KUALA LUMPUR: Seiring dengan keadaan ekonomi semasa yang semakin mencabar, syarikat-syarikat perlu melakukan perubahan dari segi budaya kerja dan pemasarannya untuk kekal berdaya saing. Sesebuah syarikat hampir mustahil dapat mencapai strateginya jika masih mengekalkan sistem operasi terdahulu dengan mengambil kira faktor perubahan ekonomi, perubahan tenaga kerja dan kehendak semasa pekerja.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif General Electric (GE), Jeff Immelt, berkata setiap syarikat perlu meneliti semula budaya kerja dan sistem pengoperasian mereka seiring dengan perubahan zaman. Katanya, sesebuah syarikat perlu memahami keamatan (intensiti) komersial dengan memastikan suara peringkat atasan dan bawahan sentiasa seimbang selain mengikuti peredaran zaman dengan menerima kuasa digital.
Jeff Immelt berkata, langkah pertama adalah setiap syarikat memerlukan pasukan pengurusan yang jitu selain semua perkara perlu dijalankan dengan pantas berdasarkan tempoh waktu yang telah ditetapkan. "Pekerja kini dengan pekerja 10 tahun dulu tidak sama. Pekerja kini lebih bersikap terbuka, gemar perbincangan dan boleh disifatkan sebagai pekerja era digital. Syarikat perlu menukar budaya kerja kepada penuh tekad, pantas dan relevan.
"GE juga mungkin tidak dapat bersaing kini jika ia tidak mengubah budaya kerjanya. Semua urusan harus dipermudah berlandaskan budaya memudahkan. Ini bukanlah satu penyusunan semula ataupun inisiatif sebaliknya ia mentakrifkan cara syarikat membuat keputusan, bekerja bersama-sama dan bekerja dengan pelanggan," katanya.
Jeff Immelt berkata, tumpuan syarikat mestilah kepada kecekapan, kepantasan dan kesan pasaran. Adalah penting untuk membuat keputusan yang cenderung kepada pasaran dan memastikan pasukan bertanggungjawab kepada hasil, bukan proses. "Empat cara yang disarankan kepada syarikat adalah pasukan pengurusan yang jitu. Lakukan sesuatu dengan ringkas, dan lakukannya dengan baik. Prinsip memudahkan adalah struktur organisasi yang ringkas, mekanisme operasi yang sedikit, dan kurang tahap kelulusan.
"Elakkan daripada menyusahkan sesama sendiri dan pastikan setiap orang menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pupuk semangat kerja berpasukan dengan lebih baik. Sebuah organisasi yang jitu adalah sebuah organisasi yang ringkas dengan struktur lebih mudah, di mana urusan pejabat dipermudahkan dan dilaksanakan secara lebih baik," katanya. Jeff Immelt turut menyatakan semua perkara perlu berlandaskan kepantasan masa selain memiliki pelbagai proses disiplin.
Beliau menggalakkan syarikat bermula secara kecil-kecilan mulai sekarang selain belajar dari kegagalan serta sama-sama memikul tanggungjawab untuk menjadi lebih pantas. Katanya, syarikat perlu memahami keamatan komersial dengan memastikan suara peringkat atasan dan bawahan seimbang kerana pasaran menentukan kejayaan syarikat yang menjadikan kewujudannya bernilai dalam dunia perniagaan.
"Di syarikat-syarikat besar, suara ramai adalah sangat lemah manakala suara yang berkuasa dan di ibu pejabat menjadi terlalu kuat. Apabila ini berlaku, syarikat akan berdepan ketidakseimbangan. "Selain ini, banyak syarikat sangat ketinggalan dengan penggunaan digital. Peluang sebenarnya terbuka luas untuk kita menjadi lebih pantas, lebih jitu dan lebih cekap. Untuk mencapai kos yang lebih rendah syarikat perlu menerima perubahan digital," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/85887

0 Komentar untuk " Budaya kerja, operasi syarikat perlu seiring perubahan zaman - CEO GE "