DUNIA menyambut Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) dalam suasana yang tidak menentu. Populasi yang menghuni bandar di seluruh dunia, secara terus-terusan menunjukkan peningkatan yang ketara terutama di benua Asia, dengan India bakal mengatasi jumlah populasi dunia pada tahun 2050 akan datang.
Namun begitu, dalam perkembangan terbaharu melalui perubahan besar dasar kependudukan China yang menarik balik pengurangan jumlah anak daripada seorang kepada dua orang, jumlah penduduk China dianggarkan akan meningkat dengan mendadak dalam tempoh dua dekad mendatang.
Jumlah penduduk yang mendiami kawasan perbandaran melebihi separuh daripada tujuh bilion penduduk dunia kini. Keadaan ini tidak ketinggalan di Malaysia dengan lebih 21.6 juta penduduk tinggal di bandar besar, sederhana dan kecil. Keadaan ini jika tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya akan menimbulkan pelbagai isu yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada penghuni bandar itu sendiri.
Hari ini, kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda bandar negara ini daripada bencana alam hinggalah kepada bencana teknologi ciptaan manusia sendiri yang menuntut kepada satu bentuk kesabaran, iltizam dan ketabahan yang tinggi untuk mengatasinya.
Peningkatan kejadian bencana yang berlaku di seluruh dunia dan Malaysia termasuklah banjir, tanah runtuh, jerebu; peningkatan berterusan kes demam denggi dan yang terbaharu kes demam kepialu yang dikaitkan dengan kurangnya kebersihan dan dibawa oleh pendatang asing yang mencari rezeki di negara ini.
BANJIR dan tanah runtuh berlaku akibat pembangunan yang tidak sistematik. - Foto hiasan
Ketahanan bandar
Keadaan ini tidak diambil kira kes buang bayi, rompakan, pembunuhan dan sebagainya yang berlaku khususnya di kawasan bandar. Semua cabaran ini menuntut kepada daya ketahanan dan kekentalan bandar itu sendiri untuk terus bertahan dan menjadikan bandar itu lebih berdaya huni. Justeru, bagaimanakah kita mampu untuk merealisasikan tema sambutan HPBS pada tahun ini iaitu Making Cities Resilient?
Tema ini berhasrat untuk menjadikan sesebuah bandar itu berdaya tahan, kental daripada sebarang gangguan ekologi, ekonomi, sosial mahupun budayanya dan akhirnya menjadi sebuah bandar yang berdaya huni serta lestari sifatnya agar bandar yang dihuni mendatangkan keselesaan kepada warganya. Pelbagai isu yang timbul mengancam kesejahteraan bandar melanda sejak berabad-abad dulu. Jika diambil contoh kejadian banjir yang berlaku, direkodkan bahawa kejadian banjir berlaku hampir setiap tahun di negara ini yang membabitkan kediaman dan tempat tinggal di bandar utama. Bandar Temerloh di Pahang misalnya, mengalami banjir besar pada tahun 1886, 1926, 1971 dan 1972 serta tahun 2014 dan 2015 yang lalu.
PEMANTAUAN berterusan boleh mengawal penularan wabak demam denggi. - Foto hiasan
Gangguan ekologi
Bandar ini mengalami gangguan ekologi yang mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kematian. Kesan daripadanya menimbulkan pelbagai pengubahsuaian dari aspek tindakan, governans dan sebagainya sebagai tindak balas terhadap gangguan tersebut. Begitu juga dengan fenomena jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini, di samping beberapa buah negara jiran adalah satu fenomena yang cukup kompleks untuk diuruskan.
Jerebu adalah fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah terampai pencemaran lain mengaburi pemandangan dan kejelasan langit yang biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera menyebabkan masalah pernafasan dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan. Kesannya mengakibatkan peningkatan dalam jumlah orang yang menerima rawatan berkaitan dengan masalah pernafasan tadi. Krisis ekonomi dan kewangan di negara ini sedang mengalami fasa yang tidak menentu walaupun menunjukkan pertumbuhan menggalakkan dan ini membabitkan sektor bandar yang bertindak sebagai ejen pertumbuhan ekonomi negara.
Faktor luaran melalui proses globalisasi yang berlangsung turut mengancam ekonomi negara di seluruh dunia. Kesannya amat mendalam terhadap sektor ekonomi bandar yang menjadi tunjang terhadap perkembangan ekonomi negara. Konsep kekentalan digunakan oleh pengkaji ekologi sejak lebih 40 tahun lampau yang boleh diaplikasikan kepada kawasan bandar. Kekentalan secara mudahnya ialah kebolehan sistem untuk kembali kepada keadaan asalnya selepas berlaku gangguan terhadap sistem tersebut.
Tiga konsep sistem ekologi-sosial
Tiga konsep penting yang saling berkaitan dan berhubungan dalam memahami sistem ekologi-sosial yang menentukan masa depan bandar itu sendiri untuk terus lestari sifatnya ialah kekentalan, penerimaan (adaptability) dan pengubahsuaian (transformability). Kekentalan bukan saja kapasiti untuk menyerap sebarang tekanan yang mendatang tetapi juga kebolehan untuk mengalami proses pembaharuan, mengorganisasikan semula serta keupayaan untuk membangun semula. Justeru, bandar yang berdaya kental mempunyai rangkaian sistem fizikal dan komunitinya terdiri daripada sistem fizikal yang dibina dan persekitaran semula jadi dalam bandar dapat digunakan secara berterusan.
Sistem fizikal ini termasuklah jalan raya, bangunan, infrastruktur, komunikasi, tenaga di samping sistem pengairan, tanah, topografi, geologi dan sistem semula jadi yang lain. Ketika berlakunya gangguan (banjir besar misalnya), sistem fizikal ini mampu untuk bertindak dan berfungsi di bawah tekanan bencana tersebut. Sekiranya sistem fizikal ini gagal untuk berfungsi dengan sebaik-baiknya semasa gangguan yang dihadapi, maka bandar itu amat terdedah kepada sebarang ancaman fizikal dan sistem sosial yang lain dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit.
Persoalannya, sejauh manakah pihak pengurusan bandar cukup bersedia menghadapi segala kemungkinan dan ancaman yang datang dari pelbagai sudut, untuk memastikan bandar yang diuruskan mempunyai daya dan kekentalan untuk menyerap, menyesuai mahupun bertindak balas dalam pelbagai keadaan yang mendatang.
KEBANJIRAN pendatang asing antara punca peningkatan penyakit berjangkit di negara ini. - Foto hiasan
INFO
Penulis ialah Profesor Madya/Felo Kanan & Ketua Hal-ehwal Jaringan dan Industri (HEJIM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93945

- Perancang Hari Perancangan Bandar Sedunia atau Hari Perbandaran Sedunia diasaskan oleh Profesor Universiti Buenos Aires, Carlos Maria della Paolera pada lewat tahun 1949.
- Ia disambut pada 8 November setiap tahun di lebih 30 negara setiap benua, sebagai mengiktiraf dan mempromosi peranan golongan perancang bandar mewujudkan kehidupan terbaik masyarakat.
- Sambutan bertujuan menarik perhatian masyarakat kepada matlamat, objektif dan kemajuan dasar perancangan kawasan bandar dan serantau di seluruh dunia.
Penulis ialah Profesor Madya/Felo Kanan & Ketua Hal-ehwal Jaringan dan Industri (HEJIM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93945
0 Komentar untuk " Cabaran penuhi hasrat jadikan bandar berdaya tahan "