Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Places: Menepati selera pelanggan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Places: Menepati selera pelanggan

HAMPIR 10 tahun legasi Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Places bertapak di Batu 6, Jalan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kelazatan hidangan ringkas ini jarang sekali gagal menambat hati pencinta makanan mahupun pengunjung yang datang ke daerah pelancongan popular ini.

Apatah lagi hidangan ini dijual dengan harga RM6 sepinggan bersama-sama daging ayam bakar dan sambal menggunakan resipi turun temurun. Turut dihidangkan dalam satu pinggan adalah semestinya nasi kukus, timun serta sup.

Memulakan perniagaan sekitar 2006 lalu kemudian berpindah ke lokasi sekarang sejak lima tahun lalu.

Pengurus dan pemilik Cowboy Places, Zaidi Ismail, 45, berkata, konsep perniagaan Cowboy Places ini adalah menyediakan hidangan yang ringkas, mudah dan menepati majoriti selera rakyat Malaysia.

“Malah hidangan ringkas ini turut berjaya menambat selera pelancong asing seperti Singapura, Taiwan, dan dari Eropah pun pernah singgah makan di sini.

“Pada saya, keenakan hidangan serta harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan seboleh mungkin saya akan berusaha untuk kekalkan harga ini tanpa perlu dinaikkan,” katanya.

Zaidi atau lebih mesra dengan panggilan Eddy memberitahu, selain menyediakan menu nasi kukus ayam panggang, dia juga menyediakan hidangan makanan laut seperti tomyam bermula pada jam 4 petang.

“Bagi hidangan ini, ia akan dimasak chef dari Thailand. Ini adalah antara hidangan baru yang terdapat di Cowboy Places dengan harapan pelanggan yang datang akan dapat menikmati pilihan menu masakan,” katanya lagi yang juga bakal membuka sebuah lagi cawangan Cowboy Places dengan nama Cowboy Stail di Batu 9 Telok Kemang.

Kedai Cowboy Places dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga jam 9 malam dan tutup pada Isnin kecuali cuti umum.

Cowboy Places juga menyediakan life band pada hujung minggu sebagai halwa telinga termasuk dekorasi kedai yang berkonsepkan cowboy membolehkan pelanggan merakam pelbagai kenangan menarik ketika singgah makan.

0 Komentar untuk " Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Places: Menepati selera pelanggan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ