SAYA terserempak dengan seorang rakan yang sedang menjinjing empat bekas plastik besar berisi minuman berais. Bekasnya bersaiz sebantal roti Gardenia Original. Saya tanya dia, di mana dia beli minuman itu?
Katanya ada seseorang yang menghantar minuman itu ke pejabat. Harganya RM4.50 sebekas. Oleh kerana ada kos penghantaran, maka harganya RM5.00 sebekas.
Saya nampak ketul-ketul ais kecil di permukaan minuman itu. Nampak aisnya sebanyak suku bekas. Pada agakan saya, jenuh juga hendak menghabiskan minuman sebegitu banyak.
Baharu menghirup separuh bekas secara berdikit-dikit, aisnya akan cair dan minuman akan jadi tawar. Si peminumnya tidak akan habis pun meneguknya kerana kekenyangan.
Saya berpandangan, pesanan minuman itu dibuat oleh mereka yang hendak merasa sahaja. Kebarangkalian untuk dia memesan lagi sebagai minuman pilihan rutin adalah sukar.
Minuman teh ais, sirap atau milo aislah yang lazimnya menjadi minuman pilihan kerana ia mudah diperolehi dan harganya pun lebih murah.
Citarasa kita sekarang amat berbeza. Jika dahulu, kita makan kerana lapar. Pada hari ini kita makan kerana pelbagai sebab selain daripada kelaparan.
Ada yang makan kerana hendak merasa suasana di sesebuah restoran yang berkonsep café atau hipster. Rasa nasi goreng kampungnya, char kue teownya, spaghetti carbonaranya atau rib-eye steaknya sama seperti di tempat lain.
Namun, walaupun rasanya lebih kurang sama, kita pilih untuk makan di situ untuk ‘merasa’ suasana di situ.
Apabila kita sudah alami suasana di restoran itu, cukuplah kita berasa yang kita ini up-to-date. Kalau kawan bertanya, kita akan kata, kita dah pernah makan di restoran itu. Kerana itu, jika rasa masakannya gitu-gitu sahaja, kita tidak akan makan lagi di restoran itu. Ke gerai nasi di bawah pokok atau di restoran mamaklah yang menjadi kunjungan tetap kita.
Sebab itulah, restoran yang baharu dibuka dan dipromosikan melalui Facebook atau Instagram akan sesak dengan pengunjung.
Tetapi, jika menunya biasa-biasa sahaja, tidak lama selepas itu, restoran itu tidak akan lagi menjadi pilihan. Jika tiada promosi, ia mungkin kehilangan pelanggan.
Banyak sekali restoran yang dekorasi dan namanya yang begitu unik akhirnya ditutup kerana memilih konsep sebagai pendekatan perniagaan dan bukannya kesedapan masakan.
Kita dapati juga pelanggan pada hari ini suka mencuba hidangan gabungan timur dan barat misalnya, atau apa yang dikenali sebagai fusion. Masyarakat pada hari ini memang suka mencuba resipi baharu. Akhir-akhir ini banyak hidangan yang dikejukan. Ada roti canai cheese, goreng pisang cheese, apam balik cheese dan juga keropok lekor cheese.
Untuk mereka yang lidahnya sudah biasa dengan hidangan tanpa keju, campuran keju di dalam makanan timur adalah suatu yang dimakan sekadar untuk merasa.
Untuk mereka yang lidahnya belum tebal dengan masakan ketimuran atau keMelayuan, campuran keju di dalam makanan adalah sesuatu yang dianggap trendy. Ia kini menjadi resipi pilihan.
Kita di Malaysia bukan sahaja terdedah dengan hidangan yang berasal dari China dan India, malah kini kita boleh menjamah masakan Arab, Korea, Jepun dan Itali dan entah daripada negara mana sekalipun.
Mana-mana pendatang yang pandai memasak, mereka boleh hidup di Malaysia kerana rakyat di negara ini boleh makan apa sahaja. Menjamu selera sudah menjadi suatu bentuk rekreasi untuk mengisi masa lapang.
Sebab itulah, ramai dalam kalangan kita makan tanpa mengutamakan khasiat. Apa yang sedap, maka itulah yang menjadi pilihan. Kebanyakan jenis masakan yang ditawarkan adalah yang bergoreng dan kita tidak kisah seandainya berat badan akan bertambah dengan masakan sebegini.
Harga makanan pun tidak menjadi ukuran. Kadangkala, harga minuman yang dipesan itu lebih mahal daripada harga makanan. Jika dahulu, ia adalah sesuatu yang tidak logik, kini ia dianggap biasa.
Orang kata, berniaga makanan ini menguntungkan kerana selain daripada urusan jual beli yang tunai, pelanggan biasanya tidak pernah menawar harga yang ditentukan. Kerana itu, mereka yang berniaga makanan di gerai pada hari ini boleh buat duit.
Malah ada peniaga yang sudah sediakan peruntukan membayar saman. Hari ini dikompaun, hari esok khemah dan meja boleh terpacak semula seperti biasa.
Jangan pandang sinis. Mereka bukan tak makan saman atau beri rasuah kepada penguat kuasa. Tetapi mereka sanggup membayar denda kerana bajetnya ada.
Baru-baru ini saya terpandang iklan sarapan makanan segera yang hanya berharga RM4.75. Jika dahulu ia dianggap mahal berbanding dengan sebungkus nasi lemak dan segelas teh tarik, kini makanan di gerai pun boleh lebih mahal daripada makanan segera.
Semakin lama, nikmat makan telah mengubah persepsi kita daripada makan untuk hidup kepada hidup adalah untuk makan.
Layari http://www.maafcakap.blogspot.com untuk membaca artikel-artikel sebelum ini.

0 Komentar untuk " Makan tak semestinya kerana lapar "