321 pemohon terpilih miliki PR1MA @Kuala Ketil - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

321 pemohon terpilih miliki PR1MA @Kuala Ketil

PERBADANAN PR1MA Malaysia (PR1MA) mengumumkan seramai 321 pemohon berjaya memiliki kediaman PR1MA @Kuala Ketil, Kedah menerusi cabutan undi terbuka, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, PR1MA @Kuala Ketil merupakan sebahagian daripada 19 projek melibatkan 16,000 unit kediaman PR1MA yang akan diundi tahun ini.

“Di awal penubuhan PR1MA, tumpuan banyak diberikan dalam usaha menyiapkan landasan yang diperlukan, termasuklah penubuhan Akta PR1MA, untuk membolehkan kami melaksanakan mandat yang  diamanahkan untuk bina kediaman mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana di Malaysia.

“Mulai tahun ini, tumpuan dapat diberi pada usaha membangunkan projek-projek kediaman PR1MA di seluruh negara. Disebabkan itu, mulai tahun ini, kami akan aktif menganjurkan lebih banyak lagi sesi undian kediaman PR1MA,” katanya.

Projek perumahan PR1MA @ Kuala Ketil merupakan rumah teres dua tingkat dengan saiz tapak 19.7 ekar yang dilengkapi empat bilik tidur, dijual pada harga bermula RM215,000.

Pemohon PR1MA @ Kuala Ketil yang berjaya dalam cabutan undi itu dijadualkan memilih unit kediaman mereka pada 16 Oktober ini dalam Ekspo Rumah PR1MA di Sungai Petani, Kedah.

Undian itu dijalankan PR1MA dan diaudit juruaudit eloitte Enterprise Risk Services Sdn Bhd untuk memastikan ketelusan proses pengundian projek perumahan PR1MA.

Sementara itu, 481 bakal pembeli bagi kediaman PR1MA @Sungai Petani 1 akan diundi bulan ini.

Antara projek perumahan PR1MA yang akan diundi tahun ini adalah PR1MA @Sungai Petani 2, PR1MA @Padang Meha, PR1MA @Alam Damai, Kuala Lumpur, PR1MA @Bandar Layangkasa, Johor dan PR1MA @Melaka Tengah 2, Melaka.

0 Komentar untuk " 321 pemohon terpilih miliki PR1MA @Kuala Ketil "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ