PADA 31 Ogos 1957 ketika Almarhum Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat 'Merdeka', saya baru lapan bulan masuk Sekolah Umum Dato’ Keramat, Pulau Pinang.
Ketika itu umur baru 6 tahun lebih, jadi faham sahajalah kalau saya, seperti rakan-rakan seangkatan, tidak tahu apa sebenarnya di sebalik perkataan ‘Merdeka’. itu.
Yang saya ingat, selepas merdeka, kami murid-murid dari semua tujuh atau lapan kelas dari darjah satu hingga empat mula berdiri tegak dalam barisan di hadapan guru masing-masing setiap pagi Isnin di laman sekolah, menyanyi lagu Negaraku, sambil seorang ketua murid menaikkan bendera Malaya.
Setiap hari sebelum dan selepas tarikh bersejarah itu saya dengar suara Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, di radio, membuat ucapan dan melaungkan 'Merdeka!, disambut rakyat yang hadir di majlisnya, diikuti dengan Negaraku.
Ironinya, Tunku tinggal di Pulau Pinang, tetapi saya tidak pernah lihat walaupun imasannya di pulau itu. Yang ada hanyalah mendengar suaranya di radio. Bermula 1963, baharulah saya dapat lihat wajahnya melalui peti televisyen kerana itulah tahun televisyen muncul di kampung saya.
Tidak sangka, kira-kira 20 tahun selepas merdeka, saya bukan sahaja bertemu, malah, bersama wartawan lain, menemu ramah Bapa Kemerdekaan itu. Beliau, ketika itu, menulis secara kritis tentang kerajaan dalam akhbar, melalui ruang “As I see it” dan “Looking Back’.
Faham atau tidak signifikannya masa itu, yang saya ingat, kami berlari ke hulu ke hilir mengibarkan bendera tanah air hingga ia lusuh, dan berdiri tegak tiap-tiap kali mendengar atau menyanyi lagu Negaraku.
Pulau Pinang popular dengan acara kereta berhias ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan atau tertubuhnya Malaysia, iaitu 16 September 1965.
Masih jelas dalam ingatan bagaimana seorang penyanyi Melayu (tak mahulah saya sebut namanya, kerana tak tahu dia suka atau tidak) terpacak sebelah basikalnya di simpang Dato’ Keramat-Jalan Perak, apabila mendengar lagu Negaraku dari corong pembesar suara yang dipasang atas van dalam salah satu acara kereta berhias dalam tahun 60an. Saya tabik padanya.
Saya percaya ramai lagi yang juga tidak pernah gagal mempamerkan semangat patriotisme seperti penyanyi itu.
Ketika kanak-kanak dahulu pun, kami tidak pernah tidak berdiri tegak setiap kali lagu Negaraku dikumandangkan.
Kebiasaan itu kekal hingga sekarang.
Sebab itu saya rasa kecewa melihat segelintir warga kita yang masih tidak peduli untuk berdiri ketika Negaraku dimainkan.
Saya tidak buat analisa mengenai sikap manusia seperti itu, tetapi pada saya apa salahnya berdiri - satu minit sahaja pun - bagi menunjukkan taat setia kepada negara sendiri.
Kita boleh marah pemimpin yang kita anggap lemah, atau yang jadi liabiliti kepada kita disebabkan salah guna kuasa, rasuah atau apa sahaja, tetapi ini kan negara kita?
Pemimpin datang dan pergi. Yang tidak baik ditolak dan digantikan dengan yang amanah dan yang boleh kita harap, tetapi negara kita hanya satu. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung!
Malaysia negara kita. Ia memerlukan taat setia dan sumbangan kita.
Balik kepada cerita di kampung. Ketika dalam belasan tahun, kami berminat dengan lagu-lagu berkaitan kemerdekaan dan patriotisme, di samping lagu-lagu berunsur cinta dan jenaka serta menyanyikannya beramai-ramai di beranda atau di laman apabila ada kesempatan, dengan tin biskut dan kotak susu menjadi instrumen musik.
Antara lagu kegemaran kami ialah ‘Malaya Merdeka’, dendangan penyanyi suara serak basah, Zaharah Agus, yang terkenal dengan penampilan bersahajanya sebagai Latifah, isteri pertama Jamil, lakonan Tan Sri P Ramlee, dalam filem ‘Madu Tiga’ pada 1964.
Mari kita kongsi lirik lagu Malaya Merdeka berentak mac itu:
“Wahai Melayu umat Malaya, mari kita bekerjasama;
Untuk negara dan bangsa, agar Malaya merdeka;
Wahai pemuda harapan bangsa, takkan Melayu meninggal baka;
Tunjuk olehmu bukti dan jasa, Tanah Melayu negeri kita;
Jangan takut dan ngeri, hidup memang lawan mati;
Bina Malaya jangan berhenti, agar Melayu kekal abadi;
Polis, home guard, Malay Regiment, pimpin bangsamu sekalian;
Korbankan diri bentengkan dada, tetap Malaya merdeka.”
Kesan daripada kebiasaan yang dimulakan di masa kanak-kanak boleh membentuk semangat cinta dan rasa taat setia kepada negara selama-lamanya.
Isilah semangat kemerdekaan negara kita, tanah tumpah darah kita.Merdeka!

0 Komentar untuk " Pemimpin pergi, negara tetap di hati "