Beli Red One langgan Sinar Digital - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Beli Red One langgan Sinar Digital

KUMPULAN Media Karangkraf melalui Sinar Harian menjalin kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd sebagai rakan dagang bagi menjual Sinar Digital kepada lebih ramai pembaca.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, menerusi kerjasama itu, pihaknya berhasrat penambahan pengguna Sinar Digital kepada 100,000 akhir tahun ini.

Katanya, Sinar Harian mempunyai 50,000 pengguna Sinar Digital sedia ada menerusi kerjasama dengan Malay Mail pada tahun lalu.

"Bagi peringkat permulaan kerjasama ini, kami akan memberikan 20,000 akuan Sinar Digital secara percuma kepada Red One.

"Manakala 30,000 unit lagi diharap akan dapat dijual dalam tempoh tiga bulan ini bersama Red One," katanya pada majlis pelancaran Sinar Digital di antara Sinar Harian dan Red One di Puchong, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

"Kami percaya Red One mempunyai keupayaan mencapai sasaran pembeli. Oleh itu, kami merasakan Red One adalah yang sebaiknya.

"Walaupun ia merupakan kerjasama selama setahun, tetapi kami menjangkakan ia akan berterusan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Red One, Farid Yunus berkata, setakat ini, Red One mempunyai hampir 800,000 pengguna pasca bayar di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak hampir 400,000 pengguna adalah pembaca Melayu.

"Kami agak kuat di pantai timur dan selatan. Sesiapa yang melanggan Red One dengan sekurang-kurangnya 3GB data akan dapat melanggan Sinar Digital secara percuma selama setahun," katanya.

Sinar Digital juga boleh dilanggan menerusi muat turun di playstore dengan langganan RM120 atau RM140 sebulan.

0 Komentar untuk " Beli Red One langgan Sinar Digital "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ