* SELASA lalu Majlis Raja-Raja Melayu menyatakan keprihatinan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan menggesa supaya penyiasatan terhadap perkara tersebut diselesaikan segera.
Seperti yang dinyatakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, Duli-Duli Tuanku mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat.
Semoga dengan keprihatinan Ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia kemelut yang melanda syarikat milik kerajaan itu dapat ditamatkan. Dan seribu satu soalan dapat diperjelaskan.
Daulat Tuanku!
*SEPERTI yang dijangka, kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu itu mendapat sokongan daripada banyak pihak, bukan sahaja parti pembangkang tetapi juga daripada parti pemerintah.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik dan menjunjung kasih titah Raja-Raja Melayu mengenai isu yang menjadi tumpuan semua pihak itu.
Kata beliau, seperti yang disiarkan media, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa menjunjung sepenuhnya titah Raja-Raja Melayu tersebut dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.
Maka seluruh rakyat kini menunggu dan tertanya-tanya apakah respons dan tindakan pihak berkuasa terhadap titah Raja-Raja Melayu itu?
*MANTAN pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah orang yang terlibat secara langsung – dan lantang – dalam penyiasatan mengenai kontroversi 1MDB.
Bagaimanapun beliau tidak dapat meneruskan siasatan berikutan pelantikan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang turut menyaksikan tersingkirnya Muhyiddin dari Kabinet.
Mengenai titah Raja-Raja Melayu dalam isu 1MDB, Nur Jazlan hanya berkata itu adalah “pandangan mereka” dan “perlu dihormati”. Apakah ‘perlu dihormati’ itu ertinya ‘perlu dipatuhi’?
Harap-harap sehari dua ini ramai lagi anggota Kabinet tampil menyatakan pandangan ikhlas masing-masing sebagai respons terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu. Atau, apakah mereka lebih rela terus kelu dan membisu?
* MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan sesetengah pihak supaya jangan memandai-mandai apabila mengatakan Raja-Raja Melayu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mereka mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, jika Majlis Raja-Raja Melayu percaya isu amanah perlu dibangkitkan, mereka akan berkata ia secara terang-terangan dan bukannya membangkitkan isu 1MDB.
Katanya seperti yang disiarkan media: “Jika mereka (Raja-Raja Melayu) tidak percaya kepada kepimpinan Najib, tentulah mereka akan berkata sebegitu.”
Bagi orang biasa tidak timbul soal hilang kepercayaan atau amanah. Mereka melihat 1MDB satu isu serius, sehingga Majlis Raja-Raja Melayu terdorong untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Sepatah kata Muhyiddin: “Raja-Raja Melayu pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.”
* JABATAN Peguam Negara memutuskan bahawa berdasarkan laporan siasatan Bank Negara Malaysia (BNM), 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan dan mengarahkan tiada tindakan diambil.
Bagaimanapun, bank pusat itu yang terlibat dalam penyiasatan berkenaan, memohon Peguam Negara menyemak semula keputusan tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa siasatan terhadap 1MDB akan dilakukan secara adil dan terbuka.
Kata beliau, seperti yang dilaporkan media: “Jika ada pihak yang didapati bersalah, tindakan undang-undang akan diambil selaras dengan sistem perundangan di negara ini.”
Pendek kata, isu 1MDB belum berakhir, malah bertambah hangat. Maka, patuhilah titah Majlis Raja-Raja Melayu; selesaikan segera kemelut ini. Jangan asyik berding-dong, ding-dong.
*AKHIR kalam, lari dari isu 1MDB, ada harapan baharu di Kelantan. Setelah lebih sebulan, kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli di Kampung Tohoi, Gua Musang, kini ada bukti untuk menolak ramalan sesetengah pihak bahawa murid-murid berkenaan telah dilarikan dan disembunyikan orang bunian.
Khamis lalu polis mengesahkan mayat seorang gadis yang telah reput dan ditemui di Sungai Perias adalah Sasa Sobrie, 8, salah seorang daripada mangsa yang hilang itu. Harap-harap penemuan mayat tersebut dapat memberi harapan baharu kepada ibu bapa dan keluarga yang terus menunggu dalam seribu debaran.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga usaha-usaha mencari yang masih berjalan akan menemui banyak lagi petunjuk-petunjuk lain, dan akhirnya dapat merungkai misteri kehilangan tersebut.

0 Komentar untuk " Semoga isu 1MDB segera selesai "