Lagi rumah mampu milik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Lagi rumah mampu milik

KERAJAAN menggesa lebih banyak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) membina rumah mampu milik berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam.

Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kebanyakan perumahan rakyat atau awam dibina di lokasi jauh dengan jaringan pengangkutan.

“Saya lihat pembinaan rumah mampu milik jauh daripada jalan utama dan pengangkutan awam menyebabkan kesukaran untuk ke tempat kerja.

“Terutamanya bagi mereka yang bekerja di bandar Kuala Lumpur, peningkatan kos pengangkutan dan terpaksa keluar awal untuk ke pejabat,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Johari berkata, kawasan-kawasan sesuai untuk pembinaan rumah mampu milik perlulah didirikan di kawasan berdekatan pengangkutan awam seperti stesen MRT, komuter dan bas bagi memudahkan akses pergerakan dari kawasan perumahan ke bandar.

Beliau berkata, fokus utama pembinaan kediaman kos rendah itu bertumpu di kawasan padat seperti Selangor dan Pulau Pinang.

"Cadangan ini dilihat berlaku keseimbangan pembangunan hartanah dan pembinaan rumah mampu milik tidak dipinggirkan pemaju," katanya.

Dalam pada itu, Johari turut memuji usaha syarikat-syarikat pemaju seperti Uda Holdings Berhad (Uda Holdings) dalam pembinaan kediaman mewah seperti Anggun Residences meskipun keadaan ekonomi tidak menentu.

"Pembinaan kediaman itu wajar dicontohi pemaju lain memenuhi aspirasi negara terus membangunkan sektor hartanah negara ini.

"Projek hartanah itu termasuk dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang (Greater KL/KV) merupakan komponen penting dalam Pelan Transformasi Ekonomi," katanya.

Tambahnya, ia merupakan sebahagian daripada agenda Greater KL/KV untuk membangunkan sebuah bandar mampan yang sesuai didiami dengan infrastruktur berkualiti tinggi, kawasan pembangunan hijau dan perumahan dalam bandar..

0 Komentar untuk " Lagi rumah mampu milik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ