MYLEA Boutique & Fabric (Mylea), sebuah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen, kini melangkah setapak lagi dalam mengembangkan lagi peranan dalam industri ini menerusi pengeluaran baharu iaitu tudung instant shawl dengan mempertaruhkan jenama Hawa.
Pengurus besarnya, Norazizah Jusuh berkata, sebagai pengikut trend fesyen semasa Mylea yang sudah berkecimpung dalam dunia fabrik selama enam tahun yakin dengan pengeluaran instant shawl Hawa ini, selari dengan perkembangan semasa dunia fesyen yang cukup pantas.
“Hawa antara hasil terbaik yang up-to-date perlu segera dimiliki setiap lapisan masyarakat sama ada sudah berhijab atau masih tercari-cari tudung yang sesuai.
“Dengan pemilihan nama yang cukup eksotik dan sinonim dengan wanita, Hawa diyakini mampu menambat hati menerusi rekaan eksklusif yang didatangkan dengan 60 warna dan penggunaan fabrik Italian Mosscrepe Chiffon mampu melengkapi dan menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.
“Batu permata (keronsang) yang ditempah khas merupakan bukti perbezaan Hawa dengan pengeluaran instant shawl lain di pasaran, dan gabungan fabrik telah menjadikannya elastik, mudah diolah, tidak terlalu licin dan menyejukkan hingga mampu memenuhi citarasa wanita sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, menurutnya, berbekalkan modal kira-kira RM1,500, Hawa yang telah berkembang ke hampir seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura membuka peluang lebih luas kepada masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Mylea.
“Dalam rantaian mengembangkan produk Hawa, Mylea menyasarkan untuk mendapatkan lebih kurang 150 ejen bagi seluruh Malaysia dan melalui usaha ini, Mylea bukan sahaja dapat mengembangkan produk ini malah membantu mereka menjana pendapatan sehingga berlipat kali ganda.
“Bagi yang berminat menjadi ejen, dengan modal yang berbaloi hanya serendah RM1,500 akan menerima kira-kira 60 helai tudung Hawa, dua banting, risalah dan bengkel menjana pendapatan serta kursus penampilan diri (grooming) produk Hawa.
“Setakat ini kami sudah mempunyai lebih kurang 66 ejen Hawa dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan sekiranya berminat masih belum terlambat kerana peluang ini masih terbuka terutama kepada Bumiputera khususnya yang ingin merubah kehidupan dan jiwa jihad untuk berniaga,” katanya.
Sementara itu, Mylea akan memulakan jelajah promosi Hawa usaha memperkukuhkan penjenamaan produk.
Mereka yang ingin mengikuti perkembangan Hawa, Mylea boleh layari www.mylea.com.my atau Facebook atau intagram, mylea couture.
Manakala yang berminat menjadi ejen boleh menghubungi talian 019-988 0010.

0 Komentar untuk " Mylea pertaruhkan jenama Hawa "