIDAK kira di mana, semua perhatian dan pendengaran kini tertumpu pada PWTC. Buka radio dalam kesesakan lalu-lintas orang hendak tahu apa sedang dibahaskan di dewan tersebut.
Tonton TV di rumah atau di restoran mamak pun orang mahu tahu perkembangan terkini PAU. Hendak tidur lewat malam pun orang ingin tahu apa yang diputuskan PAU.
Baik parti lawan atau parti yang bersekongkol, semua prihatin terhadap apa sahaja yang dicakapkan pada PAU. Hatta sekiranya diberi peluang, beruk, monyet, badak sumbu dan gajah menta di Zoo Negara pun ingin tahu mengenai PAU.
Pendek kata baik yang waras, kurang waras, sewel hatta yang gila babi pun, semua ingin tahu. Begitulah pentingnya Umno!
*TERTARIK saya pada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika membentangkan laporan pada hari pertama PAU. Kata Setiausaha Agung Umno itu wujud duri dalam daging dalam parti.
Lebih dikesalkan lagi ialah segelintir ahli-ahli Umno menjadi duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Beliau akui tidak mudah menangani segala serangan yang dilancarkan kepada parti.
Pada hemat saya ini bukan benda baharu. Sejak dulu lagi sentiasa ada duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan. Malah kini ada racun dalam minuman dalam parti.
Tetapi parti terbesar orang Melayu itu masih di situ. Kutuk dan hentam macam mana pun, ia masih kebal, sekurang-kurangnya buat masa ini. Esok, lusa belum tahu lagi.
*KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan Pemuda Umno akan terus bersuara untuk rakyat dan tiada sesiapa dapat menutup mulut mereka.
Katanya: “Yang hitam akan tetap hitam, yang putih akan tetap putih. Kebenaran akan sentiasa menjadi paksi.”
Syabas atas ketegasan KJ. Pemuda mesti berani untuk menyuarakan kebenaran. Kalau betul hitam jangan teragak-agak untuk berkata hitam. Jangan jadi orang munafik.
Masalah sekarang ialah kita tahu dan pasti hitam, tetapi tetap kata putih. Demikianlah merah, hijau, kuning, biru, kelabu tahi anjing, semua kita kata putih. Sebab itulah orang jahat kita kata baik. Orang baik kita kata jahat.
*KJ menggesa kerajaan untuk menghentikan segala kenaikan harga dan tambang yang jelas telah membebankan rakyat. Katanya, kerajaan juga perlu ingat tentang Aku Janji BN sebelum PRU13 yang lalu.
Katanya 2015 merupakan tahun yang mengejutkan rakyat dengan pelbagai kenaikan. Satu demi satu, harga dan tambang meningkat. Beban tanggungan rakyat turut meningkat. Duit simpanan semakin merosot. Hutang bertambah. Ada yang terpaksa cari ah long.
“Cukuplah! Hentikan semua kenaikan ini. Jangan ada kenaikan lagi,” katanya sambil menegaskan apa sahaja kenaikan harga anak menaikkan kemarahan rakyat. Hidup Pemuda Umno!
*PUTERI Umno pun nampaknya senada dengan Pemuda. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan menaikkan harga pengangkutan awam yang dilihat dibuat secara mendadak.
“Kami mahu kerajaan melalui SPAD mengkaji semula dan merasionalisasikan kenaikan harga pengangkutan awam yang membebankan pengguna melalui kenaikan tambang LRT dan ERL yang mendadak serta pengenalan tambang yang agak tinggi bagi perkhidmatan baru iaitu Bus Rapid Transit (BRT),” katanya.
Harap-harap desakan Pemuda dan Puteri segera mendapat perhatian dan tindakan daripada kerajaan.
*ADA nasihat kepada pengamal media yang membuat liputan PAU. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari mahu media tidak membuat laporan berita berbentuk spekulatif bagi mengelak kekeliruan.
Katanya: “Hentikanlah segala spekulasi, tak perlu sensasikan sesuatu isu semata-mata hendak kejar rating.”
Beliau tidak perlu bimbang – dan tidak perlu menasihatkan media – mengenai spekulasi dan sensasi. Sejak dulu lagi pun penulisan cara ini memang telah diamalkan, dan tidak ada masalah.
Lagi pun seperti yang diakui sendiri oleh Jailani: “Kalau berita itu berbau hasutan, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan, kalau berita itu berunsur fitnah, kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Fitnah.”
Pendek kata spekulatif atau tidak, sensasi atau tidak, kita sudah ada undang-undang untuk mengawal media. Menteri tidak usah bimbang.

0 Komentar untuk " Semua tertumpu pada PWTC "