SETIAP kali harga barang atau tambang pengangkutan awam naik, adalah cadangan daripada pelbagai pihak, termasuk menteri.
Apabila harga gula naik 34 sen menjadi RM2.84 dua tahun lalu, umpamanya, ada menteri suruh rakyat kurangkan gula untuk elak kencing manis.
Ini masih boleh tahan, tetapi ada yang terlajak cakap hingga menimbulkan kemarahan dan kekecewaan orang ramai.
Ketika orang merungut pasal kenaikan harga petrol, kesesakan dan peningkatan kos hidup pada satu masa dahulu, umpamanya, ada menteri cadang kita kongsi kereta.
Beberapa pihak anggap ia tidak praktikal dan, secara menyindir, mereka pula mencadangkan menteri amalkannya dahulu.
Begitulah juga apabila ada menteri menasihatkan orang awam berhenti makan ayam dan tukar selera makan daging ketika harga ayam naik tidak lama dahulu.
Apabila harga minyak naik, harga macam-macam barang, termasuk tepung, turut naik dan tindakan pantulannya, roti canai dan minuman pun naik harga serta-merta.
Setakat yang saya ingat, tak ada pula yang nasihat jangan makan roti canai, mungkin sebab kenaikannya cuma 20 sen sebiji, atau apakah kerana ia makanan wajib sebilangan besar warga kita? Wallahualam.
Susulan kritikan beberapa pihak kerana kadar tol dinaikkan hingga 100 peratus di beberapa lebuh raya di Lembah Klang baru-baru ini, menteri mencadangkan pengguna yang mahu elak bayar tol bangun awal atau bersedia berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya kerana mengguna jalan tanpa tol.
Dengan kos hidup yang meningkat, ramai semakin bimbang mengenang masa depan mereka dan anak cucu mereka.
Tidak perlu menjadi penganalisis ekonomi untuk menyedari harga pelbagai barang dan kos perkhidmatan akan terus naik apabila harga petrol naik, cukai dikuatkuasakan dan subsidi dimansuhkan.
Kejatuhan nilai ringgit juga berkemungkinan menyebabkan kos ubat dan alat berkaitan rawatan kesihatan di hospital swasta meningkat awal tahun depan.
Bulan lalu, pengumuman dibuat bahawa tambang pengangkutan awam juga akan naik.
Berhadapan dengan suasana ekonomi sekarang di mana nilai ringgit menjunam berbanding USD, kuasa membeli mata wang kita sudah menjadi sangat lemah.
Saya difahamkan penjualan pusat-pusat membeli-belah merosot hingga 50 peratus kerana orang awam lebih berjimat.
Seorang pengusaha restoran yang saya kenal sedang mencari jalan untuk tutup restorannya dan kembali buka gerai tepi jalan.
Katanya, dahulu dia sewa RM300 sahaja sebulan dan untungnya banyak, tetapi hari ini dia belanja lebih RM10,000 untuk usahakan restoran, tetapi untung tidak seberapa kerana, disebabkan kesan GST dan kos hidup yang meningkat, pelanggan pun bertindak memotong perbelanjaan harian.
Ramai yang berharap dapat menggunakan pengangkutan awam untuk jimat belanja, tetapi tiba-tiba berhadapan dengan kenaikan tambang komuter, LRT dan Monorel bermula bulan hadapan. Apa lagi pilihan yang mereka ada?
Ada pihak cadang naik basikal sahaja bagi menyelesaikan segala masalah. Bolehkah?
Fikir sekali imbas, nampak macam praktikal dan sebagai jalan keluar paling baik.
Ia murah, tiada kesan dengan kenaikan harga minyak, tol, parkir dan kesesakan, tidak mengeluarkan gas bahaya dan tidak mengalami kos membaiki yang tinggi.
Penggunaan basikal kurangkan kadar kemalangan, tidak merosakkan jalan dan kos bagi kerajaan menyediakan prasarananya juga barangkali 10 kali lebih rendah daripada perbelanjaan infrastruktur untuk kereta.
Ia boleh bantu kita bersenam, apa lagi warga kita, dibandingkan dengan rakyat negara-negara Asia lain, dikatakan obes.
Menyedari kelebihan penggunaan basikal yang mampu mengatasi beberapa masalah di bandar, tidak hairan negara-negara seperti Denmark dan Netherlands memberi perhatian berat kepada prasarana basikal.
Pembangunan berterusan menunjukkan penggunaan kereta akan menimbulkan masalah jangka panjang kerana apabila lebih banyak ruang dan kemudahan disediakan, lebih banyak pula kereta akan memasuki bandar, hingga tiba suatu masa di mana kesesakan tidak mampu dikawal lagi.
Namun, apakah berbasikal sesuai di negara dua iklim - hujan dan panas - seperti Malaysia? Bagaimana pula bagi mereka yang tinggal jauh dari tempat mencari rezeki?
Maka, yang paling hampir dengannya hanya tinggal satu, iaitu motosikal.
Kos mengguna motosikal juga rendah, walaupun tetap berhadapan dengan beberapa masalah, termasuk cuaca.
Dalam keadaan macam-macam benda naik harga, pilihan kita semakin terhad.
Jadi, yang terbaik adalah kita tepuk dada dan tanya kemampuan masing-masing.

0 Komentar untuk " Naik basikal boleh selesai masalah? "