SUKA atau tidak, mulai esok mereka yang mengguna 12 lebuh raya di Lembah Klang dan Johor perlu bayar tol tambahan antara 10 sen dan RM6.
Sebaik sahaja ia diumumkan semalam, banyak pihak menyuarakan kekecewaan dan ketidakpuasan hati, tetapi apa boleh buat.
Jarang sangatlah sesuatu yang diputuskan kerajaan akan dibatalkan dan dalam kebanyakan perkara, apa sahaja barang dan perkhidmatan yang naik susah hendak diharapkan turun kembali.
Yang lumrah, apabila harga barang atau caj perkhidmatan naik, benda-benda berkaitan, termasuk bahan makanan dan upah, ikut naik secepat kilat, tetapi apabila harga barang-barang, termasuk bahan bakar, turun, jangan harap barang makan dan upah perkhidmatan akan turun semula.
Apabila harga gula dan minyak bakar naik tidak lama dahulu, harga roti canai dan teh tarik di banyak gerai dan restoran, umpamanya, naik antara 20 sen dan 30 sen.
Ada dengar harga roti canai dan teh tarik turun selepas itu? Kalau ada pun harganya tetap sama, saiz roti canai mengecut dan gelas teh tarik ditukar kepada yang kecil.
Kenaikan harga petrol dan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April lalu bukan melibatkan harga roti canai dan bahan makanan sahaja. Binatang ternakan pun tidak terlepas.
Ketika korban Aidiladha yang baru lepas, harga satu pertujuh bahagian lembu korban sudah naik kepada RM600 berbanding kira-kira RM380 pada tahun lalu.
Ini berdasarkan harga lembu yang sudah naik daripada kira-kira RM2,600 tahun lalu kepada kira-kira RM4,000 seekor tahun ini.
Yang sedia bayar harga yang tinggi begitu, tetap setia membayarnya, tetapi ramai juga yang memutuskan untuk menunaikan korban di Naratiwat, Yala atau Patani, Thailand melalui wakil korban kerana harga seekor lembu korban di sana hanya antara RM1,850 dan RM1,900.
Bagi kenaikan kadar tol, banyak pihak, termasuk individu dan NGO, sudah mengeluh dan minta ditimbang semula.
Kebanyakan menyifatkan kenaikan itu sebagai drastik, tinggi serta menambahkan lagi beban rakyat, terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Tetapi, kerajaan sudah pun ada alasan kepada tindakan kenaikan kadar tol itu.
Kenaikan itu, katanya, tidak bertujuan membebankan rakyat dan diputuskan selepas mengambil kira kos pembiayaan, operasi dan penyenggaraan serta kemampuan pengguna lebuh raya.
Selain itu, pampasan penangguhan kenaikan kadar tol yang patut dibayar kepada syarikat konsesi boleh digunakan untuk pelbagai projek seperti penurapan semula jalan, sekolah dan hospital.
Apa yang sangat membimbangkan, dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, adalah kemampuan anak cucu kita membeli rumah kini dan di masa depan.
Seorang kawan membeli rumah teres RM37,000 di Lembah Klang pada 1976. Tujuh tahun kemudian dia jual pada harga RM140,000. Hari ini harga rumah yang sama sudah pun mencecah RM600,000.
Saya difahamkan, pendapatan bulanan isi rumah tidak boleh kurang daripada kira-kira RM12,000 untuk memiliki rumah di Putra Heights, RM14,580 (Lembah Klang), RM15,600 (Subang Jaya) dan RM20,000 (Bukit Kiara), antaranya.
Menurut ramalan NGO berkaitan ekonomi pengguna tidak lama dahulu, harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta menjelang 2020. Ia menakutkan kerana ramai yang tidak akan mampu membelinya nanti.
Menyebut pasal jualan rumah, teringat mengenai pemilik rumah - dua janda - yang kreatif di negara seberang.
Barangkali dalam menghadapi ekonomi yang mencabar ini, kedua-dua wanita itu memutuskan ingin menjual rumah mereka dengan tawaran ‘bonus’ luar biasa, iaitu sedia diperisterikan oleh bakal pembeli.
Satu daripada iklan itu memaparkan rumah dua bilik berharga 999 juta rupiah (RM75,000) milik Lia, berumur 40 tahun, untuk ‘pembeli yang serius’ dan ‘tidak boleh dirundingkan’ langsung.
Kewujudan iklan luar biasa itu menarik banyak perhatian, termasuk polis.
Menurut Lia bukan ideanya untuk iklan tawaran ‘bonus’ dalam media sosial.
“Saya cakap pada seorang rakan saya mahu jual rumah dan kalau ada yang sedia kahwini saya, saya sedia.” kata Lia.
Selepas kes itu, seorang lagi janda, bernama Indira, iklan dalam akhbar untuk menjual rumahnya dengan tawaran serupa.
“Siap diperisteri oleh calon pembeli jika rasa cocok’, kata iklannya itu.
Ada juga yang menyindirnya kerana ‘udah jual, rumah kembali ke tangannya’, tetapi dia menjejaskan, dia mahu jual rumahnya kerana perlukan wang untuk biaya hidupnya, pelajaran anaknya dan kembangkan bisnes butik, salun dan roti.
Tidak tahulah pula apa cerita terkini mengenai kedua janda itu.
Balik kepada keadaan di negara kita; golongan muda perlu berusaha membeli rumah sekarang sebelum harga rumah melonjak menjelang 2020. Wallahualam!

0 Komentar untuk " Beli rumah, pemiliknya jadi isteri "