SABAN tahun, dalam sesi pembentangan belanjawan negara, kita dapat mendengar lantunan bahasa yang tersusun, segar dan indah sebagaimana yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet 2015, baru-baru ini.
Penggunaan bahasanya amat elok dengan kosa kata dan madah dalam bahasa Melayu yang santun.
Beberapa istilah asing pula diselitkan ‘dengan izin’, tanpa merosakkan keutuhan bahasanya.
Namun demikian, penggunaan bahasa yang sedemikian indah dan berkesan bagaikan ada celanya disebabkan penggunaan satu perkataan utama, iaitu bajet. Perkataan belanjawan yang telah digunakan selama beberapa dekad yang lalu, akhirnya diganti. Sekali air bah, sekali pasir berubah.
Ada pihak yang beranggapan bahawa perkataan bajet lebih tepat dan ‘jimat’ lalu perkataan itu digunakan bagi menggantikan perkataan belanjawan.
Walaupun banyak yang beranggapan bahawa perkataan bajet dan belanjawan tidak banyak bezanya, namun penulis mempunyai pandangan peribadi tentang hal ini. Bagi penulis, kata bajet mempunyai konotasi yang kurang baik apabila dikaji dari segi maknanya.
Jikalau kita merujuki Kamus Dewan, perkataan bajet tidak diberikan makna secara langsung tetapi diberikan tanda seperti yang berikut;
~ bajet bp belanjawan ~.
Hal ini menunjukkan bahawa bajet, merupakan bentuk kata yang tidak baku, bahasa percakapan atau bahasa basahan (kolokial). Dalam kalangan masyarakat umum, konsepnya telah mengalami proses perubahan makna daripada konsep sebenarnya dalam laras ekonomi.
“Ketika di sana, saya menginap di hotel bajet. Makan pun nasi bajet. Maklumlah sekarang ni, semuanya kena bajet.”
Itulah antara contoh penggunaan perkataan bajet dalam kalangan masyarakat. Cuba kita gantikan perkataan bajet dalam ayat-ayat tersebut dengan perkataan belanjawan, sudah tentu ayat-ayat itu kedengaran amat janggal.
Perkataan belanjawan mewakili makna yang lebih luas, iaitu merujuk kepada perhitungan banyaknya wang yang diterima sebagai pendapatan dan wang yang diperuntukkan untuk dibelanjakan.
Belanjawan juga boleh dimaksudkan sebagai butiran ringkas anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk sesuatu keperluan, dalam suatu jangka waktu. Perkataan belanjawan memberikan kesan emosi yang berbeza kerana perkataan itu dapat dianggap lebih tinggi tarafnya berbanding dengan perkataan bajet.
Kata belanja bermaksud wang, iaitu harta yang dimiliki untuk membeli atau membayar sesuatu ataupun wang yang dibayar sebagai upah.
Akhiran …-wan pula merupakan imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang tugasan, seperti ilmuwan dan angkasawan. Imbuhan itu juga digunakan untuk orang yang mempunyai nilai positif dan dipandang baik, seperti dermawan dan sukarelawan.
Penggunaan perkataan bajet akan memberikan kesan emosi yang membuatkan kita berasa tertekan. Pelbagai persoalan yang timbul, seperti ketidakcukupan wang, keperluan yang terpaksa dicatu, kos sara hidup yang meningkat, penjimatan yang melampau, pemilihan barangan dan perkhidmatan yang terbatas, dan keterpaksaan untuk sentiasa berjaga-jaga dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Semuanya seolah-olah terangkum dalam perkataan itu.
Sebaliknya, dengan menyebut perkataan belanjawan, penulis berasa lebih selamat seolah-olah ada orang yang berkata:
“Jangan bimbang. Kita masih ada harta dan mampu berbelanja. Kami cendekiawan, negarawan, orang yang berkepakaran. Kami tahu cara mencari wang dan menggunakannya secara bijaksana. Semua akan menerima manfaatnya. Kemakmuran akan kita kongsi bersama-sama.”
Kesimpulannya, bahasa bukan sekadar lambang dan kata-kata untuk mengungkapkan makna tetapi bahasa mewakili nilai rasa, malahan bahasa memiliki roh dan jiwanya.
Tidak salah untuk berubah jika hal itu lebih baik, namun amatlah besar kesalahan kita jika kita mengubah sesuatu yang sudah sedia elok kepada keadaan yang lebih buruk.
Kata orang tua-tua, kata-kata merupakan doa. Pilihlah kata yang lebih tepat untuk membina kehidupan yang lebih berkat.
Bahasa Jiwa Bangsa.

0 Komentar untuk " Bajet, bentuk kata tidak baku "