Sebahagian besar jemaah haji Malaysia kini sudah berada di Tanah Suci Makkah dan semua berazam serta mengharap supaya memperoleh haji mabrur. Sesungguhnya, memperoleh haji mabrur sangat besar fadilat dan pahalanya. Sabda Rasulullah SAW: "Umrah hingga umrah berikutnya menghapus (dosa) di antara keduanya, dan haji mabrur tiada balasan baginya kecuali syurga." Setiap yang pergi menunaikan haji pasti berdoa dan mengharap untuk memperoleh haji mabrur. Begitu juga doa serta harapan mereka yang lain kepada jemaah haji semoga dikurniakan haji mabrur serta diampunkan dosanya.
Mereka yang memperoleh haji mabrur itu akan terpancar daripada perlakuan, akhlak serta peribadi mereka. Antaranya ialah elok pergaulan, akhlak terpuji, memberikan yang baik, berbuat ihsan kepada orang dalam semua bentuk seperti ucapan yang baik. Menginfakkan harta, membimbing yang sesat, menyuruh perkara makruf dan mencegah mungkar. Ibn Umar pernah menyatakan: "Sesungguhnya berbuat kebajikan sesuatu yang mudah, seperti wajah yang ceria dan ucapan yang baik."
Jangan remeh perbuatan baik
Sudut kebajikan paling utama diperlukan jemaah (seperti dinyatakan Ibn Rejab) berdasarkan pesanan Nabi SAW kepada Abu Hujaimy: "Janganlah engkau memandang remeh sesuatu perbuatan baik walaupun engkau hanya memberikan penyambung talinya, walaupun engkau menolong memutuskan talinya, walaupun engkau mengeluarkan sedikit air daripada baldi engkau ke dalam bekas orang yang meminta minuman, walaupun engkau hanya membuang sesuatu di jalan yang menyusahkan orang melaluinya, walaupun engkau hanya menunjukkan wajah yang ceria ketika menemui saudaramu, walaupun engkau hanya memberi salam apabila bertemu saudaramu dan walaupun engkau hanya menjinakkan sesuatu yang liar di bumi." (Riwayat Ahmad)
Bagi memperoleh haji mabrur, jemaah hendaklah memperbanyakkan ibadah dan menjauhi maksiat. Allah SWT menggalakkan hamba-Nya supaya sentiasa memperbanyakkan ibadah sewaktu menunaikan haji. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan apa yang kamu kerjakan perkara kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal." (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Allah SWT melarang jemaah melakukan kata-kata rafats (mencarut), berbuat fasik dan bertengkar semasa haji. Firman-Nya yang bermaksud: "(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji." (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Pelihara ibadah fardu
Rafats ialah kata-kata mencarut atau lucah. Jidal ialah pertengkaran atau berbantah-bantah yang bukan mendatangkan kebaikan. Justeru, jika ingin memperoleh haji mabrur, maka wajiblah memelihara ibadah fardu serta sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT, berzikir, berdoa serta membaca al-Quran. Selain itu, jemaah perlu mengetahui hukum dan rahsia haji. Perbezaan ketara antara orang yang menghayati ibadah haji ialah menyedari bahawa haji adalah ibadah yang menghimpunkan hamba untuk berhadapan dengan Allah SWT.
Di samping itu ada ulama mengatakan: "Haji adalah himpunan ibadah (manasik) dan syiar, perbuatan dan perkataan yang disusun seluruhnya dalam ruang lingkup masa dan tempat tertentu yang disatukan semuanya dengan makna penyembahan dan pengabdian, amalan tarbawi yang memberi sumbangan dalam pembinaan peribadi Muslim, bekerja untuk mengembalikan susunannya, membetulkan perjalanan hidupnya dan menghala tujuan dan kesudahannya kepada Allah."
Haji adalah perjalanan roh dan badan, kedatangan manusia kepada Allah SWT iaitu perpindahan dari keluarga, harta dan keseronokan untuk menanggung kepayahan, kesusahan serta keperitan kerana menyahut seruan-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh." (Surah al-Hajj, ayat 27)
Muktamar Islam terbesar
Ibadah haji ibarat muktamar atau persidangan Islam terbesar, penzahiran iman yang menakjubkan membabitkan pelbagai peringkat manusia, keturunan dan bangsa atas janji yang satu. Tujuannya satu, meningkatkan sifat ubudiah dan kesetiaan hanya kepada Allah SWT.
Musim haji menyaksikan penzahiran persamaan yang menakjubkan, kerendahan diri, persaudaraan kemanusiaan, mengetepikan perbezaan kedudukan dan pakaian di mana semua merasai kesatuan persaudaraan serta persamaan.
Ibadah haji mempunyai pelbagai manfaat serta pengaruh besar terhadap kehidupan Muslimin seluruhnya. Haji yang mabrur akan menatijahkan istiqamah dalam melakukan pelbagai perkara kebaikan. Menjadi harapan kita untuk mendapat haji yang mabrur.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81008

0 Komentar untuk " Penzahiran iman atas janji yang satu "