PENERIMAAN kata dan konsep baharu daripada bahasa asing sebenarnya mampu memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggunaan kata yang berasal daripada bahasa asing tidak akan menjadikan bahasa kita tercemar sekiranya dilakukan mengikut kaedah yang betul.
Sebaliknya, bahasa Melayu akan rosak sekiranya sistem suatu bahasa yang lain dipaksakan ke atasnya.
‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Ketiga-tiga perkataan yang membentuk cogan kata itu ialah kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu telah meminjam banyak konsep daripada bahasa lain termasuklah bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Proses peminjaman dilakukan dengan penuh ketelitian dan mengikut tertibnya sehinggakan perkataan pinjaman tersebut begitu sebati dengan lidah Melayu.
Namun demikian, belakangan ini peminjaman dan penggunaan sesuatu kata dilakukan sewenang-wenangnya oleh sesetengah pihak tanpa ada sedikit pun perasaan hormat akan bahasa sendiri. Antaranya ialah bentuk kata yang terdapat dalam perkataan 'giler', iaitu perkataan yang terdiri daripada gabungan kata gila dengan imbuhan pinjaman dalam bentuk akhiran ‘…-er’ daripada bahasa Inggeris.
Pada mulanya perkataan ini digunakan oleh kumpulan tertentu dalam masyarakat dan boleh dianggap sebagai ciri bahasa slanga. Kemudiannya, penggunaannya kian meluas dan kerap digunakan untuk menggantikan kata penguat bagi menunjukkan makna kesangatan.
“Saya pilih dia sebab dia romantik giler.” Itulah jawapan seorang pengantin perempuan dalam satu temu bual. Giler juga digunakan dalam dialog drama, filem, lirik lagu dan dijadikan kata semboyan dalam iklan.
Selain bentuk peminjaman yang tidak wajar, pemilihan kata berunsur negatif tidak digalakkan dalam cara gaya berbahasa masyarakat. Perkataan crazy dan mad dalam bahasa Inggeris mungkin biasa digunakan untuk menunjukkan makna yang sama. Namun demikian, hal itu tidak begitu sesuai dengan budaya kita.
Bagi orang tua-tua dahulu, kata gila bukan sahaja mempunyai konotasi atau siratan makna yang tidak baik malahan kadangkala dianggap sebagai perkataan yang pantang disebut, terutamanya dalam majlis yang mementingkan kesantunan berbahasa.
Menurut Kamus Dewan, kata gila bermaksud tidak sihat atau tidak waras fikirannya. Kata ini juga membawa maksud sejenis penyakit tidak sihat otak atau tidak normal fikirannya. Daripada makna inilah terbitnya makna peribahasa tertentu yang merujuk kepada perihal gemar, asyik atau sayang akan sesuatu secara berlebih-lebihan. Contohnya, gila judi digunakan untuk merujuk orang yang terlalu suka bermain judi.
Kegilaan seseorang terhadap sesuatu akan menyebabkannya lupa diri sehinggakan tindakan yang dilakukan tidak munasabah. Gila bayang, misalnya digunakan untuk merujuk kepada perihal seseorang yang terlalu cinta akan orang yang agak mustahil untuk membalas cintanya. Ada juga orang yang dilabelkan sebagai gila kuasa, gila pangkat dan sebagainya disebabkan ketidakwajaran tindakannya.
Berdasarkan makna tersebut, perkataan gila memberikan gambaran tidak elok. Penggunaannya tidak sepatutnya digalakkan dalam masyarakat yang berbudaya tinggi. Pengabaian norma-norma bahasa yang murni menyebabkan perkataan itu mudah melekat di bibir kebanyakan orang.
Perkara ini dipandang remeh sedangkan isu ini melibatkan satu bentuk gangguan bahasa asing kepada pengguna bahasa Melayu. Pada masa yang sama, gangguan dari aspek nilai, adat dan budaya turut berlaku tanpa kita sedari.
Meminjam sesuatu yang tidak diperlukan bagaikan membawa pulang sampah ke rumah sendiri. Perbuatan itu hanya dilakukan oleh orang yang tidak waras. Penggunaan bahasa yang rosak akan menjadi cerminan kepada taraf pemikiran bangsa dan martabat bahasanya. Oleh itu, pilihlah perkataan yang elok ketika berbahasa. Jangan sampai ada orang yang beranggapan bahawa kita tidak siuman kerana kita tidak pintar berbahasa.
* Ruangan ini dikelolakan DBP Wilayah Timur

0 Komentar untuk " Jangan jadi 'giler' "