Melihat zaman jahiliah dahulu, manusia hidup tanpa pedoman dan petunjuk. Cara hidup mereka ketika itu penuh kemaksiatan, kezaliman terhadap golongan lemah dan miskin, perhambaan, penindasan, riba dalam jual beli, telah mewujudkan suasana kehidupan yang jauh dari norma kehidupan sebenar manusia. Maka, kedatangan Islam telah memberikan satu kesan besar sehingga berjaya menolak corak hidup jahiliah dan mengeluarkan masyarakat Arab dari zaman kegelapan kepada petunjuk, dari kezaliman kepada keadilan serta dari penindasan kepada pembelaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)
Perutusan Rasulullah bawa kebahagiaan
Perutusan Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia membawa kebahagiaan yang besar. Baginda SAW menyelamatkan manusia dari kesengsaraan. Baginda menjadi sebab tercapainya pelbagai kebaikan di dunia dan akhirat. Baginda memberi pencerahan kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kejahilan, membawa hidayah kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kesesatan yang nyata. Inilah rahmat Allah SWT bagi seluruh manusia. Suatu ketika dahulu umat Islam pernah menguasai dua pertiga dunia yang memimpin dengan iman, berpandukan al-Quran dan sunah.
Mereka memerintah dengan penuh keadilan dan telah menunaikan segala amanah dipikulkan di atas bahu mereka. Mereka juga telah menjadi pembawa obor hidayah dan petunjuk ke jalan kebenaran. Tamadun Islam pernah sampai ke kemuncak ketinggian yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, menyambungkan langit dan bumi, menghubungkan dunia dan akhirat, mempertemukan akal dan hati serta menyeimbangkan hak individu dengan kepentingan masyarakat.
Namun, hari ini keadaan umat Islam bertukar sebaliknya. Kita menjadi umat yang mundur sedangkan suatu ketika dahulu kitalah yang menerajui kemajuan. Lihatlah bagaimana nasib umat Islam di beberapa negara Islam yang sedang bergolak menghadapi peperangan saat ini. Lebih memeritkan, apabila rakyat di negara-negara itu tidak terbela, mereka menjadi mangsa disebabkan kerakusan manusia berhati batu.
Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. Antara bentuk serangan ditujukan mereka kepada kita ialah serangan terhadap iman. Hanya dengan iman yang mantap dapat menyelamatkan manusia daripada kebinasaan di dunia sampai akhirat. Musuh Islam sememangnya sentiasa berusaha menghancurkan iman dan akidah kita.
Lihat sahaja bagaimana mereka memesongkan pegangan umat Islam dari petunjuk al-Quran dan al-Hadis. Apabila iman dan akidah semakin lemah, maka umat Islam semakin jauh dari petunjuk jalan hidup yang sebenar. Akhirnya, mereka akan tersungkur daripada jalan orang Mukmin sejati menuju jalan yang dimurkai. Segala agenda dan dakyah mereka akan mudah meresapi ke jiwa umat Islam.
Bahkan umat Islam juga akan dijangkiti penyakit 'wahan' iaitu cintakan dunia dan bencikan kematian. Renungkanlah firman Allah SWT yang bermaksud: "Ramai di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad SAW)." (Surah al-Baqarah, ayat 109)
Kedua, serangan terhadap pemikiran. Musuh Islam telah berjaya mewujudkan aliran pemikiran jelas bercanggah dengan Islam seperti pemikiran liberal yang menyamaratakan dan mencampuradukkan semua agama di dunia ini dan sekular yang memisahkan agama daripada urusan seharian. Kebanyakan pemikiran itu berjaya mempengaruhi umat Islam. Hakikat yang mesti difahami, hanya pemikiran Islam yang berpandukan kepada petunjuk wahyu Ilahi sahaja wajib dipegang. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
Golongan liberal nafi aturan, syariat
Lihat bagaimana golongan liberal berani menafikan aturan dan syariat Allah SWT seperti menganggap perintah menutup aurat salah satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Islam. Bahkan menganggap mereka yang mengamalkan cara hidup Islam sebagai jumud dan menentang hak asasi manusia.
Ketiga, serangan terhadap ibadah. Realiti hari ini, aktiviti maksiat telah dimanipulasikan oleh musuh Islam menjadi simbol kemajuan dan kemodenan. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. Apa yang ada di benak mereka hanyalah perkara sia-sia dan melalaikan dalam menghabiskan sisa baki umur mereka. Inilah yang menimpa sebahagian daripada kita kerana nafsu dan syaitan telah berjaya menguasai jiwa. Keperibadian mereka larut dalam budaya dan cara hidup Barat yang bercanggah dengan Islam.
Apa-apa yang dibawa oleh Islam dianggap sebagai kuno dan ekstrem sedangkan setiap yang datang dari mereka pula dianggap sebagai maju dan bertamadun.
Persiap bekalan amalan baik
Lihatlah betapa liciknya musuh Islam, tanpa senjata pun berjaya mengalahkan umat Islam. Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Jangan sekali-kali mengabaikan ibadah wajib seperti solat fardu kerana solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Renungkan pesanan Nabi SAW menerusi hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang yang terasingkan itu.
" Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. Mulakan dengan diri sendiri dan ahli keluarga masing-masing. Persiapkan senjata ilmu agama yang mantap serta sematkan dalam jiwa dengan iman dan takwa. Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/84508

0 Komentar untuk " Musuh Islam licik perdaya pemikiran umat "