Ledakan maklumat dan media sosial pada masa ini sudah menjadi trend dan keperluan bagi semua lapisan masyarakat menerusi kemajuan telefon bimbit dan peluasan rangkaian komunikasi yang turut mencakupi kawasan luar bandar. Kadar penembusan jalur lebar negara secara keseluruhannya mencapai kira-kira 84 peratus membolehkan masyarakat mengakses internet dengan mudah termasuk bertukar maklumat mengenai sesuatu isu, kejadian bencana, kemalangan, kebakaran dan berkongsi gambar. Penyebaran atau perkongsian cerita, berita, video grafik dan gambar sesuatu isu atau perkara menerusi media sosial atau istilah popularnya viral adalah kesan ledakan maklumat tanpa sempadan dan had serta perkembangan teknologi komunikasi pada abad ini. Setiap individu bertanggungjawab dan menanggung amanah setiap kali mahu memuat turun maklumat untuk dikongsi dalam media sosial kerana ia boleh menjadi viral jika ada pihak tertentu yang mempunyai niat serta agenda tertentu serta cenderung membuat fitnah secara fabrikasi atau rekaan semata-mata. Perlu diingat, penyebaran berita melalui media sosial terutama perkongsian menerusi laman blog, facebook, twitter, instagram atau aplikasi lain memudahkan sesuatu perkara menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di seluruh dunia.
Boleh saring berita, maklumat
Memang betul kita tidak boleh baca niat tukang viral berbuat demikian tetapi boleh menyaring dan meneliti berita, maklumat, video grafik sama ada ia tidak tepat, berunsur fitnah atau dakyah propaganda pihak tertentu. Sebagai rakyat berilmu, beragama dan berfikiran terbuka, mereka boleh menghentikan viral berita atau perkara, jika diamati sudah ditokok tambah dengan maklumat tidak betul. Rakyat sendiri yang perlu menghentikan perbuatan menyebarkan perkara yang bermatlamat mengaibkan individu lain, merosakkan integriti kerana ia adalah virus membawa perpecahan masyarakat pelbagai kaum. Tiada manfaat yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat jika ledakan maklumat berunsur fitnah dan hasutan bagi tujuan berbalah sesama sendiri ketika negara sedang berada dalam landasan betul ke arah mencapai Wawasan 2020. Rakyat perlu belajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berintegriti serta amanah atau terpaksa menggadai keamanan serta perpaduan sedia ada, hanya kerana berlaku salah faham kepada maklumat atau bahan yang dikongsi sehingga mengakibatkan pencerobohan hak peribadi seseorang.
Salah guna maklumat, berita
Sebelum ini, ada ura-ura kerajaan mahu menutup laman facebook kerana dijadikan medan utama untuk penyalahgunaan maklumat dan berita sehingga menjadi fitnah dalam pelbagai bentuk berita. Namun, penulis berpendapat ia bukan penyelesaian terbaik bagi membendung isu virus viral maklumat dan berita palsu kerana ada aplikasi lain di laman sosial yang akan digunakan dan senario dunia tanpa sempadan membolehkan ia dilakukan dari dalam dan luar negara. Jadi, rakyat sendiri yang perlu membersihkan anasir itu daripada terus berkembang dan meracuni pemikiran rakyat terutama generasi muda supaya tidak terus mudah percaya dan menjadikan maklumat dalam laman sosial sebagai sumber utama berbanding media arus perdana.
Pada masa sama, rakan penulis yang juga seorang peniaga menggunakan media sosial untuk berniaga dalam talian termasuk mempromosi produk dalam instagram dan facebook sebagai medium baru dalam perniagaan. "Ada pelanggan yang mengetahui produk kita menerusi laman media sosial dan membuat tempahan secara dalam talian. Bagaimana jika facebook ditutup dan kami sebagai peniaga turut terkesan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab. "Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan sumber pendapatan kami sebagai peniaga kecil-kecilan juga terjejas kerana sikap segelintir individu yang menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi atau dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu bagi merosakkan keamanan negara," katanya.
Usaha memboikot penggunaan teknologi dalam media sosial bukanlah satu perkara yang dapat menangani isu penyalahgunaan penyebaran maklumat atau fitnah sebaliknya bergantung kepada kematangan fikiran rakyat atau netizen untuk menentukan buruk dan baiknya. Kesan ledakan maklumat, faktor globalisasi, viral adalah sebahagian asam garam kehidupan masyarakat pada abad ke-21, maka menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan aplikasi dalam media sosial terus relevan sebagai penyalur maklumat yang positif.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/82790

0 Komentar untuk " Kematangan rakyat tentukan buruk, baik viral di media sosial "