Kata Imam al-Ghazali, "Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur."
Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas mati kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat. Kematian suatu yang menakutkan bagi orang yang lalai perintah -Nya. Saat akan mati, kita berhadapan dengan sakratulmaut. Susah atau senang sakratulmaut bergantung kepada amalan kita.
Oleh itu, bagi menghilangkan rasa takut kepada kematian hendaklah kita mempertingkatkan amalan. Manusia ini pelbagai sikapnya, seperti kata pepatah Melayu, "Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan." Ada tujuh peringkat sikap manusia, pertama ialah manusia kehaiwanan, iaitu kehidupan manusia pada tahap akhlak paling rendah. Kedua, manusia yang hidup dalam kesedaran ikut-ikutan.
Manusia tidak ada pendirian, suka mengikut arus kehidupan atau mengikut apa yang orang ramai suka buat. Ketiga, manusia yang menyedari dirinya seorang yang berbeza, unik dan terlalu berprinsip. Keempat, manusia tidak tahu tujuan hidup, tidak ada keyakinan diri, malas mencuba dan cepat berputus asa. Kelima, manusia yang hidup dengan disiplin sangat kuat, terlalu dominan dan teratur. Keenam, manusia yang percaya disiplin memberi pengalaman hidup iaitu yang bercita-cita ingin berubah memperbaiki diri. Ketujuh, manusia yang mengawal diri dan kehidupan dari dalam ke luar. Manusia makrifatullah, iaitu Allah SWT adalah segala-gala dalam hidup.
Kepelbagaian sikap itu meletakkan manusia pada tahap yang berbeza kedudukan serta hasil kehidupan semasa di dunia atau akhirat. Manusia makrifatullah mengutamakan mencari makna dan tujuan akhirat lebih daripada keduniaan. Sesiapa yang tidak memberatkan akhirat hidupnya akan sukar di sana nanti.
Hal ini pernah diperkatakan oleh Umar Abdul Aziz kepada Anbasah, "Seringlah mengingati mati, sebab jika hidupmu mudah, ia akan membuatnya sukar. Dan jika hidupmu sukar ia akan membuatnya mudah." Biarlah kita penat di dunia, memanfaatkan waktu untuk memperbanyak amal soleh, seperti sabda Nabi SAW: "Ambil kesempatan lima sebelum lima, iaitu sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, kayamu sebelum fakirmu, mudamu sebelum tuamu dan hidupmu sebelum matimu."
Meninggal mengejut
Apabila sampai waktunya, kita akan pergi ke alam abadi menemui Ilahi. Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia Ilahi. Sakit dan tua bukan syarat untuk mati, ada meninggal dunia tanpa sebarang sakit, umurnya habis ketika tidur, ada meninggal secara mengejut kerana kemalangan. Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah: "Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersungguh-sungguh bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat."
Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang rapat dan penting dalam hidup (ahli keluarga). Sentiasa bermurah hati memberi senyuman, mengucapkan sayang, berterima kasih, menghargai.
Jauhi sikap berdendam, berdengki, berprasangka buruk dan berperasaan negatif supaya orang sekeliling berasakan ketika kita ada menguntungkan, ketiadaan kita satu kehilangan dan disebut-sebut kebaikan kita. Perpisahan disebabkan kematian adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi kematian yang tidak disangka-sangka, akan berbekas kesedihan mendalam dan berpanjangan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.
Jika tidak dikawal dan dirawat dengan baik, menyebabkan kemurungan berpanjangan. Berbanding kehilangan orang tersayang yang sakit berbulan-bulan, keluarga telah bersedia untuk menerima hakikat mereka akan kehilangannya. Kesedihan itu berganda kerana kita berasa belum puas berkasih sayang, tiba-tiba disentap Allah SWT dalam keadaan kita tengah sa- yang dan belum bersedia untuk kehilangan mereka.
Kedua, kita be- rasa ralat dan terkilan. Jika tahu itu pertemuan terakhir, tentulah kita melakukan sesuatu terbaik untuknya. Ketiga, kerana tidak ada peluang kedua. Kita mahu dia tahu kita amat menghargai dan menyayanginya tetapi tidak sempat dan berpeluang untuk menyatakannya. Sunnatullah, orang yang mati tidak akan kembali lagi ke dunia, sama seperti bayi yang dilahirkan tidak akan kembali ke perut ibunya.
Bagaimanakah hendak mentadbir takdir Allah SWT, menerima kematian orang tersayang? Percaya kepada qada dan qadar Allah SWT. Terima hakikat kita orang yang terpilih untuk menerima ujian daripada-Nya. Pujuk hati sendiri menerima hakikat orang yang kita sayangi telah tiada. Menangislah, jangan ditahan air mata kerana menangis itu satu terapi. Tetapi, jangan sampai hilang punca hingga mempersoalkan ketentuan Allah SWT.
Terima hakikat
Lain orang lain penerimaannya. Ada yang kelihatan seolah-olah dia menerima hakikat kehilangan itu tetapi selepas seminggu atau lebih, dia tidak boleh menipu dirinya, menafikan orang yang disayanginya telah tiada, ketika itu emosinya terganggu dan menangis semahu-mahunya.
Fahami makna kematian yang sebenar supaya kita boleh menerima hakikat ia hanya satu peralihan atau berpindah alam. Terima hakikat di mana kita bermula dan di mana kita berakhir. Walaupun, hubungan antara jasad berakhir, tetapi hubungan roh masih terjalin. Justeru, doakan mereka daripada anak yang soleh.
Peranan orang terdekat dan masyarakat untuk memulihkan semangat keluarga yang kematian orang tersayang. Dengar curahan hati mereka, cuba faham, berikan semangat dan jangan menghukum mereka dengan tuduhan tidak sepatutnya, apatah lagi menyebar fitnah di laman sosial.
Hidup lawannya mati. Beringatlah, jangan sampai tiba-tiba maut datang, segala-galanya sudah terlambat untuk menyesali apa yang telah kita kerjakan ketika hidup di dunia. Saidina Abu Bakar berkata, "Sesiapa masuk kubur tanpa bekalan, maka seperti mengharungi laut tanpa perahu!"
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88090

0 Komentar untuk " Umat Islam dituntut sentiasa bersedia hadapi kematian "