MASIH segar dalam ingatan penulis pengalaman berada di Tanah Suci Makkah selama hampir dua minggu. Pengalaman kali ini amat berharga dan pasti kukuh tersemat di hati.
Inilah pengalaman pertama penulis setelah diamanahkan oleh Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mewakili beliau selaku Ketua Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci tahun ini.
Apa yang pasti inilah juga musim haji yang penuh dengan dugaan dan cabaran buat umat Islam seluruh dunia dengan berlakunya tragedi kren tumbang dan juga rempuhan di Mina.
Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada semua kakitangan Tabung Haji yang bertugas di sana semata-mata untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji kita. Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai sebuah organisasi yang begitu tersusun dan cekap untuk menguruskan jemaah haji berbanding negara-negara lain.
Sepanjang berada di sana, penulis dapat menyaksikan bagaimana gerak kerja petugas Tabung Haji dalam memastikan jemaah kita dapat menunaikan haji dengan baik dan sempurna. Mereka bekerja tidak mengira masa, sehingga ada yang hanya tidur sekadar dua hingga tiga jam sehari.
Pengalaman semasa berwukuf di Arafah, penulis berkesempatan melawat tempat yang dikhususkan untuk golongan tua yang memerlukan perhatian khusus. Di situ, Tabung Haji telah menempatkan setiap warga tua dengan seorang petugas.
Penulis masih ingat ketika bertanya khabar kepada seorang warga tua di situ bagaimana keadaannya di sini? Dia menjawab “Penjagaan yang diberikan adalah lebih daripada anak sendiri”.
Malah semasa melontar di Mina, penulis berkesempatan menyaksikan petugas Tabung Haji mengendong seorang makcik tua yang tidak larat untuk berjalan. Sungguh terharu penulis melihat kesungguhan petugas itu membantu bagaikan memapah ibu kandung sendiri.
Bagi memastikan kesihatan para jemaah haji terjamin, Tabung Haji juga turut menyewa sebuah bangunan enam tingkat di Syisya, Makkah. Pusat rawatan Syisya ini menyediakan perkhidmatan yang komprehensif daripada penyediaan lebih 1,000 jenis ubat-ubatan, perkhidmatan perubatan yang meliputi pelbagai penyakit hinggalah makmal yang berkemampuan mengenal pasti virus yang memerlukan vaksin tepat menyembuh penyakit.
Untuk rekod, hanya Malaysia yang mempunyai hospital sendiri bagi memudahkan para jemaah hajinya mendapat rawatan terbaik di sana.
Ketika melawat penempatan-penempatan para jemaah, penulis juga berkesempatan melihat kemudahan yang disediakan. Penulis dibawa ke kaunter-kaunter yang menyediakan khidmat pengeluaran duit, membayar dam haji, farmasi, pengeposan barang, jualan pelbagai barangan, surau dan juga kafe. Malah, di beberapa penempatan, penulis turut merasai makanan yang disediakan bersama-sama dengan para jemaah.
Kebanyakan yang penulis temui menyatakan bahawa makanan disediakan adalah terbaik dan sesuai dengan selera mereka seperti nasi lemak, nasi putih berlaukkan daging, ayam, sayur dan sebagainya, kerana tukang-tukang masak dibawa khusus dari Malaysia.
Semasa berada di sana juga, penulis turut melawat unit Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS), unit Talian Ibadah Haji (TAIB) dan unit pakar rujuk haji yang menempatkan mereka berkemahiran dalam perkara berkaitan hukum-hakam berkenaan haji.
Mereka inilah yang membimbing para jemaah berkenaan cara pelaksanaan manasik haji yang sempurna. Malah mereka juga turut menyampaikan kuliah bimbingan haji di penempatan-penempatan jemaah.
Bahkan bagi segala permasalahan berkenaan haji, para jemaah juga boleh menelefon unit Talian Ibadah Haji (TAIB) untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang mereka hadapi.
Pendek kata, pihak Tabung Haji menyediakan perkhidmatan yang begitu holistik bagi memenuhi keperluan jemaah. Sebab itulah apabila musibah seperti kren tumbang dan rempuhan di Mina, Tabung Haji bertindak pantas untuk menguruskan tragedi secara berkesan.
Begitu juga dengan petugas-petugas lain Tabung Haji seperti peronda Masyair (Arafah, Muzdalifah, Mina) yang ditempatkan di pos-pos kawalan bagi memastikan perjalanan para jemaah haji Malaysia mengikut arah yang betul serta memastikan keselamatan jemaah terjamin.
Malah jika ada jemaah yang tersesat, mereka inilah yang bertugas menjejaki jemaah tersebut. Begitu juga dengan para petugas media yang sentiasa bersedia dengan liputan dan berita terkini perkembangan haji di sana.
Jasa dan pengorbanan semua petugas ini dalam memudahkan para jemaah menyempurnakan haji mereka adalah amat besar. Moga-moga ALLAH kurniakan kepada mereka pahala berlipat kali ganda.
Petugas-petugas ini adalah termasuk dalam golongan mereka yang mendapat pahala berlipat ganda kerana membantu para jemaah menyempurnakan kewajiban haji. Merekalah yang penulis istilahkan sebagai para pahlawan yang tidak didendang.
* Penulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

0 Komentar untuk " Pahlawan tidak didendang "