MENJELANG musim cuti persekolahan hujung tahun ini, pasti ramai merancang ingin membawa keluarga bercuti ke destinasi pelancongan menarik dalam negara.
Namun dalam merancang keseronokan percutian itu pernahkah kita berfikir akan faktor-faktor seperti keselesaan perjalanan, jimat belanja dan kenderaan yang dinaiki untuk ke destinasi pilihan itu selamat?
Lazimnya dari utara ke selatan timur ke barat, orang ramai memilih untuk memandu kenderaan sendiri, menaiki penerbangan tambang murah atau menyewa sebuah bas persiaran sekiranya percutian itu melibatkan bilangan yang lebih ramai.
Apa pun masih ramai yang menganggap bahawa kereta api adalah pengangkutan awam yang tidak sesuai untuk melancong malah membosankan serta sudah ketinggalan zaman.
Pilihan selamat dan berbaloi
Pengurus Kanan Pemasaran Pelanggan KTM Intercity, Mohd Noordin Kimi berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha menjadikan perkhidmatannya sebagai antara pengangkutan pilihan untuk sektor pelancongan melalui Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang selesa dan berbaloi.
"Dengan menaiki ETS orang ramai tidak perlu menempuh perjalanan ke destinasi yang jauh dengan meredah kesesakan lalulintas, membayar tol serta berhenti di mana-mana Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuh raya, malah tidak mengalami keletihan akibat memandu.
"Perjalanan yang cepat, selesa dengan pelbagai kemudahan di samping berpeluang bersantai bersama keluarga dan tambang berpatutan, misalnya untuk perjalanan sehala dari Kuala Lumpur Sentral ke Padang Besar hanya berharga RM80 seorang," katanya kepada Bernama ketika program Lawatan Media Bersama KTMB baru-baru ini.
Beliau berkata ETS juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam setiap koc yg dipantau oleh Kapten tren serta kawalan pintu masuk dan keluar koc adalah secara automatik dari dalam tren.
"Dari segi keselamatan pemanduan, tren ETS dipandu oleh sistem ATP (Automatic Train Protector) yang mengawal kelajuan tren yang ditetapkan pada kadar maksimum 140km/j serta dilengkapi alat-alat keselamatan termasuk pemadam api, penggera kebakaran dan pintu kecemasan," katanya.
Transformasi untuk kekal relevan
Mohd Noordin berkata, KTMB telah melalui pelbagai inovasi dan transformasi yang membanggakan dalam industri pengangkutan.
"Matlamat utama syarikat sudah pasti antaranya agar perkhidmatan yang ditawarkan menjadi pilihan ramai, maka ia perlu melalui proses penambah baikan dalam pelbagai aspek seiring dengan teknologi masa kini.
"Antara transformasi membanggakan ialah dengan mewujudkan perkhidmatan ETS yang telah mula beroperasi sejak 2010 dan masih terus menjalani penambah baikan untuk berkembang maju," katanya.
Beliau berkata, selain menjamin kualiti perkhidmatan, perubahan yang lebih maju itu mampu mengubah persepsi masyarakat serta menjadikan pengangkutan awam itu kekal relevan untuk bersaing dalam industri pengangkutan dan pelancongan.
Perkhidmatan ETS pertama negara menghubungkan Kuala Lumpur dan Ipoh, mula beroperasi 12 Ogos 2010, manakala dari Kuala Lumpur ke Padang Besar beroperasi sejak 10 Julai 2015 dan terkini menawarkan perkhidmatan terbaru, Tren Ekspres Peninsular ulang-alik dari Johor Bahru Sentral ke Hat Yai, Thailand bermula 1 September lepas.
Beliau berkata perkhidmatan itu dijalankan dua kali sehari iaitu untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur dengan mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan.
Kemudahan sesuai keperluan semasa
"ETS diwujudkan atas tujuan menyediakan perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan, keselamatan dan ciri-ciri mesra alam untuk perjalanan yang selesa terutamanya bagi perjalanan jarak jauh," katanya.
"Perjalanan menaiki ETS membolehkan penumpang menikmati kehijauan pemandangan menarik di sepanjang perjalanan sambil mengejar masa untuk ke tempat kerja dengan membaca dan berehat dengan selesa," katanya.
Mohd Noordin berkata, KTMB juga sedang merangka kerjasama dengan pengusaha pengangkutan lain bagi perjalanan yang lebih lancar dengan menyediakan perkhidmatan menghantar terus ke lapangan terbang, pusat membeli-belah utama dan tempat-tempat yang menarik secara sistematik.
"Kami juga amat prihatin terhadap warga emas dan orang kelainan upaya sebagai pengguna istimewa perkhidmatan kami. Justeru ada disediakan kemudahan di atas tren yang direka khas untuk golongan berkenaan termasuk tempat duduk khas," katanya.
Bagi memenuhi kriteria beberapa kemudahan yang terdapat dalam ETS, turut dilengkapi kemudahan seperti soket kuasa (untuk penggunaan pengecas telefon bimbit, komputer riba, kafetaria, tandas, surau, pemantauan setiap gerabak melalui CCTV sepanjang masa, televisyen LED, kemudahan meletakkan bagasi.
Pelbagai koc khas boleh disewa
"Untuk mewujudkan kepelbagaian dalam perkhidmatan, di dalam tren ETS ini disediakan beberapa jenis koc khas yang boleh ditempah untuk disewa sesuai keperluan penumpang iaitu Koc Diraja, Koc Acara dan Koc Persidangan," katanya.
Mohd Noordin berkata bagi Koc Diraja ia bercirikan gaya mewah yang memberi inspirasi dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dari segi hiasan dalaman seperti di istana meliputi ruang makan, istirehat, kamar tidur, bilik mandi dan ruangan memasak.
"Ia bagi penumpang yang mahu merasai perjalanan menaiki kereta api moden dengan suasana mewah seperti di hotel terkemuka di mana koc itu mempunyai tiga bilik tidur merangkumi sebuah bilik tidur utama dan dua bilik tidur tetamu," katanya.
Bagi penumpang yang menggemari aktiviti hiburan, mereka boleh menyewa sebuah Koc Acara yang dilengkapi set Karaoke sambil mendendangkan lagu kegemaran mereka sambil bersantai di ruangan aktiviti yang selesa semasa di dalam perjalanan menaiki ETS.
"Sementara bagi ahli Korporat yang sering sibuk membincangkan hal-hal perniagaan, ETS adalah pilihan terbaik kerana mereka masih berpeluang memenuhi rencana mereka di sepanjang perjalanan dengan menyewa Koc Persidangan," katanya.
Mohd Noordin berkata, koc yang dibina khas untuk tujuan bermesyuarat dengan kapasiti seramai 20 orang peserta dan 1 orang pengerusi mesyuarat mampu dijalankan serentak dengan perjalanan menuju ke lokasi tertentu.
"KTMB mempelawa percutian ini diadakan secara berkumpulan memandangkan pengurusan perkhidmatan kereta api itu menyediakan koc-koc khas berkenaan agar perjalanan jauh terasa dekat dan berbaloi sambil dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. - Bernama

0 Komentar untuk " ETS: Selesa, selamat dan berpatutan "