SARAWAK kini sudah banyak berubah, dahulu jalan raya tidak begitu panjang, tidak elok, tidak bagus.
Sekarang semua dah bagus, infrastruktur, hubungan antara bandar dengan bandar lain juga sudah begitu baik, kata bekas Ketua Cawangan Khas Sarawak Datuk Seri Alli Kawi.
Alli Kawi, 81, yang kini menetap di Putrajaya bersama isterinya, merupakan salah seorang saksi utama dalam menilai sejauh mana kepesatan pembangunan dan keamanan yang dikecapi Sarawak sejak menyertai gagasan Malaysia pada 1963.
Beliau merupakan antara 'orang penting' yang memikul tanggungjawab menjadi pengantara antara kerajaan dan Komunis sehingga membawa kepada perjanjian Sri Aman pada tahun 1973 yang sekaligus menamatkan ancaman Komunis di Sarawak.
Beliau yang dihubungi Bernama baru-baru ini berkata generasi sekarang seharusnya menginsafi pengorbanan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu dalam mewujudkan Malaysia yang progresif hari ini.
Fakta-fakta sejarah perlu dihayati dan disanjung oleh generasi muda bagi mengambil iktibar daripada penderitaan yang dilalui oleh penduduk tempatan satu ketika dahulu dalam usaha membangunkan sebuah negara merdeka, agar nikmatnya dapat dikecapi oleh anak cucu hari ini.
"Bukan mudah untuk memperolehi apa yang kita sedang kecapi sekarang, mereka ini perlu kembali belajar sejarah dan melihat pengorbanan dilakukan generasi terdahulu, pemimpin serta rakyatnya," kata beliau.
Ancaman Komunis
Menurut Alli, dalam tempoh 10 tahun selepas penubuhan Malaysia (1963-1973), ancaman Komunis terus berleluasa di beberapa kawasan di Sarawak dan beliau tidak menolak kemungkinan jika Persekutuan Malaysia tidak berjaya pada 1963 ancaman Komunis pasti lebih besar.
Pada 1973 Alli, yang berusia 39 tahun bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, melihat langkah lebih progresif perlu diambil untuk menangani ancaman itu.
Langkah itu bukan melalui kekerasan, sebaliknya menggunakan kaedah diplomasi serta 'kemanusiaan', katanya yang bertindak sebagai Ketua Cawangan Khas ketika itu,
Di Sarawak ancaman Komunis tertumpu di Kuching dan Sibu, namun Komunis ada juga menyerang kem tentera di tempat-tempat lain seperti Biawak dan Lundu dengan serangan itu mengorbankan beberapa anggota keselamatan.
Tanggal 21 Oktober 1973, menjadi saksi kepada satu perjanjian yang menamatkan insurgensi di Sarawak, apabila kerajaan negeri yang diwakili Ketua Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub dan Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) Bong Kee Chok menandatangani kesepakatan yang dikenali sebagai Pengisytiharan Sri Aman.
Kebangsaan
Atas rasa cinta kepada negara, Alli mendokumentasikan setiap perjuangan yang diharungi dalam buku bertajuk 'It Has Been Worth The Pain' untuk rujukan generasi akan datang.
Beliau merasakan erti 'merdeka' sangat luas, tidak hanya tertumpu kepada kebebasan yang dikecapi daripada cengkaman penjajah.
"Saya sentiasa melihat 'merdeka' membawa erti kita mampu melakukan pelbagai perkara, buktikan kebolehan kita, beri yang terbaik dalam setiap perkara. Itu antara ramuan kejayaan Perjanjian Sri Aman," tambahnya.
Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam menamatkan ancaman Komunis, Alli melihat sendiri setiap perubahan yang berlaku di bumi kelahirannya ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Rasa cinta kepada Sarawak dan Malaysia perlu disemai dan dipupuk pada generasi muda sejak awal lagi agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencabar kedaulatan sebuah negara merdeka.
"Percanggahan pendapat akan sentiasa berlaku dalam masyarakat majmuk. Namun itu tidak harus menjadi alasan untuk mengugat keamanan, keharmonian, serta kedaulatan negara yang telah lama dikecapi," katanya menamatkan bicara. - Bernama

0 Komentar untuk " Percanggahan pendapat bukan alasan gugat keamanan "