TERKEJUT membaca kenyataan seorang menteri melalui status di laman Facebooknya yang mengatakan bahawa keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape adalah kerana mengambil kira aspirasi anak muda. Benarkah vape merupakan aspirasi anak-anak muda di Malaysia?
Menurut pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), melalui Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Zul Alwi Mat Adam, vape bukan aspirasi anak muda, begitu juga rokok. Menurut beliau, majoriti anak muda hari ini membenci vape dan rokok serta beliau menegaskan bahawa kenyataan yang kerajaan memenuhi aspirasi anak muda dengan tidak mengharamkan vape adalah tidak betul.
Menurutnya lagi, kegilaan vape terutama dalam kalangan anak muda dilihat sebagai gejala yang tidak sihat.
Vape adalah rokok elektronik yang dikatakan dapat meminimumkan pengaruh-pengaruh buruk rokok konvensional. Vape dipromosikan sebagai alternatif sihat berbanding menghisap rokok. Melalui temu bual Buletin Utama TV3 baru-baru ini, ramai perokok tegar memberikan testimoni bahawa kesihatan mereka bertambah baik selepas bertukar daripada rokok biasa kepada vape.
Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok dan belum terbukti sebagai terapi terbaik menggantikan nikotin.
Berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, vape tiada sekatan umur dan ini menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakannya.
Ia bukan sahaja mudah diperoleh di kebanyakan kedai, malah dijual secara terbuka di pasar malam dengan harga RM50 ke atas, manakala bahan cecairnya berharga di antara RM10 dan RM20 sebotol.
Walaupun vape telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada perokok tegar dan sepatutnya membantu mereka untuk berhenti merokok, sebaliknya pula yang terjadi, di mana ia sekarang sudah menjadi budaya atau trend anak-anak muda. Remaja dan belia yang tidak menghisap rokok juga ingin menghisap vape. Fenomena menghisap vape ini juga menular dalam kalangan wanita.
Datuk Seri Dr Helmi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 di Dewan Rakyat minggu lepas, mengatakan bahawa vape mengandungi nikotin dan propylene glycol dan apabila dipanaskan dalam cecair melebihi lima volt, kombinasi bahan cecair ini akan bersifat seperti bahan pengawet (folmaldehyde) yang boleh menyebabkan kanser.
Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibul Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, juga mengatakan bahawa penggunaan vape adalah haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.
Beliau juga berkata penggunaan vape suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah. Maka fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa, iaitu haram.
Majlis Fatwa Kebangsaan melalui pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin pula telah memutuskan bahawa rokok elektronik adalah dilarang dalam Islam. Ia dikategorikan sebagai berbahaya, membazir dan memudaratkan kesihatan. "Atas sebab-sebab ini, ia adalah haram,” kata beliau semasa sidang akhbar selepas program Wacana Eksekutif Indeks Syariah Peringkat Negeri Perak 2015 pada pertengahan Ogos 2015.
Masyarakat kita begitu sensitif dalam aspek pemakanan, di mana makanan bukan sahaja perlu suci, halal dan bersih dari segi fizikal tetapi asal-usulnya juga harus suci (konsep halalan toiyyiban).
Sehinggakan dalam sidang media berkenaan isu coklat Cadbury yang dicemari DNA babi, seorang lelaki dengan sebaknya berasa dirinya kotor kerana memakan coklat yang mengandungi najis berat itu.
Seorang wanita pula membangkitkan tuntutan kos tukar darah atau cuci darah bagi orang Islam yang telah termakan coklat Cadbury. Sampai begitu sekali. Mengapa mereka tidak pula ke depan dengan isu rokok, shisha dan kini vape yang juga telah diharamkan? Adakah asap yang disedut itu tidak meresap ke dalam badan dan menjadi darah daging?
Vape sudah diharamkan di Singapura, Thailand, Brunei, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Mengapa di Malaysia masih dibenarkan?
Trend menghisap vape ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat dan ia bukan lagi alternatif untuk berhenti merokok. Maka, umat Islam terutamanya perlu meninggalkannya.

0 Komentar untuk " Vape aspirasi anak muda? "