Aplikasi yang mudah untuk tempat makan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Aplikasi yang mudah untuk tempat makan

TERDAPAT beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada makanan di Malaysia. Terkini, aplikasi baru yang dikongsikan adalah MakanJom.

Aplikasi mudah-alih MakanJom hanya ditawarkan untuk Android buat masa ini, bakal menyusul kepada pengguna iPhone tidak lama lagi.

Melalui aplikasi ini, ia memudahkan pengguna mencari dan menemui tempat makan berhampiran yang sedap dan menerima maklumbalas positif pengunjung.

Ia memaparkan gambar makanan popular, di samping memperlihatkan komen dan ulasan pembaca.

Pihak MakanJom menjayakan sokongan ulasan ini dengan turut menyediakan pautan kepada blog dan laman ulasan makanan yang berkaitan dengan tempat makan tersebut.

Jika anda menyukai tempat makanan berkenaan, anda boleh memulakan perjalanan dengan mengaktifkan navigasi terus menggunakan Waze atau Google Maps.

Memandangkan pada penyenaraian tempat makanan sendiri, aplikasi MakanJom memperlihatkan masa perjalanan anda mengikut jarak, maka ia akan memudahkan lagi perancangan anda untuk ke sana.

Bagi pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma di Google Play Store.

Tidak diketahui lagi bilakah versi iPhone akan dilancarkan oleh pengunjungnya.

0 Komentar untuk " Aplikasi yang mudah untuk tempat makan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ