DALAM pelbagai ruang forum dan dialog, sama ada secara berdepan mahupun dalam media sosial, sering kali penulis dihujani dengan pelbagai persoalan yang berkisar tentang akhlak dan peribadi pemimpin dan keluarga mereka seperti persoalan aurat, pemakaian tudung, perwatakan kurang islamik dan sebagainya.
Isu-isu yang menyentuh dosa peribadi pemimpin ini sekali gus menutup terus tingkap pemikiran seseorang itu untuk melihat walau sekelumit kebaikan yang dilakukan.
Seolah-olah apabila seseorang itu melakukan dosa-dosa yang bersifat peribadi maka apa sahaja manfaat lain yang disumbangkan kepada orang ramai tidak lagi bermakna.
Dalam hal ini, ingin penulis bicarakan tentang perbezaan antara dosa peribadi dengan dosa yang melibatkan kepentingan awam.
Dosa peribadi atau istilah Arabnya disebut sebagai “az-zunub al-lazimah” adalah dosa di antara seseorang dengan Tuhannya, tanpa melibatkan orang lain atau kepentingan awam.
Dosa sebegini adalah lebih rendah berbanding dosa awam atau istilah Arabnya “az-zunub al-mu’tadiyah” yang melibatkan pihak ketiga selain di antara dia dengan Tuhannya.
Bahkan, perbezaan inilah yang membezakan syarat-syarat taubat di antara dosa peribadi dan dosa awam. Dalam kitab Hidayatus Salikin, dinyatakan bahawa jika dosa itu merupakan dosa peribadi, maka syarat taubat hanyalah tiga.
Pertama; meninggalkan maksiat. Kedua; menyesal atas perbuatannya itu, dan ketiga; bercita-cita untuk tidak kembali kepada maksiat itu selama-lamanya.
Dosa-dosa peribadi ini lebih mudah untuk ALLAH ampunkan apabila cukup syarat-syaratnya. Firman ALLAH dalam Surah an-Nisa’, ayat 110:
“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, nescaya dia akan mendapati ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Surah an-Nisa’, ayat 110.
Ini berbeza pula dengan dosa awam yang melibatkan hak orang lain seperti menzalimi, mencuri, membunuh, hatta mengumpat dan menuduh orang lain sekalipun.
Dosa-dosa tersebut tidak cukup dengan hanya memohon ampun kepada ALLAH, bahkan hendaklah ditambah dengan syarat keempat iaitu mengembalikan hak orang yang dizalimi, mengembalikan barang yang dicuri, memohon ampun atas apa yang diumpat dan menarik balik apa yang dituduh serta memohon maaf.
Di akhirat kelak, orang-orang yang membawa dosa awam ini amat berat kedudukannya, malah dia boleh terjerumus ke dalam golongan orang-orang yang muflis di akhirat, walaupun dia banyak membawa pahala amal ibadah, sebagaimana hadis sahih riwayat Muslim:
Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu semua mengetahui siapa itu orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di sisi kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan harta benda”.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa, dan zakat.
Dia juga datang dengan (dosa) mencaci maki orang ini, menuduh (memfitnah) orang ini, memakan harta orang ini (dengan jalan yang salah), menumpahkan darah orang ini (bukan dengan jalan syarak), memukul orang ini (dan sebagainya).
Maka diberikan pahala-pahalanya kepada orang sekian, dan pahala-pahalanya kepada orang sekian (kerana perbuatan buruknya kepada mereka).
Kemudian jika telah habis pahalanya sebelum diselesaikan urusannya, akan diambil dosa-dosa mereka (iaitu orang-orang yang dianiayanya di dunia), kemudian dosa-dosa itu dilemparkan ke atasnya, kemudian dia dihumbankan ke neraka”.
Dalam hal ini juga, penulis teringat kepada kata-kata Hasan al-Basri (seorang tabiin) yang dinukilkan dalam kitab Jami’ al-‘Ulum Wa al-Hikam.
Beliau mengaitkan pemerintah dengan dosa awam melalui kata-katanya: “Demi ALLAH, tidak akan tertegak agama kecuali dengan para pemerintah, walaupun mereka melampaui batas dan menzalimi.
Demi ALLAH, sesungguhnya apa yang ALLAH perelokkan dengan sebab mereka (para pemerintah) adalah lebih banyak dari kerosakan yang mereka buat”.
Jika dibandingkan kata-kata Hasan al-Basri ini yang mengaitkan pemerintah dengan dosa awam, apalah kiranya dengan pemerintah yang hanya melakukan dosa peribadi.
Siapakah di antara kita yang berani untuk mengatakan dirinya bersih dari melakukan sebarang dosa?
Kesimpulannya, janganlah kita hanya melihat kepada dosa peribadi seseorang tanpa melihat kepada jasa dan sumbangannya kepada masyarakat, ummah dan negara.
Kita juga mungkin tidak mengetahui sejarah hidup mereka yang membawa kepada keadaan sebegitu. Dalam hal ini, bersangka baik adalah lebih baik untuk kita dari mendapat dosa ‘kering’ dengan menuduh mereka begitu dan begini.
Moga-moga kebaikan yang dilakukan mereka melebihi dosa peribadi, seterusnya mendapat keampunan daripada ALLAH atas kelebihan, kebaikan yang mereka lakukan.
* Senator Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

0 Komentar untuk " Antara dosa individu & dosa awam "