MEMBEBEL, berleter, mengomel mahupun berceloteh selalu dikaitkan dengan wanita di seluruh dunia. Ratu kaki bebel biasanya disandang oleh wanita berstatus ibu dan isteri.
Ada juga mengatakan semakin meningkat usia seseorang itu, semakin berkurangan bebelannya. Tetapi tidak juga bagi sesetengah orang. Anak cucu juga jadi pening bila ibu atau nenek selalu membebel. Ada sahaja yang tak kena. Maklumlah jurang zaman generasi yang berbeza.
Orang yang kuat berleter ini menggunakan nada suara yang tinggi, ayat bersambung ayat, isu baru dan lama silih berganti dibangkitkan, diungkit secara bertubi-tubi sehingga berjam-jam lamanya. Mereka yang bersikap sedemikian biasanya dianggap kuat marah, beremosi, garang, tak puas hati dan cerewet.
Namun tidak dinafikan ada sebilangan wanita jenis pendiam dan lebih suka buat kerja sendiri daripada mengharapkan orang lain. Begitu juga dengan kebanyakan lelaki yang lebih suka memendam rasa daripada meluahkannya, berbanding dengan wanita. Tetapi ada juga lelaki yang suka berleter mengalahkan wanita.
Golongan yang cenderung membebel adalah kalangan mereka yang memikul banyak tugas dan tanggungjawab di dalam sesebuah kumpulan. Berleter juga memerlukan tenaga untuk meluahkan kata-kata. Oleh itu kaki leter juga dikaitkan dengan golongan yang rajin bekerja dan mahir bercakap.
Orang yang tahan bebelan sebenarnya bukan bermakna dia kebal, tetapi dia tahu cara berhadapan dengan situasi tersebut. Jika bebelan itu positif dan membina, ia dapat bermuhasabah dan mempertingkatkan jati diri menjadi lebih baik.
Bebel secara berhemah
Benarkah membebel tidak mendatangkan manfaat? Ya benar jika kata-kata yang dihamburkan penuh dengan maki hamun, sumpah seranah dan memperlekehkan orang lain. Bukankah kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang?
Disebabkan lontaran leteran negatif inilah menyebabkan ramai yang menjauhkan diri. Contohnya, anak lari dari rumah, suami malas balik rumah, isteri lari balik rumah emak, pekerja berhenti kerja, dan pelajar ponteng sekolah.
Dari sudut lain, membebel yang jenis berceloteh boleh mewujudkan suasana ceria dengan kehadirannya. Jika orang tersebut tiada, ramai yang merinduinya dan terasa kehilangannya.
Antara orang yang kuat membebel dari segi positif adalah penceramah motivasi. Kata-kata mereka jarang membosankan. Begitu juga dengan wanita kalangan ibu, isteri mahupun ketua jika bercakap perkara positif, Ia boleh menjadi pemangkin motivasi diri kepada si pendengar.
Cara bebelan berhemah ini sebenarnya juga memerlukan ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan mesej kepada orang tersebut. Oleh itu, gunakan kelebihan membebel cara betul untuk disayangi daripada leteran penuh kata-kata racun berbisa yang boleh menjadi kebencian orang.
Apa yang penting, setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini tidak sama seperti anda fikirkan dan harapkan. Jadilah orang yang bijak apabila berleter atau berhadapan dengan orang yang kuat bebel.
Ingatlah leteran dan bebelan itu tidak akan berlaku tanpa sebab. Jadi kenal pasti sebab musabab, perbaiki diri dan sayangilah diri dan orang sekeliling anda. Harmonikan suasana dan eratkan hubungan dengan kata-kata positif dan kasih sayang.
Faktor wanita kuat membebel:
1. Fitrah wanita suka bercakap
2. Banyak tugas dan tanggungjawab di rumah
3. Luahan perasaan
4. Tanda sayang kerana mahukan yang terbaik
5. Tarik perhatian
6. Tahap hormon estrogen yang tinggi
7. Kemampuan melontarkan 30,000 kuota simbol dan kata-kata sehari berbanding lelaki kira-kira 7,000 kuota yang sama.
Cara berhadapan dengan orang kuat bebel
1. Diamkan diri, dan hanya mendengar
2. Elakkan daripada menjawab bebelan tersebut
3. Minta maaf jika ada kesilapan dan kesalahan
4. Cuba memujuk atau mengambil hati
5. Kenal pasti punca apa yang dibebelkan dan elakkan perkara tersebut berulang.
6. Jika tiada pilihan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri
7. Elakkan melakukan perbuatan yang menambah kemarahan si peleter.
Cara mengurangkan sikap membebel
1. Isikan masa dengan aktiviti yang menggembirakan dengan orang tersayang
2. Sebelum bercakap atau berleter fikir dahulu kesannya
3. Guna pendekatan berhemah seperti menulis surat atau nota
4. Selidik dahulu sebelum
5. Bersabar bila berhadapan dengan masalah
6. Cari jalan penyelesaian cara baik daripada mengundang perselisihan faham,.
7. Elakkan daripada dibenci orang

0 Komentar untuk " Si kaki bebel disayangi atau dibenci? "