Fasa perkahwinan, 5 tahun pertama paling menduga - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fasa perkahwinan, 5 tahun pertama paling menduga

PASTI ramai yang mengakui pernyataan ini.  Lima tahun pertama perkahwinan adalah waktunya suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya.

Tapi melalui cara inilah kita mengenali  diri pasangan sebenarnya. Fasa seterusnya macam mana pula, apa yang berlaku? Ini info yang perlu anda suami isteri tahu agar dapat buat persediaan.

Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan

Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar  faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2-  Usia perkahwinan 5- 10 tahun

Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya.

Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini.  Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.

Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun

Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia.

Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun

Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan.

Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Walau fasa perkahwinan anda sekarang satu yang pasti untuk melaluinya anda perlu bersabar dan bertoleransi dengan pasangan. Itulah resipi yang bukan lagi rahsia untuk sesebuah rumah tangga bertahan.

##Rencana ini dipetik dari laman web www.vanillakismis.my

Related Post

  • Rejab: Iman, cinta & perjuangan REJAB, salah satu bulan yang disebut dalam al-Quran. Jika al-Quran menyebutnya, sudah tentu ia sangat istimewa. Bulan…
  • Nak zikir atau menari? [DIKEMASKINI] UNTUK apa kita berzikir?‎ Pertama sekali yang perlu kita faham, zikir adalah ibadat. Ia adalah perbuat…
  • Manfaat kesihatan hidangan sup SUP berempah orang Melayu tidak serupa dari segi jenis rempah dan penyediaan berbanding dengan sup yang disediakan ol…
  • Ada lagi orang Malaysia tinggal atas pokok? GERIK, satu daerah di Perak sememangnya terkenal dengan pelbagai khazanah yang mungkin sampai ke hari ini tidak perna…
  • Syukur dengan nikmat islam TIDAK ada nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada kita yang lebih utama selain nikmat Islam. Islam adalah agama agung dipili…
0 Komentar untuk " Fasa perkahwinan, 5 tahun pertama paling menduga "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ