“Bro, order!”
“Teh tarik and roti canai satu, makan here”.
Ungkapan yang seringkali kita dengar ketika berada di kedai mamak, iaitu restoran yang menjadi tread mark penyatuan kaum di Malaysia.
Di restoran mamak ini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia Melayu, Cina, India dan Singh duduk bersama sambil menikmati hidangan nasi lemak, tosei mahupun makanan orang putih iaitu burger.
Sambil menghadap rezeki untuk menghilangkan kelaparan dan dahaga, kita disajikan pula dengan perlawanan bola sepak atau gusti di layar lebar.
Di meja makan, kita akan terpekik dan bertepuk tangan sesama kita menahan gelak tawa melihat adegan melucukan.
Itu kelebihan kedai mamak di Malaysia.
Sehingga kini, biarpun berlaku soal bangsa dicuit oleh segelintir pihak, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berada di restoran berimejkan 1Malaysia itu hampir setiap malam.
“Bro, mana mau pegi?”
“Tempat biasa lor, mamak mana lagi”
Di meja makan itu bersama teman-teman, kita melepak hingga ke pagi.
Membicarakan soal negara, melontarkan pendapat masing-masing mengikut perspektif dan ideologi politik masing-masing.
Di meja itu jugalah kita menjadi pakar ekonomi, penggubal undang-undang dan tak kurang juga menjadi ‘polis’.
Tetapi segalanya dibicarakan dengan santai penuh keikhlasan dan hanya diterjemahkan dengan perbezaan warna kulit dan kepercayaan.
“Bro, wa blah dulu, mau solat.” “OK, macha, doakan aku” “No hal, beb!”
Masih berada di kedai mamak yang tertera beberapa kalimah suci.
Perbezaan agama dan kepercayaan yang tidak pernah dipertikaikan sama ada Melayu, Cina, India.
Di meja makan itu juga sering kita membicarakan soal keagamaan.
Apa yang pasti, semua agama menyeru umatnya berbuat kebaikan dan berkasih sayang.
Itulah kuasa kedai mamak yang tidak pernah membataskan apa juga bicara.
“Bro, kenalkan ini awek wa, Angeline” “Fuyoo, cun siot” Di kedai mamak juga menjadi saksi tanda hormat sesama sahabat.
Tidak kira, yang dikepit itu Melayu dengan Cina, Cina dengan India dan apa yang pasti sikap semuanya adalah sahabat.
Restoran mamak juga menjadi penyatuan kasih sayang, jatuh cinta, cinta pandangan pertama.
Itulah kuasa kedai mamak yang menjadi tempat lepak pelbagai kaum.
Dan akhirnya........
"Macha, u want tapau or makan sini?
Macha (India), you want (Inggeris) tapau (Mandarin), or makan sini (bahasa Melayu) Ungkapan terindah rakyat di negara ini sejak 58 tahun Merdeka!

0 Komentar untuk " "Macha, u want tapau or makan sini?" "