Beberapa minggu lalu hampir di seluruh negara orang mengeluh kerana masalah jerebu. Dalam keadaan mutu udara di sesetengah kawasan begitu teruk, barulah kita menghargai nikmat udara segar yang kita hirup selama ini. Justeru, hujan yang ada kalanya dianggap masalah kerana menjejaskan kegiatan luar kita - kedatangannya ketika tempoh jerebu itu disambut penuh kesyukuran. Sejak beberapa hari lalu, penduduk sekitar Lembah Klang mengeluh pula kerana kesesakan jalan raya berikutan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 yang mana Malaysia menjadi tuan rumahnya.
Keadaan ini berlaku kerana beberapa jalan terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada pergerakan pemimpin dan delegasi ASEAN dan negara yang rapat dengan rantau ini termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Susulan masalah kesesakan itu sudah kedengaran suara-suara sumbang kononnya acara ini hanya menyusahkan rakyat. Tak kurang juga mempersoalkan apa pentingnya ASEAN ini dan apa manfaatnya kepada kehidupan rakyat? Seperti nikmat udara segar, tiada siapa menghargainya sehinggalah munculnya masalah jerebu. Mungkin kerana kita beranggapan ia adalah anugerah semula jadi kepada kehidupan manusia. Begitulah juga dengan ASEAN, tidak ramai yang menyedari dan menghargai sumbangan organisasi persatuan 10 negara Asia Tenggara ini yang membabitkan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar dan Kemboja. Sejak 1970-an, negara kita sudah begitu pesat berkembang.
Daripada hanya sebuah negara pertanian tradisi, Malaysia kini sudah hampir dengan matlamatnya menjadi negara maju. Malah prasarana yang kita ada sudah pun menyamai dengan apa yang ada di negara maju. Mungkin sekarang ini ramai yang mengeluh dengan masalah kenaikan kos sara hidup, tetapi hakikat bahawa taraf dan mutu kehidupan rakyat negara ini sudah begitu jauh lebih baik tidak dapat dinafikan.
Semua ini mampu dicapai hasil daripada pengembangan kegiatan ekonomi. Kecuali ketika kemuncak krisis kewangan Asia pada 1997/1998, negara kita tidak pernah gagal mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif yang disumbangkan oleh pelaburan kerajaan dan sektor swasta, dalam dan juga dari luar negara. Pertumbuhan ekonomi ini menyumbang kepada penyediaan pekerjaan dan meningkatkan pendapatan yang membolehkan kita menikmati apa yang ada sekarang ini.
Ramuan kejayaan
Mungkin ada yang bertanya apa kaitannya ASEAN dengan pertumbuhan ekonomi negara kita? Jika kita susuri sejarah penubuhan ASEAN pada 1967, ia dicetuskan susulan senario politik di rantau ini yang tidak begitu menggalakkan. Ini termasuk tuntutan kawasan serta konfrontasi antara negara yang mana jika tidak ditangani secara berkesan boleh mencetuskan ketidakstabilan serantau yang berpanjangan.
Namun, dengan ada ASEAN dan kesepakatan negara anggotanya, semua itu ditangani dengan berkesan hingga menjadikan Asia Tenggara ini sebagai antara rantau paling aman dan stabil di dunia. Jika ditanya mana-mana ahli ekonomi, ramuan paling utama untuk ekonomi serta perniagaan dan pelaburan berkembang ialah keamanan dan kestabilan. Kerana ada ramuan ini, maka perniagaan dan pelaburan di ASEAN, termasuk negara kita dapat berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan kukuh ekonomi. Tanpa ASEAN, nasib kita sekarang ini mungkin sama dengan penduduk di sesetengah rantau yang sentiasa bergolak.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/99233

0 Komentar untuk " Antara udara segar, ASEAN "