ADA antara kita dikurniakan rezeki luas dan kewangan yang kukuh membolehkan mereka menunaikan umrah hampir setiap tahun. Ada juga antara kita yang kecil kuasa kewangannya hingga tidak mencukupi membeli makanan anak dan membayar pendidikan mereka. Ada yang tidak mempunyai rumah sehingga terpaksa memohon bantuan daripada orang ramai sementara ada yang suka menderma, membantu orang miskin, tetapi pada masa sama tidak membayar hutang atau tidak memberi nafkah kepada anak ketika dalam perkahwinan atau selepas bercerai.
Maka timbul persoalan manakah yang lebih utama dan bagi memahaminya perlu merujuk kepada ilmu fiqh aulawiyat atau fiqh keutamaan iaitu ilmu yang meletakkan hukum, nilai, amal atau perbuatan mengikut keutamaan berdasarkan neraca syarak yang sahih, berpandukan petunjuk wahyu. Inilah yang dikupas oleh sarjana besar Islam, Syeikh Yusuf al-Qara-dhawi dalam bukunya Fiqh Aulawiyat.
Lebihkan amalan sunat
Apabila kita tidak tahu mana sepatutnya didahulukan, kita akan mengutamakan perkara yang tidak sewajarnya hingga melebihkan yang kurang utama dan meninggalkan yang utama. Kita melebihkan pergi umrah berkali-kali sedangkan saudara-mara serta tetangga ramai yang berada dalam kemiskinan. Kita berusaha dan banyak mengerjakan solat sunat malam, tetapi melambatkan waktu sembahyang fardu.
Nilai, hukum, pelaksanaan dan beban kewajipan melakukan sesuatu berbeza menurut pandangan agama. Ada yang besar dan ada pula kecil, ada berbentuk rukun dan ada hanya sekadar pelengkap, ada tinggi dan ada rendah serta ada yang utama. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Apakah orang yang memberi minuman kepada orang yang mengerjakan ibadah haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Muslim yang zalim. Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang yang mendapat kemenangan." (Surah al-Taubah, ayat 19-20)
Peringkat berbeza setiap amalan
Kita dapati dalam banyak hadis, sahabat sering memulakan dengan bertanyakan manakah amalan yang paling tinggi pahalanya, paling terutama dan paling disukai. Bahkan Rasulullah SAW juga selalu memberi nasihat dengan meletakkan peringkat berbeza kepada amalan yang dilakukan. Antaranya, solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian dengan kelebihan 27 pahala atau berjaga dalam jihad selama sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa dan qiamullail selama sebulan.
Nasihat menarik boleh diambil iktibar ialah nasihat seorang ilmuwan, Basyr bin Haris apabila seorang lelaki bertanya kepadanya: "Saya ingin menunaikan haji, apa yang tuan hendak perintahkan? Basyr bertanya: Berapa belanja yang anda sediakan? Jawab lelaki itu: Dua ribu dirham. Basyr bertanya niat lelaki itu: Apa yang kamu hajati daripada hajimu? Lelaki itu menjawab: Zuhud, rindukan Kaabah, keredaan Allah? Basyr bertanya: Keredaan Allah? Jika kamu dapat reda Allah, kamu di rumah dan belanjakan 2000 dirham, kamu mahu? Jawab lelaki Itu: Mahu. Basyr menasihati lelaki itu sambil menekankan amalan lebih utama dalam mencari keredaan Allah: Pergilah berikannya kepada 10 orang yang berhutang supaya dapat menunaikan hutangnya, yang fakir supaya dapat memenuhi keperluannya, yang ada tanggungan supaya dapat sempurnakan tanggungannya, yang fakir dapat penuhi keperluannya, penjaga anak yatim dapat gembirakan mereka, kalau engkau mampu berikannya kepada seseorang maka buatlah. Sesungguhnya menggembirakan hati Muslim, membantu yang miskin, menghapus kesukaran, membantu yang daif lebih afdal daripada 100 haji selepas haji wajib. Bangunlah, berikanlah apa yang saya perintahkan."
Penulis ialah Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/94739

0 Komentar untuk " Amalan wajar ikut keutamaan "