PENINGKATAN indeks pencemaran udara (IPU) jerebu ekoran pembakaran terbuka di Indonesia menyebabkan sesetengah kawasan di negara ini diselubungi asap tebal sehingga paras berbahaya.
Ekoran situasi membimbangkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjaga kesihatan dan minum air secukupnya.
Kepentingan botol air bukan sahaja waktu tertentu, namun setiap masa kerana badan memerlukan tujuh liter air sehari.
Kini terdapat pelbagai jenama botol air didatangi dengan pelbagai bentuk dan rekaan menarik termasuk Memobottle atau botol air memo.
Didatangkan dalam bentuk menyerupai buku memo atau kertas saiz A4, rekaan itu menarik perhatian ramai termasuklah golongan selebriti yang turut menggunakannya.
Penggunaan botol air tersebut kini menjadi aksesori wajib bagi sesetengah pengguna.
Bukan sahaja rekaan botol unik, namun saiz yang berbeza boleh dimuatkan dalam beg sandang, komputer atau tas tangan wanita.
Kelainan reka bentuk
Bagi penerbit, Norzira Syarini Mohamed Pauzi, 29, rekaan comel dan mudah dibawa antara faktor dia memilih botol air tersebut.
“Memobottle diperkenalkan aktres popular, Scha Al-Yahya dan bermula dari situ saya tertarik dengan rekaannya.
“Ia berbeza dengan rekaan yang ada di pasaran lebih kepada bentuk sama panjang dan bulat,” katanya.
Menurutnya, bosan dengan reka bentuk sama, dia merasakan kehadiran Memobottle adalah tepat pada waktunya.
Katanya, kerjayanya sering mengejar masa membuatkan dia selalu mengeluh dengan botol air biasa kerana agak berat dan sukar dibawa.
“Berbeza dengan Memobottle, tanpa ruang besar saya hanya perlu selitkan seperti buku nota,” katanya.
Tidak kisah harga mahal
Menurut Asnifatheen Anuar, 32, pula, Memobottle sesuai bagi mereka yang sukakan kelainan dan perkara unik.
“Rekaannya sesuai untuk lelaki dan wanita kerana dia ringkas dan tampak sofistikated.
“Tambahan pula, ia senang disimpan atau dicuci kerana saiz seperti buku nota harian,” katanya.
Walaupun tidak kisah dengan rekaan sedia ada, Asnifatheen berkata, perkara yang membuatkan dia jatuh hati dengan botol tersebut adalah ianya menjimatkan ruang.
“Saya sukakan sesuatu yang ringkas dan Memobottle sesuai dengan jiwa saya.
“Walaupun harganya agak mahal berbanding botol biasa, namun ia sangat berbaloi,” katanya.
Bukan sahaja kegunaan sebagai botol minuman, Asnifatheen berkata, ia juga sesuai untuk aksesori fesyen.
Tampak lebih eksklusif
Jurutera, Mohd Nazrul Fahmi Mohamed Pauzi, 27, berkata, penggunaan botol air memo bukan sahaja popular di kalangan wanita, bahkan kaum Adam juga.
“Mungkin ramai golongan wanita menyukai botol air ini kerana rekaan unik dan mudah dibawa, namun saya memilih menggunakannya kerana mampu menjimatkan ruang beg.
“Jika menggunakan botol biasa atau plastik, risiko tetap ada sekiranya digunakan dalam tempoh lebih lama.
“Berbeza dengan Memobottle, saya boleh menggunakannya sehingga ia rosak,” katanya.
Walaupun ia menjadi satu kegilaan, katanya, rekaan botol yang membantu kehidupannya lebih mudah menjadi antara penyebab dia memilih botol tersebut.
Menurutnya, tidak hanya tertumpu pada kaum Hawa sahaja, botol air tersebut sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat.
“Penggunaan botol ini disyorkan oleh kakak saya yang gemar membeli hot item dan nyata ia banyak membantu saya menjaga kesihatan dan mudah dibawa ke mana sahaja,” katanya.
Bebas bahan kimia
Sementara itu, ejen jualan (dropship), Noor Faiezah Minhat, 41, berkata, botol air tersebut antara barangan terhangat di pasaran sekarang terutamanya bagi golongan berkerjaya.
“Walaupun masih baru, namun permintaan sangat menggalakkan apatah lagi reka bentuknya unik berbanding botol sedia ada di pasaran.
“Lagipun Memobottle sesuai bagi mereka yang mahu ruang lebih jimat dalam beg dan senang dibawa,” katanya.
Walaupun harganya mencecah puluhan ringgit, katanya, ramai sanggup beli kerana bukan sahaja jimat ruang tetapi bebas daripada bahan kimia berbahaya Bisphenol A (BPA) serta tahan lasak.
Menurutnya, botol minuman tersebut mempunyai pelbagai warna menarik dengan saiz berbeza mengikut isi kandungan air seperti 420ml dan 750ml.
“Harga pula dalam lingkungan RM30 hingga RM40 mengikut saiz berserta kos penghantaran,” katanya.

0 Komentar untuk " Keunikan botol air memo "