BEKERJA dalam bidang perkhidmatan di salah sebuah syarikat kawalan keselamatan sebelum ini bukan satu halangan untuk Maznah Muhamad Hamzah, 35, menceburi bidang perniagaan.
Walaupun tiada asas dalam berniaga namun demi minat Maznah rela melepaskan jawatan di syarikat lamanya itu selama enam tahun (2002-2008) semata-mata untuk merealisasikan hasratnya mempunyai sebuah butik pengantin di samping menjaga anak-anak.
Percaya kepada rezeki ‘baharu’ dia yakin dapat menerajui perniagaan ini dengan lebih baik setelah mendapat sokongan suami Wan Nurul Ezwan Wan Kamarulzaman, 35.
Menurut Maznah, idea untuk membuka butik pengantin semuanya bermula dengan menyediakan perkhidmatan untuk bakal mempelai yang ingin mendirikan rumah tangga dengan bajet mengikut kemampuan masing-masing.
“Setelah nampak potensi dan sambutan orang ramai, saya mula menyedari bahawa perniagaan ini boleh maju jika betul-betul serius. Dalam masa yang sama suami sentiasa memberi idea yang tidak putus-putus sehingga tertubuhlah Andaman Emas Pesona di Saujana Utama, Sungai Buloh.
“Lagipun saya suka melukis. Jadi kemahiran itu saya gunakan untuk membuat rekaan baju pengantin berdasarkan idea sendiri sebelum di hantar kepada tukang jahit berpengalaman. Sebenarnya untuk mencari baju pengantin yang simple dan cantik agak sukar. Sebab itulah saya memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin," katanya.
Setelah lima tahun terlibat dalam bidang andaman ini akhirnya Maznah dan suami bersepakat untuk meluaskan bidang perniagaan dengan membuka butik pakaian ready to wear khusus untuk wanita yang ingin bergaya tetapi dalam masa yang sama menutup aurat.
“Konsep ready to wear mula diperkenalkan setelah ramai pelanggan mula bertanya mengenai pakaian itu. Memandangkan trend fesyen sekarang ke arah itu saya mula menjana idea untuk terus fokus pada perniagaan pakaian ready to wear pula,” katanya.
Bersaing secara sihat
Pada awal Ogos lalu, Butik Emas Pesona di Seksyen 7 Shah Alam telah dibuka khas untuk pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Maznah selama ini.
Maznah akui walaupun masih baru sambutan begitu menggalakkan kerana lokasinya yang strategik dan diibaratkan sebagai hab fesyen semasa.
“Dalam masa sama, saya sedikit gentar untuk bersaing dengan butik-butik yang telah gah dan mencipta nama dalam arena fesyen semasa tetapi masih berharap akan ada rezeki buat saya.
“Biasalah dalam perniagaan mesti akan ada pasang surutnya. Jika saya tidak kuat dan berani untuk mengambil risiko semestinya saya tidak berada di sini.
“Bagi saya persaingan dengan pengusaha lain salah satu cara untuk kita sentiasa berfikiran positif dan berusaha memberi yang terbaik lagi kepada pelanggan," tegasnya.
Mujurlah suami yang selama ini ibarat rakan baik sama ada susah atau senang sentiasa memahami keadaan Maznah dan telah mengambil keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengurus Perancang Bandar di salah sebuah syarikat baru-baru ini untuk memberi tumpuan kepada perniagaan butik.
Katanya, bagi memenuhi cita rasa pelanggan, Butik Emas Pesona menyediakan jubah, skirt, blaus, dress moden, shawl dan terbaharu adalah jubah lelaki.
“Dengan pelbagai pilihan yang ada dan harga mampu milik iaitu antara RM49 hingga RM250 diharapkan koleksi Emas Pesona ini akan menjadi pilihan ramai daripada pelbagai peringkat usia.
Beri perkhidmatan terbaik
Maznah yang merupakan anak kelahiran Sungai Siput, Perak ini turut berhasrat menjadikan butiknya sebagai one stop centre kepada peminat fesyen semasa mendapatkan koleksi terbaharu.
“Saya nak pastikan setiap individu yang datang berpuas hati dan mudah untuk mendapatkan apa yang diingini oleh mereka. Matlamat saya adalah jika pelanggan suka perkhidmatan yang disediakan tidak mustahil mereka akan datang lagi.
“Jika diberi kekuatan, saya dan suami akan sama-sama memastikan usaha yang dilakukan selama ini memberi rezeki yang berkat kepada keluarga dan apa jua cabaran sekalipun akan dilalui dengan penuh berlapang dada.
Sementara itu, ibu kepada empat orang anak antara 10 hingga satu tahun ini yakin pilihan yang dibuat selama ini akan memberi kelebihan kepadanya membesarkan anak-anak di depan mata.
“Sebolehnya saya nak pastikan bidang yang saya ceburi selama ini tercapai dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri sebaik mungkin,” akhirinya.

0 Komentar untuk " Rezeki bidang fesyen "