SEBAGAI ibu bapa, sudah pasti menjadi tanggungjawab bagi memastikan makanan bayi adalah sihat dan segar supaya tumbesaran berlaku dengan sempurna.
Kadangkala kekangan masa dan kesibukan kerja menyebabkan ibu bapa tidak sempat menyediakan makanan untuk bayi. Sebagai alternatif, makanan sejuk beku dan mudah disediakan dengan memanaskannya sahaja.
Anak alergi kentang dan keledek
Pekerja swasta, Fatin Nur Farhana Raafar berkata, dia memilih makanan sejuk beku kerana tidak sempat menyediakan makanan kepada bayinya yang berusia sembilan bulan.
Ketika bayinya berusia lapan bulan, Fatin Nur Farhana tercari-cari menu sesuai untuk dijadikan makanan pejal kepada anaknya.
“Alhamdulillah, saya temui makanan sejuk beku yang sesuai untuk anak saya yang alergi kepada kentang dan keledek.
“Pada mulanya saya hanya mencuba, dan tidak sangka dia menyukainya. Makanan sejuk beku ini tidak mengandungi garam, gula, kentang dan keledek,” katanya.
Pemilihan makanan 'segera' ini kerana waktunya yang begitu terhad memandangkan setiap hari dia berulang-alik dari Puchong ke Bangsar dan keluar rumah seawal jam 6.30 pagi. Fatin Nur Farhana hanya akan tiba di rumahnya sekitar jam 6.30 petang.
“Kadang-kadang saya penat dan makanan sejuk beku menjadi alternatif untuk anak jika tidak sempat memasak. Setakat ini, anak tidak ada masalah dengan makanan ini,” katanya.
Makanan sihat, sesuai
Bagi penjawat awam, Aznee Salmie Ahmad, dia sangat menitikberatkan pengambilan makanan bayinya dan mahu memberikan makanan sihat serta bersih.
“Saya suka kalau ada makanan lain yang sesuai kepada anak saya jika tidak sempat memasak. Alhamdulillah, melalui carian di internet, saya jumpa makanan sejuk beku bayi yang ditawarkan dengan harga berpatutan.
“Saya tidak kisah berulang-alik dua minggu sekali dari Seremban ke Selangor untuk mengambil makanan sejuk beku ini. Saya hanya perlu memanaskannya sahaja dan gembira anak pun suka,” katanya.
Menurutnya, sebagai seorang ibu yang berkerjaya, kadang-kala tidak sempat memasak untuk bayinya yang berusia lapan bulan.
“Saya mengenali Feed Our Baby melalui media sosial. Saya berikan kepada bayi kerana ia makanan sihat dan natural kerana tidak ada perisa tambahan, gula dan garam,” katanya.
Feed Our Baby bantu ibu berkerjaya
Bagi pemilik Feed Our Baby, Hajratul Ain Jaafar, idea untuk berniaga makanan sejuk beku bayi ini bermula apabila sering diminta adik-beradik dan rakan-rakannya untuk menyediakan makanan berkhasiat kepada bayi mereka.
“Mereka sering menempah makanan bayi kerana mengetahui saya akan memasak sendiri makanan untuk anak. Mereka tidak ada masa dan tidak tahu bagaimana untuk menyediakan makanan bayi.
“Dari situ timbullah idea untuk berniaga makanan sejuk beku bayi dan permintaan juga tinggi pada masa itu. Kini, setelah beberapa bulan menjual makanan sejuk beku, saya menerima banyak tempahan,” katanya.
Menurutnya, dia sedar ibu-ibu zaman sekarang ramai yang bekerja dan tidak ada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka.
Setakat ini, dia menerima tempahan sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru dengan menghantarnya sendiri ke rumah pelanggan dan pos.
“Alhamdulillah, kebanyakan pelanggan akan menempah kali kedua selepas mencubanya. Ada juga membelinya apabila dicadangkan rakan-rakan mereka mengenai Feed Our Baby.
“Saya juga mempromosikan makanan bayi melalui media sosial. Saya menerima sambutan yang menggalakkan dan menerima lebih 20 tempahan pada setiap hari,” katanya.
Beliau berkata, menjual makanan sejuk beku bayi melibatkan tiga kategori iaitu untuk enam bulan, lapan bulan dan 10 bulan.
“Makanan untuk enam bulan ialah puri epal, kurma, labu dan kentang serta lobak merah dengan harga RM5 sebekas. Bagi makanan lapan bulan pula ialah oat campur kurma, ayam masak sayur dan mentega, epal dan aprikot yang dijual dengan harga RM6 sebekas.
“Bagi makanan untuk 10 bulan pula ialah makaroni, keju dan pasta yang dijual dengan harga RM10 sahaja. Semua makanan ini dikisar dan saya juga turut menjual beras yang dibasuh, disangai dan dikisar kepada pelanggan yang hanya perlu memanaskannya selama 15
minit sahaja,” katanya.

0 Komentar untuk " Makanan sejuk beku bayi jadi pilihan "