Prestij golf, tarikan ke LGPA - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Prestij golf, tarikan ke LGPA

Siri kejohanan Sime Darby Ladies Professional Golf Association (LPGA), berlangsung selama empat hari bermula, 8 Oktober depan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), menyajikan pelbagai tarikan kepada pengunjung bagi acara berprestij itu termasuk cabutan bertuah bernilai sehingga RM 500,000. Acara itu adalah kejohanan terawal bagi siri kejohanan membabitkan penggemblengan usaha untuk memastikan ia mampu menarik penyertaan pemain golf berpengalaman dan junior.

Bagi acara dalam padang, penonton berpeluang menyaksikan pemain seperti Lydia Ko dan Michelle Wie bersaing di astaka berbumbung yang baharu dengan dilengkapi skrin besar untuk kepuasan penonton. Ulasan secara langsung oleh pengacara dan kemudahan penonton mengikuti siaran menerusi kotak ulasan terbuka, antara peningkatan yang dirancang bagi menaik taraf pengalaman menonton secara langsung ke tahap yang belum pernah disaksikan di Malaysia sebelum ini.

Luar padang 


Bagaikan pesta makanan, pelbagai gerai jualan turut tersedia bersama halwa telinga menyeronokkan. Deejay Patricia Knudsen yang lebih dikenali sebagai Patricia K, mengendali acara di sebuah khemah digelar 'Courtyard'.

Ada sudut pemain digelar @Players Corner, di mana pengunjung berpeluang bertemu dengan pemain terkenal LPGA Tour dan gerai makanan yang menghidangkan pelbagai masakan istimewa yang disediakan Ketua Chef KLGCC, Arnold.

Menariknya lokasi berkenaan bakal menjadi lokasi atau hub sosial dan tempat pertemuan di sepanjang empat hari festival berkenaan berlangsung. Selain itu, KL Food Truck Festival akan muncul buat julung kalinya pada kejohanan golf dan ia bakal membawa enam trak makanan kesukaan ramai iaitu 'Ken's Food Truck', Burger Giler Power, 'The Malaysian Ninja Truck', 'Cowboys Truck', 'Wheelloaf' dan 'Thyme Out'.

Acara terbuka kepada orang ramai. Tiket boleh dibeli pada harta RM30 untuk sehari manakala RM50 untuk pas Sabtu dan Ahad. Kanak-kanak bawah usia 12 tahun masuk percuma. Maklumat lanjut di www.simedarbylpgamalaysia.com.

Menarik pada LPGA

 : - Program kesihatan, 'Pink Saturday' bertujuan memberi sokongan kepada Bulan Kesedaran Barah Payudara diadakan, pada 10 Oktober.

 - Konica Minolta Chip-4-Charity, peraduan interaktif menyajikan hadiah menarik menanti sesiapa yang mampu memukul bola dari platform yang tersedia ke ruang hijau yang terapung dalam tasik.

- Sebuah kolam Kids Zone, terletak berdekatan lokasi aksi golf dan makanan menyediakan hiburan sepanjang hari buat si kecil. Pelbagai aktiviti menarik tersedia, antaranya melukis muka serta lapangan golf untuk kanak-kanak.

- Gerai jualan menyediakan tawaran hebat bagi aksesori dan peralatan golf terbaharu, ehsan Nike dan MST Golf, sementara barisan penaja lain seperti Konica Minolta, Samsung, One World, Gatorade, Ramsay Sime Darby Health Care, Pelancongan Malaysia dan Astro.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85568
0 Komentar untuk " Prestij golf, tarikan ke LGPA "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ