RAYANI Air belum lagi memulakan operasinya tetapi sudah mendapat pujian pelbagai pihak. Akhirnya! Sebuah syarikat penerbangan komersil yang patuh syariah. Alhamdulillah.
Ramai yang menyokong aspirasi syarikat tersebut yang bakal mempraktikkan prinsip-prinsip syariah seperti tidak menghidangkan alkohol di dalam pesawat, pakaian anak kapal yang tidak mencolok mata dengan pramugari beragama Islam diwajibkan bertudung serta memulakan setiap penerbangan dengan bacaan doa.
Bila berbicara mengenai kapal terbang, nak tak nak pakaian anak-anak kapalnya sering diperkatakan. Memandangkan penulis bermastautin di Kota Bharu dan agak kerap juga menaiki kapal terbang untuk berulang alik ke Kuala Lumpur, penulis merasa terpanggil untuk berkongsi rasa.
Penumpang-penumpang dari Kota Bharu rata-ratanya adalah rakyat Malaysia dan majoritinya beragama Islam. Mereka berulang-alik untuk urusan kerja dan keluarga. Ada di antaranya sudah kategori veteran; tidak kurang juga anak-anak kecil.
Seperti biasa, sebelum kapal terbang berlepas, penumpang diminta untuk memberi perhatian kepada anak kapal yang memberi arahan keselamatan. Kalau lelaki, okeylah.
Kalau perempuan, 'terpaksa' juga melihat susuk tubuh yang kadang membuatkan diri tertanya adakah mereka ini pramugari atau peragawati.
Bila sampai ke terminal pula, untuk mereka yang ke lapangan terbang Subang, akan terpandang gadis-gadis manis berpakaian seragam berwarna oren dengan skirtnya yang pendek ataupun baju putih nipis lengan panjang dengan kain labuh tetapi terbelah sampai ke pangkal paha. Mengalahkan ceongsam.
Untuk yang ke KLIA2, mata akan terpaku ke arah gadis-gadis berseragam merah, juga dengan skirt pendek atas lutut. Penerbangan nasional pula berbaju kebaya yang ketat dan tidak kurang belahnya di bahagian kain.
Kesemua pramugari Islam syarikat-syarikat penerbangan sedia ada tidak berhijab.
Ada yang memakai hijab di luar tetapi membukanya semasa bertugas atas tuntutan kerja. Belum lagi yang terpaksa menghidangkan minuman beralkohol untuk penerbangan antarabangsa.
Penulis pernah menaiki pesawat Royal Brunei Airlines beberapa tahun lepas dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur.
Penerbangan tersebut menawarkan harga tiket yang paling rendah berbanding syarikat-syarikat penerbangan lain, termasuk Malaysia Airlines (MAS). Mungkin disebabkan mereka tidak menyediakan arak kerana kita tahu harga arak tidak murah.
Maka, sangat menghairankan mengapa MAS perlu meneruskan penyajian arak secara percuma kepada penumpang, lebih-lebih lagi selepas tragedi MH370 dan MH17.
Bukan itu sahaja. Oleh kerana caj arak dimasukkan ke dalam tiket, mereka yang beragama Islam juga terpaksa 'berkongsi' membayar harga arak ini walaupun tidak meminumnya.
Bukankah itu dikira bersubahat? Bagaimana pula dengan anak kapal beragama Islam yang menghidangkan arak kepada penumpang?
Menurut Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi SAW didatangi Jibrail lalu berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya ALLAH melaknat arak dan pemerahnya, orang yang meminta memerahnya, pembawanya, dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya.” (Riwayat At-Tirmizi, Abu Daud dan Hakim)
Selain itu, arak juga dilarang kepada penganut agama Kristian, Buddha, Sikh dan Hindu. Arak adalah ibu segala maksiat dan merupakan satu daripada dosa besar di dalam Islam. Malah, umat Islam juga dilarang duduk di dalam majlis yang ada menghidangkan arak.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada suatu hidangan yang ada di situ minuman khamar.” (Riwayat Ahmad)
Selain tidak menghidangkan arak, Royal Brunei juga mengamalkan bacaan doa sebelum pesawat berlepas. Syabas kepada Rayani Air kerana mempunyai perancangan yang sama. Bila pula syarikat penerbangan lain akan mengikut jejak langkah ini?
Lebih menarik, Rayani Air adalah milik pasangan suami isteri, Encik Ravi Alagendrran dan Datuk Karthiyani Govindan. Sebagai orang Islam, diri terasa malu.
MAS yang kini dimiliki oleh kerajaan Malaysia yang diakui sebagai negara Islam masih tetap meneruskan hidangan arak di dalam pesawat. Orang yang belum Islam pula yang menegakkan syariah.
Oleh itu, dalam kita bersyukur dengan kehadiran Rayani Air, ia juga umpama satu tamparan kepada umat Islam. Semoga ini menjadi titik tolak perubahan ke arah kebaikan.

0 Komentar untuk " Rayani Air yang tidak seksi "