FIKIRAN kita akan menentukan niat dan niat menentukan hasil kehidupan (4K iaitu ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dan kekayaan). Niat datang dari hati dan hati yang bersih akan menghasilkan tindakan yang bersih. Menurut Imam al-Ghazali, hati manusia ibarat kolam sementara segala anggota dan pancaindera zahir seperti mata, telinga, lidah dan lain-lainnya umpama sungai. Apabila anggota dan pancaindera terbabit dengan dosa, setiap dosa itu akan mengalir ke dalam hati maka akan rosak binasalah seluruh kehidupan. Yang menentukan fikiran pula adalah sistem nilai dan akidah kita. Tujuan hidup kita ialah mencari reda Allah SWT dan mati dalam husnul khatimah.
Konsep hidup kita yang pertama untuk memberikan manfaat kepada semua makhluk Allah SWT. Kedua, menjadi hamba Allah SWT yang bertanggungjawab menjalankan suruhan-Nya. Ketiga, mendapat reda Allah SWT bukan penghar- gaan manusia. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, Allah SWT akan menjaga seluruh urusan kita. Oleh itu, peruntukan masa untuk Allah SWT dan utamakan urusan dengan-Nya terlebih dahulu, bukan mendahulukan urusan sesama manusia. Malu dan takutlah dengan Allah SWT yang dalam genggaman-Nya terletak takdir kita. Ingatlah, untung nasib kita bukan ditentukan oleh manusia.
Namun, kini manusia lebih patuh kepada undang-undang ciptaan manusia. Contohnya, sebagai pekerja kita sering menjaga rekod kedatangan dan jika boleh tidak mahu lewat walaupun seminit. Tetapi kita tidak pula berkejar untuk mengerjakan solat sebaik mendengar seruan azan demi menjaga rekod kepatuhan kepada Allah SWT. Itulah diri kita yang sering alpa meniatkan hati untuk menjaga kesejahteraan hidup di akhirat yang bakal dihadapi kelak. Ingatlah, jika kita menjaga akhirat, dunia akan mengikut kita. Jika kita mengejar dunia, akhirat akan tercicir.
Di dunia ini, kita tidak berpeluang untuk berehat dengan pengertian rehat sebenar sehinggalah tiba hari kematian. Kita akan benar-benar berehat, jika di du- nia kita tidak kenal erti berehat kerana sibuk mengerjakan amal soleh untuk bekalan di alam kubur nanti. Cuba fikirkan, semua orang diberi Allah SWT 24 jam masa sehari tetapi mengapakah ada yang dapat solat tepat atau seawal waktu dan mengapakah ada yang melengah-lengahkan atau terus tidak sempat bersolat dengan alasan terlalu banyak kerja.
Solat tepat pada waktu
Amalan paling baik ialah solat tepat pada waktunya. Ibnu Mas`ud berkata, "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT? Jawab Rasulullah SAW: Solat pada waktunya (tidak melengah-lengahkan solat)." Apabila bekerja jadualkan aktiviti berdasarkan waktu solat. Ambil wuduk 15 minit sebelum waktu solat. Aturkan mesyuarat selepas waktu zuhur dan diselesaikan sebelum asar.
Percayalah, jika kita menjaga waktu solat, kerja duniawi juga akan terencana dengan baik. Sejak awal pagi ketika keluar dari rumah berniat hendak solat tepat pada waktunya, kita akan dapat apa yang diniatkan. Berdasarkan pengalaman, semuanya bergantung kepada niat. Setiap hari berdoa, "Ya Allah dapatkanlah aku keberkatan waktu dan ketenangan jiwa. Apabila aku perlukan masa, masa akan panjang." Pagi-pagi ketika keluar rumah bayangkan secara positif apa yang ingin dilakukan hari itu akan berlangsung dengan mudah dan berjaya.
Berdoa kepada Allah SWT: "Pemudahkan urusanku dan temukan aku dengan orang yang mempermudah urusanku." Sebenarnya pertolongan Allah SWT yang memudahkan, melancarkan kerja kita dan berasakan masa diberi terasa panjang serta mencukupi. Secara teknikalnya, untuk menangani kesibukan dunia kita perlu menyenaraikan tugas yang sedang dan akan ditangani mengikut keutamaan. Berikan status peringkat persediaan yang telah dan belum dibuat kepada semua tugas perlu ditangani, serta diatur mengikut statusnya.
Berikan tumpuan minda, emosi dan fizikal menyelesaikan satu demi satu kerja mengikut keutamaan hingga selesai. Ertinya fokus pada kerja paling utama dan terdekat tarikh siapnya. Jika mengambil kira berdasarkan ibadah solat lima waktu yang wajib dilakukan setiap hari, kita hanya menggunakan masa tidak lebih satu jam sehari untuk Allah SWT. Sedangkan 23 jam lagi digunakan untuk urusan sendiri yang tidak membabitkan hubungan terus dengan Allah SWT.
Amalan Qiamullail
Kita masih lagi mengatakan tidak ada waktu untuk Allah SWT kerana terlalu sibuk. Adakah kita memiliki banyak masa terluang? Jawapannya, ada iaitu sepertiga malam. Ramai yang menyimpan cita-cita untuk bangun Qiamullail tetapi tidak kuat melawan mata meninggalkan tempat tidur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaanmu dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya (Allah), maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya). Dan Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang yang fasik." (Surah al-Taubah, ayat 24)
Sesungguhnya melawan nafsu meninggalkan tempat tidur juga satu jihad. Jika kita tahu bahawa besarnya nikmat dan manfaat berqiamullail, tentu kita tidak akan meninggalkan amalan itu. Selain berpeluang mendapat pahala besar beramal pada waktu mustajab doa, amalan itu juga baik untuk kesihatan. Sesungguhnya, jika kita tidak ada masa untuk Allah SWT, Allah SWT juga tidak ada masa memandang kita dengan kasih sayang-Nya. Oleh itu, tinggalkan sekejap tugas harian untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT, termasuk menunaikan fardu haji atau umrah (jika berkemampuan). Keberkatan waktu bermaksud boleh melakukan banyak perkara dalam waktu yang singkat. Allah SWT permudahkan urusan kita dengan melancarkan pelaksanaan kerja duniawi, tidak ditimpa halangan dan musibah yang mengendalakan kerja dalam perancangan kita.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97047

0 Komentar untuk " Memperoleh keberkatan masa "