MASYARAKAT Cina terkenal dengan pantang-larang mengenai nasib. Daripada Feng Shui, Yin Yang dan juga nombor; setiap satu dikaitkan dengan kepercayaan-kepercayaan tertentu. Setiap nombor mempunyai maksud tersendiri dan mereka percaya kepada kuasa nombor, sama ada memberi tuah atau malang.
Setiap bunyi dalam bahasa Cina (Mandarin) mempunyai empat maksud yang berbeza, berdasarkan intonasi atau pinyin yang berbeza. Sebagai contoh, bunyi 'ma' memberi maksud emak, pasif, kuda dan juga marah, serta sebagai tambahan kepada ayat tanya.
Perkataan 'si' pula membawa maksud nombor 4 dan juga mati tetapi masing-masing dilafazkan dengan intonasi yang berbeza. Maka, mereka percaya yang nombor 4 ini membawa nasib malang kerana ia berbunyi sama dengan perkataan yang membawa maksud mati. Selain mati, nombor 4 juga mempunyai bunyi yang sama dan dikaitkan dengan miskin ataupun susah.
Kepercayaan ini sangat kuat sehinggakan kita lihat ada bangunan yang tiada tingkat 4 kerana ia digantikan dengan tingkat 3A. Begitu juga nombor pendaftaran kereta. Ada yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan nombor tertentu. Jangan terkejut jika terdapat rakan-rakan Cina anda yang sanggup berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan nombor plat kereta yang dipercayai akan membawa tuah atau ong kepada mereka.
Namun begitu, bukan semua orang Cina percaya nombor tertentu memberikan maksud malang. Sebagai contoh, Chan, tauke kedai yang menjual kamera litar tertutup di Pasir Pekan, Tumpat, membeli kereta terpakai dengan nombor 24 yang mempunyai bunyi bermaksud senang mati.
Apabila ditanya, adakah dia tidak takut senang mati kerana memiliki nombor plat tersebut dan memandu kereta itu setiap hari, beliau mengatakan lagi bagus senang mati jika sudah sampai ajal, daripada susah mati walaupun sudah di ambang maut. Ada betulnya juga.
Nombor 8 paling popular dalam kalangan masyarakat Cina kerana ia membawa maksud kaya atau makmur. Kebiasaannya, mereka akan memilih nombor 8 untuk nombor telefon, nombor rumah, tarikh atau apa-apa sahaja yang menggunakan nombor. Oleh sebab itulah kita lihat antara kombinasi nombor yang kerap mereka gunakan untuk plat kereta adalah 8 (kaya), 28 (senang kaya), 68 (akan kaya / menuju kekayaan) atau kombinasi-kombinasi lain yang membawa maksud yang sama.
Beberapa fakta menarik yang ingin saya kongsi ialah upacara pembukaan sukan Olimpik musim panas di Beijing telah diadakan pada hari Jumaat, 8 Ogos 2008, jam 8:08 malam; Syarikat Penerbangan Sichuan di Chengdu, China, yang memulakan operasi pada tahun 1988, telah membeli nombor telefon yang kesemuanya nombor 8, pada harga US$280,000; dan menara berkembar Petronas pula mempunyai 88 tingkat keseluruhannya.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menutup tender untuk nombor plat DCU pada 11 Oktober 2015. Kebiasaannya, untuk nombor plat satu digit, nombor 4 akan dimenangi oleh orang Melayu dengan bayaran yang agak rendah berbanding nombor satu digit yang lain kerana tiada saingan, terutamanya daripada kaum Cina.
Berdasarkan notis keputusan tender nombor pendaftaran siri DCU yang dipamerkan di pejabat JPJ Kelantan, nombor DCU1 dan DCU2 dimenangi oleh syarikat perniagaan salun dengan harga RM130,000 dan RM36,000. Selain dari DCU3 yang dimenangi oleh syarikat perniagaan lampu dan DCU7 oleh sebuah butik, DCU4 hingga DCU19 semuanya dimenangi oleh orang Melayu dengan harga tender dari RM4,000 – RM40,000.
Menghairankan juga apabila dalam suasana ekonomi yang agak lembap dan rakyat Malaysia mengeluh mengenai peningkatan kos hidup, masih ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan nombor plat kegemaran mereka.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu juga sanggup berbelanja untuk mendapatkan nombor kegemaran masing-masing. Mereka mungkin bukan percaya nombor-nombor tersebut mempunyai ong atau sebaliknya tetapi lebih kepada nilai prestij kerana hanya orang tertentu sahaja yang mampu memiliki nombor-nombor tersebut.
Apa pun alasan atau sebabnya, sebagai orang Islam, wajarlah kita berhati-hati. Dalam pada kita memikirkan kesukaan dan dengan kemampuan yang dikurniakan, janganlah sampai membazir atau lebih teruk sekiranya berhutang untuk sebab-sebab yang tidak dituntut pun dalam agama.

0 Komentar untuk " Nombor lapan banyak ong "