“DARI mana abang curi wang ini?”
“Bukan curi daa. Kawan abang kasilah.”
Itulah dialog Aziz Sattar, sebagai Ali Baba, dengan isterinya selepas begitu banyak wang emas dibawa balik. Adegan dari filem Ali Baba Bujang Lapok yang dibuat dalam tahun 1960 ini seolah-olah menepati keadaan yang dihadapi negara dan diperkatakan oleh rakyat secara
berleluasa kini.
Wang sejumlah RM2.6 bilion telah memasuki akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dikeluarkan sebelum pilihan raya tahun 2013.
Selepas begitu banyak anggapan dan syak wasangka dihamburkan, soal entiti yang menghantarkannya dan untuk maksud apa masih menjadi tanda-tanya yang panas.
Perdana Menteri sekadar mengatakan wang itu ialah derma daripada penderma Asia Barat atau Arab.
Tidak cukup dengan jawapan begitu, pendermaan itu dibuat untuk digunakan oleh Malaysia membanteras gejala anti-Islam dan menegakkan syiar Islam.
Malah banyak lagi sebab-sebab yang diberikan satu persatu, tetapi segala jawapan itu nampaknya tidak memuaskan hati pelbagai pihak.
Nama spesifik penderma masih entah berentah.
Dari amalan dan undang-undang perbankan, wang begitu perlu mempunyai rekod transaksinya, bukan hanya berlaku di angin lalu. Rakyat menjadi pihak berkepentingan kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri berhak mengutip cukai, jika sesuai dengan peruntukan undang-undang.
Mungkin angka RM1 bilion sebagai jumlah cukai yang patut dikenakan. Dari pertimbangan moral dan etika, timbul pula andaian bahawa wang itu adalah laksana umpan dan diberikan untuk mendapat pulangan yang jauh lebih besar daripada nilai umpan itu.
Tidak mungkin wang sebanyak itu didermakan begitu saja tanpa terma dan syarat, itu pun jika benar-benar ia derma, kata mereka.
Akhbar-akhbar dan TV antarabangsa juga memuatkan berita ini dalam siaran berita perdana masing-masing, berulang-ulang.
Ia mencerminkan betapa minatnya komuniti antarabangsa terhadap kes ini.
Disebabkan ia sesuatu yang sensitif dan meremangkan, maka tindakan melucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pertukaran beberapa pegawai penting negara adalah sesuatu yang mengaburkan lagi keadaan.
Bahawa ketua Transparency International, badan yang berfungsi anti rasuah dan salah-laku antarabangsa, tidak silu-silu membuat kecaman pedih dan menuntut jawapan yang berterus-terang, tidak boleh dipandang ringan.
Dua puluh dua dalil yang diedarkan dengan paparan senyum daripada beberapa menteri nampaknya tidak sampai kepada maksud yang diharapkan.
Rata-rata maklum balas yang melantun daripada 22 dalil itu meninggalkan kesan bahawa ia bertujuan menghina dan menghakiskan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamed, satu-satunya pihak besar yang terus-terusan kritis terhadap apa yang berlaku, dan bukan menjawab soalan di kepala rakyat. Ia masih tidak menyelesaikan masalah di tangan, kata pihak aktivis.
Filem satira komidi klasik ini menunjukkan juga bagaimana pihak mereka yang mempunyai wang melimpah cuba lari daripada membayar cukai dengan mengundang penyamun menyamun hartanya, tetapi Tuhan tidak menyertainya lalu setelah samunan dilakukan, beliau dapati segalanya ‘kena kebas’, mengakibatkan beliau menjadi papa kedana. Kata P Ramlee sebagai ketua lanun: “Jangan lari dari cukai, haa…!”
Sikap sederhana bukan saja dituntut dalam kehidupan hari-hari yang normal malah dalam aktiviti yang tidak normal.
Ali Baba dan Kassim Baba, dua adik-beradik, mempunyai watak yang bertentangan. Bila terbuka peluang menyamun, Ali amat sederhana dengan kautannya.
Kassim pula mahu menyamun secara hakis-kikis tidak terkecuali, tidak mahu tinggal walau sekecil mana. Kerana tidak boleh menanggalkan sebiji mentol panas, S Shamsuddin sebagai Kassim Baba membahasakan mentol itu: “Nasib baik engkau panas. Kalau tidak, engkau pun aku kebas!”
P Ramlee tentunya tidak tahu kata-kata dalam skripnya 55 tahun dulu menjadi satu satira dan sinisme yang cuba mencerakinkan masalah yang rakyat hadapi. Beliau seolah-olah kembali hidup di tengah-tengah mereka.
* Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat

0 Komentar untuk " P Ramlee hidup semula "