ASAS ekonomi negara masih kukuh berdasarkan lebihan dagangan sebanyak RM10 bilion yang diperoleh negara setiap bulan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, jumlah itu menunjukkan kedudukan ekonomi negara adalah baik dan tidak pernah mengalami defisit sejak kemerosotan ekonomi negara pada 1997.
"Penyusutan nilai mata wang dijangka beri kesan kepada ekonomi negara. Namun, sehingga kini ekonomi negara masih kukuh dan stabil.
"Asas ekonomi negara kukuh cuma persepsi dan tidak dapat sokongan yang kuat daripada pasaran kewangan yang tidak meyakinkan," katanya selepas merasmikan Facit@Intrade dan Malaysia Week (MFW) 2015, di Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurutnya, setiap bulan jumlah eksport negara adalah RM66 bilion dan import RM56 bilion dengan nilai keseluruhan mencapai sehingga RM120 bilion.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memainkan peranan yang penting di dalam kejayaan ini dan juga usahawan-usahawan tempatan yang menyumbang kepada pencapaian berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, produk fesyen dan gaya hidup menyumbang sebanyak RM14 bilion pada tahun lalu.
"Tahun ini kita harap dapat meningkatkan jumlah itu.
"Sehingga Ogos lalu, jumlah eksport produk fesyen dan gaya hidup mencatat sebanyak RM13.9 bilion dengan pertumbuhan sebanyak sembilan peratus," katanya.
Manakala, Matrade turut menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 10 peratus bagi Facit@Intrade dan Malaysia Week (MFW) 2015 yang berlangsung selama empat hari bermula semalam sehingga 7 November ini.
Tahun lalu, program ini berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM90.3 juta
Facit@Intrade dan Malaysia Week (MFW) 2015 disertai oleh 290 tapak pempamer, yang mana 68 peratus adalah dari Malaysia dan 32 peratus lagi dari luar negara.
Sebanyak 14 negara turut serta melibatkan pakaian, aksesori, kosmetik, penjagaan peribadi, hiasan dalam dan tekstil.

0 Komentar untuk " Asas ekonomi negara masih kukuh, stabil "