Sumber rezeki bagi setiap orang bukan terbatas dalam bentuk wang ringgit, material atau harta benda semata-mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada Allah SWT, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta kehidupan yang bahagia sekalipun. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat.
Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir dalam rancangan Tarbiah berkata, seseorang Mukmin yang mencari rezeki di atas muka bumi Allah SWT ini perlu meletakkan iltizam di dalam hati iaitu mencari rezeki bukan untuk mendapat kesenangan hidup semata-mata, tetapi mesti meletakkan keutamaan untuk mendapatkan rezeki yang halal dan berkat. Dalam usaha untuk mendapat rezeki yang halal dan berkat, seseorang Muslim mestilah menuruti adab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW yang kemudiannya dituruti oleh sahabat serta alim ulama.
Oleh itu, terdapat beberapa adab dan syarat bagi seseorang Mukmin untuk mendapat rezeki yang baik dan berkat agar dengan rezeki yang baik itu memberi keberkatan dalam kehidupan dan seterusnya menjadikan seseorang manusia itu hidup dalam keadaan tenang, lapang dan bahagia, bahkan apabila bertemu Allah SWT di akhirat nanti dalam keadaan yang penuh kegembiraan. Menurut Mohd Nazrul, terdapat beberapa adab perlakuan yang menjadi syarat untuk umat Islam amalkan dalam mencari rezeki yang berkat. Perkara ini juga disebut oleh ulama tersohor iaitu Imam Abdul Wahab al-Sya'rani dalam kitab karangan beliau yang bertajuk Lawaqih al-Anwar.
Kitab ini menerangkan tentang adab bagi orang yang bekerja mencari rezeki dan bekerja itu sebagai satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Pertama, seseorang yang mencari rezeki hendaklah memasang niat untuk bekerja kerana Allah SWT dan membantu umat Nabi Muhammad SAW. Justeru, apabila seseorang Mukmin membetulkan niatnya mencari rezeki kerana Allah SWT, mereka akan melakukan pekerjaan yang halal, jujur dan ikhlas tanpa mempertikaikan jumlah rezeki yang diperoleh. Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai bentuk rezeki yang berbeza. Ada yang mendapat rezeki dalam bentuk material seperti kenaikan pangkat atau jumlah pendapatan yang banyak. Terdapat juga mereka yang gajinya tidak besar tetapi kesihatannya sentiasa baik, anak yang pintar dan sebagainya.
Niat kerja sebagai ibadah
Justeru, niat bekerja sebagai satu ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT akan membetulkan hati manusia untuk melihat rezeki yang diperoleh itu adalah kurniaan Allah SWT semata-mata, bukan dari manusia. Begitu juga niat bekerja mencari rezeki untuk membantu umat Islam yang lain akan meluruskan hati seseorang Mukmin untuk ikhlas dalam pekerjaannya lalu berbuat baik dengan rakan sekerja. Niat yang baik ini akan mengikis sebarang akhlak buruk seperti dengki, khianat, busuk hati terhadap rakan sekerja kerana niat yang baik akan meluruskan setiap perbuatan dan perlakuan seseorang Mukmin.
Katanya, Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan sahabat untuk bekerja dengan niat kerana Allah SWT. Orang yang berniat kerana Allah SWT umpama juga melaksanakan perbuatan di jalan Allah SWT (fisabilillah). Dalam satu hadis Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Ujrah, ketika melihat seorang lelaki sedang gigih bekerja, sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kalaulah lelaki ini bekerja kuat dan gigih untuk fisabilillah."
Lalu Nabi Muhammad SAW membetulkan sudut pandang sahabat bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki itu yang bekerja dengan bersungguh-sungguh itu juga adalah bekerja di jalan Allah SWT. Sabda Baginda Rasulullah SAW lagi: "Jika seseorang manusia yang bekerja untuk menyara ibu bapanya, bekerja untuk menyara dirinya daripada meminta sedekah, bekerja untuk mencari rezeki yang halal, pekerjaan seseorang itu umpama fisabilillah.
Namun, jika manusia itu bekerja untuk riak, untuk mendapat pandangan manusia, untuk berlaku tidak adil sesama manusia, seseorang itu telah melaksanakan pekerjaan yang menuruti perbuatan syaitan." Oleh itu, umat Islam harus sedar bahawa bekerja dengan niat yang betul, akhlak dan perbuatan yang baik adalah tempat jatuh pandangan Allah SWT kepada seseorang Mukmin yang pastinya tidak saja mendapat pendapatan yang berkat tetapi ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Amalan bangun awal pagi
Mohd Nazrul berkata, untuk mendapat rezeki yang berkat seseorang Mukmin juga mesti membiasakan diri dengan amalan bangun pada awal pagi. Nabi Muhammad SAW berdoa agar Allah SWT memberkati umatnya yang bangun pada awal pagi. Justeru, menjalani kehidupan di awal pagi bukan bertujuan untuk mengejar kekayaan dunia, tetapi untuk mendapat keberkatan doa Baginda SAW dan kerana taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ulama dan sahabat memulakan hari mereka seawal pagi untuk merebut doa Rasulullah SAW dan seterusnya mendapat kehidupan yang berkat. Bagi sesetengah ulama yang menjalankan perniagaan, pada siang hari mereka gigih mencari rezeki dan apabila menjelang malam, mereka menghabiskan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT. Hakikat yang perlu difahami oleh umat Islam adalah rezeki yang sedikit tetapi berkat dan mencukupi adalah jauh lebih baik dari rezeki yang melimpah ruah, tetapi sering kehabisan dan tidak mendatangkan kebaikan.
Begitu juga bentuk pekerjaan dan di manapun tempat bekerja, ia adalah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada setiap hambanya. Oleh itu, jalanilah pekerjaan dengan amanah dan sebaik mungkin untuk mendapat kehidupan yang berkat dan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak. Penulis ialah Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa IKIMfm
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97627

0 Komentar untuk " Rezeki berkat sentiasa cukup walaupun sedikit "