RAUDHAH Group, pengendali produk makanan sedia dimakan (ready to eat) jenama RaudhahLife mengalu-alukan penyertaan lebih banyak ejen di seluruh Malaysia bagi menjual produk itu.
Pengarah Operasi Raudhah Mart Sdn Bhd, Noraidah Hussin berkata, rangkaian produk RaudhahLife mula dikeluarkan sejak Mac lalu setakat ini hanya dijual di pasar mini Raudhah Mart, yang terletak di Putera Heights, Subang Jaya.
“Kami mahu RaudhahLife ini dikenali ramai dengan jenama makanan sedia dimakan yang halal. Justeru, kami menyasarkan untuk mendapatkan 1,000 ejen menjual produk ini.
“Kami yakin jumlah itu dapat dicapai memandangkan ada pihak yang berminat untuk menjual ketika kami menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015 di Putrajaya, baru-baru ini,” katanya.
Noraidah berkata, RaudhahLife menawarkan lima variasi makanan autentik Malaysia yang berasaskan ayam iaitu masak lemak cili api, masak merah, kari masyhur, kurma dan rendang.
“Istimewanya, produk kami tidak mengandungi bahan perisa MSG atau bahan pengawet. Ia boleh bertahan sehingga tiga bulan jika disimpan di dalam peti sejuk domestik dan enam bulan dengan peti sejuk komersial.
“Penyediaan makanan sedia dimakan ini begitu mudah dengan hanya dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau rendam plastik yang berisi makanan itu ke dalam air mendidih,” katanya.
Pada masa akan datang, syarikat itu merancang untuk mengeluarkan lebih banyak hidangan makanan sedia dimakan yang kini dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Sejak mula memasuki pasaran, RaudhahLife menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
“Malah, kami juga membekalkan hidangan kami di sebuah restoran di Puchong yang berminat dengan produk kami.
“Kami juga menggalakkan pengusaha restoran lain jika mereka berminat untuk mendapatkan bekalan daripada RaudhahLife,” katanya.
RaudhahLife mempunyai kilang sendiri di Taman Putra Perdana, Puchong hanya akan mengeluarkan produk apabila menerima tempahan pelanggan.
“Kami tidak membuat makanan ini setiap hari untuk menjaga kualiti memandangkan produk kami tidak mempunyai bahan pengawet,” katanya.
Produk RaudhahLife mengandungi empat ketul ayam di dalamnya itu dijual pada harga RM19.90.

0 Komentar untuk " RaudhahLife tawar makanan sedia dimakan "