BiotechCrop sertai pelaburan kelapa sawit - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

BiotechCrop sertai pelaburan kelapa sawit

PERBADANAN Bioteknologi Malaysia (BiotechCrop) melalui syarikat usahasamanya, Malaysian Bio-Xcell Sdn Bhd akan mengumumkan pelaburan baharu berasaskan penggunaan sumber dari industri kelapa sawit pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Operasinya, Razwin Sulairee Hasnan Termizi berkata, perbincangan mengenai pelaburan itu kini memasuki peringkat akhir bagi
memuktamadkan pelbagai perkara termasuk reka bentuk produk.

"Ia merupakan satu pelaburan yang besar dan akan diumumkan Bio-XCell pada penggal pertama tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Purple Fiesta di pejabat Bio-Xcell di sini hari ini.

Sekarang ini, BiotechCrop difahamkan sudah mengenalpasti tiga negeri yang akan menjayakan pelaburan tersebut.

Ianya terdiri daripada Johor, Pahang dan Sabah kerana masing-masing merupakan pengeluar utama kelapa sawit negara.

"Bagi Johor, ia berada di posisi yang baik kerana sudah mempunyai bahan mentah dan sokongan aplikasi yang mencukupi untuk membangunkan sumber kelapa sawit kepada produk bahan kimia baharu bagi menggantikan sumber petroleum," katanya. - Bernama

Related Post

0 Komentar untuk " BiotechCrop sertai pelaburan kelapa sawit "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ