SUKA menuding jari kepada orang lain bukanlah sikap yang baik. Jika kita perhatikan masyarakat hari ini, terdapat sesetengah mereka lebih berkecenderungan untuk melihat kelemahan orang lain berbanding diri sendiri.
Perumpamaan yang dapat diberikan adalah seperti sebuah rumah yang dibina dengan begitu baik, cantik dan indah, namun di suatu sudut terdapat bahagian yang tidak dicat dengan baik, maka di situlah yang akan menjadi kritikan kepada orang melihatnya, berbanding kesempurnaan keseluruhan binaan rumah tersebut.
Malah jika seribu kebaikan telah dibuat oleh seseorang, dan terdapat satu kesalahan yang dilakukannya, maka yang menjadi perhatian masyarakat adalah kesalahan tersebut yang diperbesar-besarkan berbanding seribu kebaikan yang telah dilakukannya.
Dalam hal ini, adalah lebih baik kita menghisab dan menghitung amalan kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan berbanding menuding jari, mencari dan melihat keburukan dan aib orang lain, sebagaimana kata-kata masyhur Saidina Umar al-Khattab ra: “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalan-amalan kamu sebelum amalan-amalan itu ditimbang ke atasmu.”
ALLAH juga berfirman dalam Surah al-Hasyr ayat 18: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.
Malah di akhirat nanti, perhitungan ALLAH ke atas setiap manusia adalah berdasarkan amalan baik dan buruk yang dilakukannya. Bahkan seseorang itu tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain yang tiada kaitan dengannya, sebagaimana firman ALLAH: “... dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja..”. Hal ini benar-benar ditekankan oleh ALLAH dalam al-Quran sehingga disebut pada lima surah dan ayat yang berlainan iaitu pada Surah al-An’am ayat 164, Surah al-Isra’ ayat 15, Surah Fatir ayat 18, Surah az-Zumar ayat 7, dan Surah an-Najm ayat 38.
Justeru, seseorang itu hendaklah sibuk dan lebih memikirkan amalan baik dan buruknya berbanding menuding jari, melihat dan mencari aib orang lain yang dia tidak akan dipertanggungjawabkan mengenai perkara itu.
Jadilah orang yang bijak sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bijak adalah orang yang menghitung dirinya sendiri, dan beramal untuk bekalan selepas mati. Dan orang yang lemah adalah orang yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap ALLAH (iaitu merasakan amalannya telah cukup, sedangkan amalan dan usahanya jauh dari angan-angannya)”.
Di akhirat kelak juga, kedua-dua kaki seseorang itu tidak akan berganjak sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara mengenai urusan dirinya sendiri, sebagaimana hadis sahih riwayat at-Tirmizi dan at-Tabrani: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seseorang hamba sehinggalah dia ditanya tentang umurnya di mana dia habiskannya, tentang ilmunya di mana dia amalkannya, tentang hartanya dari mana dia usahakannya dan di mana dibelanjakannya, dan tentang tubuh badannya di mana dia gunakannya”.
Malah, amat malang jika aib dan keburukan yang kita cari dan lihat pada orang lain itu sebenarnya terdapat pada diri kita sendiri sebagaimana kata-kata Saidian Ali ra: “Sebesar-besar aib adalah kamu mengaibkan (memburukkan orang lain) apa yang sebenarnya terdapat pada diri kamu juga aib seperti itu”.
Dalam hal ini juga, adalah lebih baik untuk kita beramal dengan prinsip-prinsip al-Quran dalam Surah al-Hujurat ayat 11 dan 12 yang menyarankan kita menjauhi sikap memburukkan orang lain seperti suka mencemuh, merendah-rendahkan orang lain, berprasangka buruk, mengumpat dan sebagainya, kerana semua perbuatan tersebut kebanyakannya adalah membawa kepada dosa.
Bahkan dijelaskan dalam ayat-ayat tersebut bahawa kemungkinan orang yang kita burukkan itu adalah lebih baik daripada kita.
Bahkan, lebih dari itu, seorang Muslim yang baik juga bukan sahaja tidak mencari-cari aib dan keburukan orang lain, bahkan juga menutup aib dan keburukan orang lain yang dia ketahui, sebagaimana hadis sahih riwayat Muslim: “Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat”.
Justeru, jadilah seperti seekor lebah yang matanya sentiasa mencari dan melihat kepada perkara yang baik seperti bunga dan madu. Janganlah kita menjadi seperti lalat yang matanya sentiasa mencari dan melihat hanya kepada perkara yang buruk seperti sampah dan kekotoran.
* Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

0 Komentar untuk " Jangan suka tuding jari "