Assalamualaikum perlu disebut dengan sempurna - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Assalamualaikum perlu disebut dengan sempurna

SHAH ALAM - Umat Islam digesa menggunakan 'assalamualaikum' dengan sempurna tidak kira dalam penulisan ataupun percakapan.

Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, ini kerana, ucapan tersebut merupakan doa orang yang memberi salam kepada orang yang menerima salam berkenaan.

“Kalimah assalamualaikum ini diajar oleh agama dan ia merupakan doa. Kalimah ini adalah doa kita kepada seseorang.

“Cuba bayangkan sekiranya kalimah tersebut tidak disebut secara sempurna, adakah kalimah ini menjadi doa sekira ianya tidak disebut secara sempurna,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, perbuatan menyebut dan  menulis kalimah berkenaan dengan ringkas seolah-olah masyarakat Islam menghina kalimah itu.

“Bahkan, Rasullah SAW mengajar kita iaitu, sekiranya ada orang bukan Islam yang mengungkap assalamualaikum kepada kita, kita (orang Islam) perlu menjawab waalaikum. Kita tidak boleh menjawab secara sempurna kepada mereka.

“(Ada sesetengah perkataan) yang boleh membawa makna berlainan yang dilarang oleh agama. Jadi, janganlah kita pendekkan kalimah tersebut dengan perkataan seperti akum, semekom dan sebagainya,” katanya.

Namun, menurutnya, ada beberapa keadaan yang membolehkan masyarakat memendekkan kalimah itu.

“Sekiranya kita mahu menulis kalimah tersebut dengan lengkap tetapi terpaksa menulisnya dengan perkataan ringkas kerana terdapat had tulisan pada sesebuah khidmat pesanan ringkas (SMS) itu, ia boleh dibenarkan.

“Namun, orang yang membaca SMS itu perlu membaca kalimah itu dengan sempurna walaupun ianya ditulis dengan ringkas,” katanya.

0 Komentar untuk " Assalamualaikum perlu disebut dengan sempurna "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ